Pengalaman Menjadi Youtuber

Artikel ini dikemaskini pada 27 Julai 2020.

Orang mengikuti kita kerana diorang mahu tahu apa yang kita tahu. Mereka mahu belajar dari kita. Mereka mahu tahu bagaimana kau boleh memberi nilai tambah dalam kehidupan mereka terutama dalam proses membuat keputusan. Pengikut kau sedang mengikuti "The School of YOU".

Kongsikan sahaja One Ringgit Talent kau dimana saja kau berada.

Kepada semua subscriber saya ingat ini. Jangan cemburu dengan saya, sebab saya buat konten ialah untuk membuat nilai tambah dalam hidup anda. Supaya kamu lebih bersemangat dalam hidup, bukan kerana saya lebih baik dari kamu atau kamu lebih dari saya, sebab mood kita tidak sama. Mungkin sekarang ini kamu marah dan saya gembira, mungkin saat ini kamu gembira saya sedih. Saya disini untuk kita saling melengkapi kekurangan-kekurangan kita.

Dalam artikel ini, saya akan kongsikan semua pengalaman saya sebagai seorang Youtuber. Jangan lupa kembali ke artikel ini kerana saya akan mengemaskininya 5 hari seminggu.

Nilai Tambah

Sebagai seorang Youtuber, kita mesti ada semangat untuk konsisten dalam memberikan nilai tambah dalam kehidupan orang lain, melalui rutin harian kita. Sebenarnya perkara yang kita belajar ketika bersemangat untuk menjadi Youtuber boleh juga diaplikasikan dalam menguruskan kehidupan kita supaya lebih teratur dan baik.

Apabila kita sudah dapat mengurus kehidupan kita, maka akan menjadi lebih mudah bagi kita untuk menambah nilai dalam kehidupan pengikut-pengikut kita yang banyak ini. Kita adalah contoh kepada apa yang kita percaya. Apabila pengikut kita melihat apa yang kita buat, mereka juga pasti akan buat. Atau mungkin, mereka akan buat perkara yang lain cuma menggunakan teknik yang sama.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel