1000 Perkataan Pengalaman Menggunakan Tigreal

Ini adalah pengalaman saya, pemerhatian saya, tips dan kajian saya sendiri dalam menggunakan Hero ini dalam permainan Mobile Legends Bang Bang. Konten ini tidak berhenti disini sahaja, ini kerana saya akan mengemaskininya setiap kali saya belajar sesuatu dari Hero ini. Saya harap konten ini akan dapat membantu anda mencapai kemenangan dalam permainan Mobile Legends. Jika anda mencapai lebih banyak kemenangan selepas membaca konten ini, maka saya gembira melaksanakan Duty saya untuk membawa kemenangan kepada anda dan team anda.



Kata-Kata Semangat Tigreal

A Warrior's Duty is to bring victory - Tigreal

Salah satu sebab saya sangat menyukai Hero ini adalah kata-kata semangatnya yang membangkitkan semangat untuk membantu team untuk mencapai kemenangan. Selain dalam permainan, saya juga dapat membawa semangat ini dalam kehidupan sebenar. Semangat untuk membantu orang lain untuk berjaya dalam kehidupan diorang.

Setting Item yang diperlukan

Saya Kadang-kadang lupa apa item yang saya perlu beli ketika bermain. Nasib baiklah, Moonton menyediakan setting item yang perlu saya beli semasa bermain. Jadi, untuk mengelakkan dari lupa item yang mahu dibeli untuk Tigreal, kita kena set kan item-item tersebut dibahagian preparation sebelum bermain.

Meningkatkan Kelajuan Pergerakan

Saya meningkatkan kelajuan pergerakan saya diawal permainan untuk memudahkan saya roaming di ketiga-tiga lane. Item Wooden Mask dan Boots dapat meningkatkan kelajuan pergerakan Tigreal untuk bergerak ke tiga-tiga lane sama ada untuk menolong offlaner atau membersihkan laluan.

Belajar Membuat Presentasi

Membuat presentasi selepas menggunakan Tigreal. Saya yakin, membuat presentasi merupakan salah satu cara untuk mahir menggunakan Tigreal. Kerana dengan mengajar, kita boleh belajar. Kita memberitahu pengguna Tigreal tentang perkara-perkara yang dapat meningkatkan Win Rate mereka. Presentasi boleh dibuat dalam bentuk tulis blog seperti ini atau dalam bentuk Video seperti ini. Selain belajar menggunakan Tigreal, saya juga belajar mengedit dan menulis. Ini dapat mengasah kemahiran lain dalam diri saya seperti kreativiti dan cara menyampaikan pengalaman melalui tulisan dan kemungkinan satu hari nanti membantu kita menjadi seseorang yang boleh berkomunikasi dengan baik. Semakin banyak presantasi kita buat, semakin bertambah kemahiran dan keyakinan kita dalam menggunakan Tigreal.

Baik dalam 6 Aspek

Kalau mau main dengan para pemain profesional, kau mesti baik dalam 6 aspek permainan Mobile iaitu Legends, Durabilitiy, Teamfight, Laning, Damage Taken, DPS dan Gold. Jadi jangan terbawa-bawa dengan kemarahan damage dealer yang mahukan assist dari kamu. Cubalah capai keputusan yang baik dalam 6 aspek ini, dapatkan Silver atau Gold di akhir permainan.

Item Splash Damage

Jika menggunakan Tigreal, lihat item yang dipilih oleh ahli-ahli dalam Team, kemudian beli item yang boleh menyokong Damage mereka. Antara item-item yang mempunyai splash damage dan True damage ialah Curse Helmet, Endless Cry, Windtalker, Blade Armor dan Guardian Helmet. Pada pendapat saya, sekiranya item-item ini tiada dalam team anda, pastikan anda mengambilnya untuk memudahkan anda dan team untuk mencapai kemenangan.

Selain kecekapan menggunakan hero, anda juga perlu cekap memilih item, ini kerana ada masanya anda akan bertemu dengan Tank yang sangat susah untuk ditembusi seperti Uranus. Item-item ini akan sedikit sebanyak membantu damage dealer dalam team anda untuk melakukan kerja-kerja mereka.

Traffik dengan Tigreal

Jika kau mahu mendekati lebih ramai orang dengan hero tigreal, kau kena tulis 2000 point mengenai Tigreal. Maka, semua pengguna Tigreal akan merujuk kepada tips-tips yang kau tulis. Jadi, teruskan menulis sehingga kau dapat banyak Traffic.

Map Awareness

Walaupun kau tidak faham istilah "Map Awareness". Kau tengok saja map ketika bermain. Kau akan merasai sendiri manfaatnya selepas 100 kali mengamalkan tabiat melihat map ketika bermain. Semakin lama kau amalkan ini semakin banyak dan matanglah map awareness kau. Saya perlukan map untuk melihat dimana kedudukan Marksman saya, supaya saya boleh melindunginya dengan ketat.

Kebaikan Melihat Map

Ketika menggunakan Tigreal, lihatlah map, selalunya kau akan tahu, berapa orang yang sedia untuk mengepung kau? Atau Dimana musuh berada sekarang?. Ini pun akan meningkatkan peluang kau untuk menang.

Musuh tidak kelihatan

Berhati-hatilah ketika musuh tidak kelihatan dalam map. Apa yang perlu dibuat pada masa itu ialah "Open Map" supaya team boleh lihat kedudukan semasa musuh. Selepas kau "Open Map", hantar chat " Keep eye on the map".

Belajar dari Pemain terbaik.

Lihat pemain terbaik dan baca tentang item-item yang diorang gunakan. Saya pun baru saja sedar rupanya terdapat ada Item Attack yang mempunyai splash damage, dan kamu tahu apa nama item itu? Item itu adalah Windtalker.

Bila bosan Guna Item Attack

Apabila saya terlalu bosan menggunakan Tigreal sebagai watak tank, saya akan mencuba untuk menggunakan item Attack, yang kebanyakkannya digunakan oleh hero Marksman dan Fighter. Selalunnya saya akan menggunakan item Blade of Despair untuk meningkatkan Phy Atk Tigreal.

Belajar berkolaborasi

Saya pernah bersemangat untuk berkolaborasi dengan semua hero hero di Mobile Legends. Ada yang serasi dan juga yang tidak. Saya paling suka berkolaborasi dengan Hanabi, Harith, Moskov dan Gord. Berkolaborasi dengan pengguna hero-hero telah menaikkan rank saya ke Top 10 local. 

Perlukan Ahli yang mahir

Saya suka tertumpu untuk membantu satu hero dalam setiap kali permainan. Selalunya saya akan memilih hero Marksman. Saya akan berusaha sehabis baik untuk melindungi Marksman, apa lagi kalau Marksmannya sudah mempunyai Berserk Fury.

Menghafal fungsi Item Tank

Selepas menggunakan Tigreal dalam 5000 permainan, saya fikir saya sudah menghafal item-item yang diperlukan untuk mehadapi hero damage dealer dari musuh. Jika damage dealer harapan musuh ialah jenis Magic Damage, saya biasanya akan mengambil Athena Shield untuk meningkatkan Magic Defense saya. Jika damage jenis Fizikal damage, saya akan mengambil Antique Cuirass dan Imortality. Pengalaman sebanyak 5000 matches ini telah memahirkan saya untuk mengambil item yang sesuai untuk melawan hero pihak lawan.

Teknik Naik Rank

Selalunya, saya dengan mudahnya akan dapat menaiki rank selepas 2 minggu di permulaan setiap musim baru, selepas semua pemain yang hebat-hebat naik rank terlebih dahulu. Selain itu, Tigreal agak kepayahan sekiranya berhadapan dengan Helcurt, Hanzo, Natalia dan Selena kerana 4 hero ini dapat menyerang Marksman dengan tiba-tiba. Jadi, apa yang selalu saya lakukan ialah saya meminta supaya hero-hero ini diban semasa draf pick.

Kesimpulan

Tigreal merupakan hero utama saya dalam permainan Mobile Legend. Sudah ramai orang yang mengatakan yang saya tiada life kerana sudah menggunakan hero ini dalam 5000 perlawanan. Saya sudah pernah turun naik dari Epic ke Mythic dengan menggunakan hero ini. Bunyinya macam OP atau OverPower, tapi itulah kenyataannya. Saya OverPower dalam membantu hero untuk mendapatkan sekurang-kurangnya Triple kill.


Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel