1000 Patah Perkataan Mengenai Bab Membagikan Firman

Selamat petang kepada semua pembaca yang disayangi. Hari ini, saya telah belajar satu topik yang menarik dari buku sekolah sabat dewasa. Tajuk pelajaran sekolah sabat pada hari ini ialah Membagikan Firman. Saya membaca sahaja tajuk ini saya fikir tujuannya ialah untuk menggalakkan saya supaya membagikan firman Tuhan kepada orang-orang yang ada disekililing saya. Saya fikir pelajaran ini juga dapat memantapkan pemahaman saya mengenai cara-cara untuk membagikan firman Tuhan melalui setiap perkara yang saya lakukan. 

Saya juga terfikir pelajaran ini sangat berguna juga bagi orang yang cenderung untuk mengongsikan perniagaan-perniagaan mereka. Saya suka sebenarnya bila belajar tentang cara-cara untuk berbagi sesuatu dengan orang lain. Pemahaman ini akan membantu saya meningkatkan traffik ke blog saya ini.

1000 Patah Perkataan Mengenai Bab Membagikan Firman

Pelajaran sekolah sabat hari ini saya belajar dari Pastor Franklin Satori yang membagikannya melalui channel Youtube GMAHK DHI. Saya tidak mengambil kesemua apa yang dia ajarkan kerana bahagian yang saya tidak fahami. Saya hanya mengambil apa yang saya boleh fahami untuk mengukuhkan apa yang saya faham mengenai firman Tuhan. Ini untuk memastikan supaya saya boleh fokus untuk terus mengikuti dan belajar dari channel ini. Pendekatan yang digunakan oleh channel ini sangatlah ringkas dan saya menyukainya.

Nah, dalam bab ini saya telah belajar 6 perkara yang menyegarkan lagi keinginan saya untuk bersaksi atau menghidupkan firman Tuhan dalam kehidupan seharian saya. Saya lebih suka membagikan firman Tuhan dengan cara menghidupkannya dalam kehidupan seharian saya, kerana saya mempunyai prinsip "kita adalah apa yang kita percaya" supaya kita boleh "Lead by example".  Baiklah tanpa membuang masa lagi, mari semak apa yang saya belajar dari pelajaran sekolah sabat hari ini.

1. Mengingati peranan Roh Kudus

Roh kudus akan mengingatkan kita setiap kali langkah kaki kita menuju ke arah yang bertentangan dengan firman Tuhan. Walaupun begitu, roh kudus tidak berkesan sekiranya hidup kita sentiasa bergelumangan dengan dosa, seperti iri hati, sombong, ego, cemburu, malas dan semua perkara bertentangan hukum kesihatan dan hukum kasih. Bagaimana mungkin roh kudus berkerja kalau kita sentiasa cemburu? Bagaimana mungkin roh kudus berkerja kalau kita sentiasa penat? Bagaimana mungkin roh kudus berkerja kalau kita sentiasa ego? Jadi, disinilah peranan firaman Tuhan yang boleh mengubah cara kita melihat setiap perkara yang kita rasai pada masa ini. Dari Firman Tuhan, kita boleh mengetahui kesan buruknya sikap sombong, iri hati, ego dan cemburu. Dengan cerita ini, kita bukan sahaja dapat berkongsi, malah pekerjaan roh kudus untuk menegur kita juga akan menjadi mudah kerana kita sudah mempelajari firman Tuhan.

2. Melihat Yesus dalam setiap keadaan

Sebelum dapat melihat poin ini, sebenarnya saya sudah pernah belajar bahawa alkitab merupakan buku yang menceritakan tentang penebusan manusia dari dosa. Penebus yang dimaksudkan itu ialah Yesus. Jadi, itu bermakna setiap cerita dalam alkitab menghalakan pandangan pembacanya untuk melihat kepada Yesus, yang juga merupakan sang penebus kepada dosa manusia. Dan ini perkara yang saya boleh aplikasikan kehidupan saya, apabila ada masalah, saya akan melihat kepada Yesus untuk meminta jalan penyelesaian. Atau jika ingin mencari inspirasi penulisan, saya mengimbas kembali hidup saya, "Dimana campur tangan Tuhan dalam setiap saat hidup saya?", masa kita melakukan itu, inspirasi akan muncul untuk saya tulis.

3. Lambang Firman

Dalam pelajaran sekolah sabat hari ini juga ada menyebut tentang lambang firman iaitu Api, Palu, Benih dan Yesus. Melalui firman, ia akan membakar perasaan ego, cemburu dan marah kita. Firman juga akan memukul kita jika kita telah melakukan sesuatu yang tidak baik. Kaitan benih dengan firman pula ialah akan membuat kita bertumbah menjadi lebih baik setiap hari. Yang keempat ialah Yesus dilambangkan sebagai firman yang membawa terang kepada manusia. Terdapat banyak lagi lambang-lambang di dalam alkitab yang mampu membuatkan kita lebih memahami tentang firman Tuhan yang ajaib ini. Tapi untuk artikel ini, hanya 4 sahaja yang saya dapat kongsikan kerana ia berkaitan dengan pelajaran sekolah sabat hari ini. 

4. Sumber Kebenaran

Alkitab adalah sumber kebenaran bagi saya, kerana melalui buku-buku yang ada didalamnya, yang berupa pengajaran jika manusia melakukan pelanggaran terhadap hukum Tuhan. Apa yang saya maksudkan sebagai hukum Tuhan ialah Hukum Sepuluh yang jika diteliti dengan saksama sebenarnya terbahagi kepada 2 iaitu kasih kepada Tuhan; dan kasih kepada Manusia. Saya boleh menerima poin ini kerana memang benar alkitab adalah sumber kebenaran pada semua yang kita lihat pada masa ini. Salah satu contoh cerita alkitab yang benar kita boleh lihat pada masa ini ialah Bahtera Nabi Nuh.

5. Memperbetulkan fikiran yang keliru

Pikiran yang keliru menyebabkan kita sering berubah-ubah prinsip hidup. Tapi firman Tuhan ini telah terbukti benar-benar mengubah hidup jutaan manusia diseluruh dunia. Alkitab mengajar saya untuk hidup dan tidak mati. Hidup yang saya maksudkan disini ialah untuk melayani atau berkongsi dengan orang-orang yang ada disekililing saya. Saya percaya, jika saya hidup, orang yang ada disekililing saya pun akan hidup. Melalui pengalaman saya sendiri, saya keliru kerana terlalu banyak pandangan jawapan yang saya dengar untuk satu persoalan. Jadi untuk mengelakkan saya keliru, saya mesti memilih satu sumber kebenaran untuk dipegang dalam memperbaiki hidup saya iaitu Alkitab. Buku ini benar-benar memperjelaskan pemikiran saya.

6. Mengubah kehidupan kita

Firman Tuhan telah mengubah hidup saya sehingga membentuk siapa saya pada hari ini. Dari pilihan-pilihan yang saya buat yang sebenarnya dipengaruhi oleh alkitab telah memberikan kehidupan yang saya ada pada masa ini. Yalah, walaupun bukanlah kaya sangat, tapi saya sangat menghargai setiap perkara yang saya ada. Salah satu pengaruh alkitab yang saya fikir saya sudah terbiasa ialah membuat poin untuk sesuatu keadaan. Ini kerana, dalam alkitab terdapat tajuk-tajuk yang pendek yang kemudiannya diterangkan dengan berbagai-bagai cara. Jika kamu selalu membaca alkitab kamu akan faham apa yang saya katakan ini. Melalui poin ini, saya semakin yakin yang alkitab memang dapat mengubah kehidupan kita untuk menjadi yang lebih baik pada masa depan.

Kesimpulan

Itulah yang saya pelajari pada hari ini mengenai topik membagikan firman Tuhan. Untuk pengetahuan anda, saya juga masih sedang belajar lebih banyak tentang alkitab. Inilah buku utama yang akan menjadi panduan dalam seumur hidup saya. Saya tidak belajar alkitab secara sendirian, saya juga belajar dari pakar-pakar alkitab tentang bagaimana mereka melihat setiap sudut hidup mereka mengikut perspektif alkitab. Semoga melalui artikel 1000 perkataan ini dapat meyakinkan kamu untuk membagikan firman Tuhan, kerana saya menceritakannya melalui pengalaman hidup saya sendiri dan bukannya dari orang lain.

Sumber Gambar MUHAMAD ZUL AZIMI BIN ABDUL RAZAK

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel