9 Tabiat Blogger Yang Membantu Anda Terus Maju

Siapa yang tidak mahu menjadi terbaik dalam setiap bidang yang diceburi? Tidak kiralah siapa pun kita, apa-apa pun bidang yang  kita ceburi, kita sentiasa mahukan yang terbaik. Dan untuk menjadi yang terbaik, perkara yang perlu kita ingat ialah terus maju, untuk terus maju pula kita perlu belajar mengembangkan pandangan kita, jika tidak, tahap kesukaran untuk maju akan meningkat.

Kita perlukan Tuhan, buku, rakan-rakan seminat dan matlamat untuk mengembangkan pandangan kita. Anda boleh menggunakan akronim GoBIG iaitu God, Book, Individual dan Goal untuk membantu mengembangkan pandangan kita supaya boleh terus maju. Sudah pastilah maju ke hadapan, kalau ke belakang itu, bukannya maju, tapi mundur.

Tabiat Blogger Yang Membantu Anda Terus Maju

Baiklah, untuk semua blogger-blogger khususnya blogger Malaysia, blogger Indonesia dan blogger Singapura, sila semak tabiat-tabiat blogger yang saya fikirkan dapat membantu anda untuk terus maju menjadi blogger yang terbaik pada masa hadapan.

Sentiasa Bersedia untuk menulis

Idea akan datang pada bila-bila masa. Jadi, bersedialah untuk menulis idea tersebut, sebelum kita lupa. Kerna, kalau ia pergi, ia takkan kembali. Catatkan idea tersebut secepatnya, supaya ia tetap tinggal dalam hati dan fikiran kita. Memang, tabiat menulis nota kelihatannya tidak hebat, tapi, ia dapat membantu kita untuk menjimatkan tenaga fikiran kita. 

Proses berfikir seperti mengingat perkara yang sudah beberapa jam berlalu, memerlukan banyak tenaga, sekiranya kita sudah menuliskannya diatas kertas, kita tidak perlu lagi memeras tenaga untuk mengingat, hanya sedikit sahaja, cukup, iaitu dengan mengingat "dimana kita meletakkan buku nota kita". 

Kita akan menjadi lebih yakin kerna kita telah pun menuliskan idea tersebut dalam buku. Nah, kebaikannya ialah kita boleh gunakan tenaga fikiran kita untuk mencari idea-idea yang baru atau memikirkan cara untuk menggunakan semua nota yang kita ada untuk meningkatkan taraf hidup kita. Dalam ayat lain, kita guna pengetahuan kita untuk memperbaiki hidup blogging kita.

Mengabaikan kemahuan

Sanggupkah kita mengabaikan kemahuan kita demi untuk memenuhi keperluan kita. Terdapat perbezaan besar antara kemahuan dan keperluan. Dalam konteks kelangsungan hidup, kita tidak akan mati sekiranya kemahuan kita tidak terpenuhi. Tapi, kita pasti akan mati sekiranya keperluan tubuh kita iaitu makanan tidak dipenuhi.

Dalam konteks mencapai kejayaan menduduki peperiksaan, kita terpaksa mengabaikan kemahuan kita untuk berseronok dengan kawan-kawan demi untuk mengulang kaji pelajaran. Sekiranya anda sanggup untuk mengabaikan kemahuan anda, saya pasti, kejayaan akan tetap dalam genggaman anda. Sama prinsipnya dalam dunia blogging.

Ikut Seperti yang dirancang

Sekiranya kita sudah rancang baik-baik, kita ikutlah apa yang kita rancang. Kalau kita tidak ikut apa yang dirancang, maka sia-sialah masa yang dihabiskan untuk merancang. Contohnya, kalau sudah ditetapkan format post untuk blog ini (adalah seperti artikel ini), maka cubalah untuk ikut format ini. Kalau mahu ubah, berubahlah kepada yang lebih baik. Jangan lagi turunkan standard post blog kita.

Ada pepatah yang mengatakan jika kita gagal merancang, kita merancang untuk gagal. Tapi, jika kita sudah merancang namun tidak dilaksanakan, itu adalah satu pembaziran masa dan tenaga. Masa depan kita ditentukan oleh apa yang kita lakukan pada masa ini. Jika kita merasa penat ketika sedang melakukan sesuatu, itu bermakna kita telah pun melakukan sesuatu yang nyata dalam kehidupan kita. Oleh itu, jadikan rancangan anda menjadi kenyataan.

Berhenti dan Bayangkan

Kalau kita sudah tidak tahu apa mahu buat, tambah-tambah lagi kita merasa ada tekanan, perkara terbaik yang perlu dilakukan ialah berhenti dan bayangkan perkara lain, seperti nombor 1 hingga 10, Huruf A hingga Z. Dalam proses membayangkan  nombor atau huruf ini, kita melatih diri kita untuk memberi tumpuan sepenuhnya, kepada apa yang kita ingin lihat.

Anda tidak akan dapat melihat sebarang nombor atau huruf sekiranya anda tidak memberikan tumpuan yang tinggi semasa proses membayangkan ini. Jika anda sudah berjaya melakukannya, sekarang cuba bayangkan apa yang sepatutnya anda lakukan untuk terus maju. Cuba bayangkan apa yang Tuhan mahu anda lakukan, bukan rasakan atau fikirkan, tapi bayangkan.

Dapatkan Poin penting dan belajar

Setiap orang mempunyai cara pembelajaran yang berbeza-beza, bagi saya, saya suka belajar dengan cara yang mana saya perlu keluarkan dahulu semua yang saya tahu, kemudian diperbetulkan melalui teguran atau cadangan dari mentor.

Untuk melakukan itu, anda perlu dapatkan dahulu poin-poin penting, kemudian, bila anda sudah dapat poin-poin penting, terangkan poin-poin tersebut mengikut pemahaman anda, kemudian mintalah guru anda untuk membuat semakan, samaada penerangan tersebut betul atau tidak. Itulah cara belajar yang terbaik bagi saya, diharapkan itu juga berkesan pada anda.

Meningkatkan Keyakinan Pembaca

Pembaca tidak akan mengongsikan artikel kita sekiranya mereka tidak yakin dengan kesahihan maklumat yang terdapat dalam artikel kita. Oleh itu, sebarang maklumat yang kita kongsikan mestilah menyertakan link rujukan atau sumber supaya kepercayaan dan keyakinan pembaca pada konten kita bertambah.

Kita semua telah pernah mengalami perkara ini semasa Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) berkuatkuasa. Yang mana, rakyat yakin dengan laporan yang disampaikan  sendiri oleh wakil Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sehingga mereka yakin untuk mengongsikan maklumat semasa covid19 kepada keluarga dan sahabat-sahabat mereka. Oleh itu, kita kena lakukan perkara ini, sekiranya kita mahu pembaca yakin dengan maklumat yang kita sampaikan melalui artikel kita.

Cara Mudah Cari Idea Menulis

Menulis dari pengalaman kita lebih mudah berbanding bercakap tentang fakta-fakta yang umum. Kita cakap apa yang kita fikir atau rasa. Tapi sebelum melakukan ini, anda kena fikir dan tulis dulu kesannya pada masa depan. Jangan lakukannya jika anda tidak sedia menghadapi kesannya. Contohnya, anda menuliskan yang anda mahukan sebuah rumah, kemudian, 2 minggu atau 2 bulan atau 2 tahun akan datang, anda mendapat sebuah rumah. Adakah anda sudah bersedia untuk mengurus rumah tersebut? Itulah salah satu kesan yang anda perlu tahu sebelum berkongsi info dengan pembaca-pembaca anda.

Menjadi Lebih Bernilai

Jika post anda sangat bernilai, saya yakin pembaca anda tidak akan meninggalkan anda. Sebab itulah, setiap kali menulis, masukkanlah 10, 50, 100, 200 nilai dalam tulisan anda. Apa yang saya maksudkan dengan nilai-nilai ialah jawapan kepada masalah-masalah pembaca. Sebagai contoh, masalah bangun lewat, anda boleh tulis dalam artikel anda "Hari ini saya bangun pada pukul 5:30 pagi untuk membaca buku kegemaran saya", ini adalah cara tidak langsung untuk menyelesaikan masalah pembaca-pembaca yang suka bangun lewat.

Semakin banyak yang anda tuliskan, maka semakin bernilailah artikel anda. Jika orang yang lebih baik, menegur anda, janganlah kecewa, sebab itulah nasihat yang dapat meningkatkan nilai anda. Ambil nasihat itu, tulis dan kongsikan kepada pembaca-pembaca anda. Jangan simpan nasihat yang diberikan kepada anda, atau anda akan menjadi seperti laut mati yang tidak mengongsikan airnya kepada mana-mana sungai.

Jadilah air sungai yang jernih yang mengalir membasahi tanah-tanah disekitarnya sehingga menyuburkan pokok-pokok yang ada ditebing-tebingnya. Oleh itu, kongsikanlah nasihat-nasihat yang bernilai kepada sahabat-sahabat anda, supaya mereka juga akan menjadi lebih bernilai dari sebelumnya, dan boleh jadi juga, pada masa lain, anda boleh belajar dari mereka.

Bermula dari Siapa kita sekarang

Kita mahu meningkatkan kualiti hidup kita tapi minda dan persekitaran kita secara lembut melengahkan kita dari terus bekerja ke arah hidup yang kita mahukan.  Antara masalah yang paling umum menghalang kita dari berjaya ialah risau dikritik orang,  tahap pendidikan yang rendah, kedudukan kewangan yang negatif, dan tiada matlamat kecil apatah lagi matlamat yang besar.

Kita ada semua yang kita perlukan untuk berjaya iaitu Masa dan Tenaga. Kalau kita perlukan wang, berikanlah Masa dan Tenaga, dan percayalah, kita akan dapat apa yang kita perlukan. Masalahnya kita tiada fokus dan kita mahukan banyak perkara dalam hidup. Tenaga dan Masa kita terbagi-bagi, sebab itulah kita hanya menjadi orang yang biasa-biasa saja.

Ingatlah pada masa kita buat keputusan berkahwin dengan orang atau kerja kita, kita tidak terus sempurna, cuma pemahaman kita bertambah-tambah sehingga prestasi kita menjadi lebih baik. Seiring bertambahnya pemahaman kita, keyakinan kita juga akan meningkat. Oleh itu, mulalah sekarang dengan apa yang kita ada dan teruskan belajar.

Kesimpulan

Tabiat kitalah yang menentukan sama ada kita boleh menjadi blogger yang hebat atau tidak. Semoga artikel ini dapat membantu kita untuk terus maju dan berjaya menjana pendapatan sekurang-kurangnya 4 angka sebagai blogger. Terima kasih dan jangan lupa untuk kongsikan artikel ini kepada sahabat-sahabat anda yang sedang mengusahakan blog sendiri. Jumpa lagi.

Sumber Gambar JESHOOTS.com

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel