Mobiliti dalam Kehidupan

1. Terlalu banyak persoalan yang mengganggu tumpuan kita setiap hari. Ditambah lagi dengan kerisauan-kerisauan yang kadang-kadang bukanlah realiti sebenar dalam hidup, yang akhirnya membuat kita merungut.

2. Setiap kali terfikir atau tertanya-tanya dalam diri, kenapa ini berlaku? Kenapa itu berlaku? Kenapa mesti saya? Kenapa bukan dia?.

3. Berhenti Merungut sekarang, kerana setiap perkara yang berlaku dalam hidup kita membantu kita mudah bergerak menuju kepada matlamat yang layak untuk kita.

4. Tugasan yang diberikan kepada kita membuatkan kita bergerak lebih cepat disamping mengajar kita untuk mengawal pilihan-pilihan kita pada masa depan.

5. Ada pilihan yang perlu dibuat sekarang, ada pilihan yang perlu ditangguh, dan ada pula pilihan tidak patut kita pilih.

6. Masa akan menjadikan kita semakin hari semakin kuat, pintar dan pantas. Adakah kita mempunyai ketahanan untuk terus memikul tugasan sehingga kita mencapai titik kejayaan yang diimpikan? Jawapannya ada dalam diri kita masing-masing.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel