Minda Tiada Yang Boleh Dikongsikan

1. Berhadapan dengan minda seperti ini sangat mengaburi mata kita sendiri. Selalunya, minda seperti ini membuatkan kita tidak selesa.

2. Kita merasakan seperti tiada yang hendak disuarakan.Tapi, kita tidak tahu apa yang berlaku setelah kita mula mendengar suara kita sendiri.

3. Kita merasakan seperti tiada yang hendak dituliskan. Tapi, kita tidak tahu apa yang berlaku setelah kita mula menulis satu ayat.

4. Sedangkan semuanya bermula dari 1 perkataan dan kita hanya perlu kembangkannya. Sangat seronok sebenarnya menulis untuk menyambung cerita yang kita telah mulakan.

5. Seperti perkongsian hari ini, yang sebenarnya bermula dari kelemahan diri saya sendiri. Ini juga salah satu cara untuk merenung keadaan semasa diri sendiri. Saya boleh memahami kelemahan diri dan memikirkan cara memperbaikinya secara sistematik dan konsisten.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel