Tidak Rugi Fikir Positif

1. Kita adalah apa yang kita fikir. Jika kita berfikir negatif dan melihat sesuatu situasi, pandangan kita cenderung untuk ke arah yang negatif. Jika kita berfikir positif dan kemudiannya melihat sesuatu situasi, pandangan kita cenderung ke arah positif.

2. Kesan fikiran negatif membataskan kemampuan seseorang untuk mencapai potensi yang lebih baik dalam apa saja yang dibuat dalam hidupnya. Contohnya, Jika anda ialah ahli perniagaan, tapi masih berfikir negatif tentang orang lain, itu mungkin membuatkan kita merasa lebih baik, tapi kesannya, kita tidak dapat sepenuhnya menghargai orang tersebut.

3. Kesan fikiran positif adalah lebih baik. Kita boleh melihat lebih kemenangan berbanding kekalahan. Mudah untuk mengatakan dari melakukan. Ya, itulah kerja yang perlu dilakukan, fikir dan kerjakan. Bila kita positif, kita sentiasa melihat harapan disetiap kesukaran yang datang dalam hidup kita. Lebih baik lagi kalau kita tidak kenal pun erti kegagalan, walaupun kita sebenarnya sudah gagal.

4. Fikiran positif akan membawa kita ke peringkat seterusnya dalam hidup kita. Luangkan banyak masa untuk berfikir bagaimana untuk berjaya, berbanding melayan perasaan negatif yang tidak pasti akan kewujudannya.

5. Akhir sekali, ia bergantung pada apa matlamat kita masing-masing, jika itu baik untuk Tuhan dan orang-orang disekeliling kita, maka berkerja keras untuk itu adalah sangat berbaloi. Fikirkan ini dalam pandangan yang positif.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel