Idea Perlu Ditangkap Secepatnya

Jangan pernah memandang rendah pada idea yang muncul tiba-tiba dalam fikiran ketika melakukan sesuatu.

Tidak kiralah ketika mencuci pinggan, menjemur kain, memasak atau ketika berbual-bual dengan rakan sekerja. Apabila idea muncul, tuliskanlah secepat mungkin.

Mungkin itu idea yang membantu untuk mencapai matlamat kita. Paling tidak pun, mungkin idea itu dapat memotivasikan kita supaya berusaha berterusan.

Menulis idea yang muncul dalam fikiran kita adalah bukti bahawa kita menggunakan fikiran kita.

Selain itu, daya ingatan kita juga akan meningkat kerana terdapat tindakan pengulangan setiap kali ada idea yang muncul dari fikiran kita.

Dalam jangka masa yang lama, amalan ini akan membentuk kita orang yang dapat MENERIMA dan MEMBERI.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel