3000 Patah Perkataan Tentang Saya

Hari ini saya akan mengongsikan cerita panjang tentang saya kepada semua pembaca-pembaca yang saya kasihi. Cerita tentang bagaimana saya belajar dari beberapa orang yang hebat yang telah membentuk saya pada hari ini. Mungkin cerita ini juga, boleh kamu gunakan untuk bahan pertimbangan supaya tidak menjadi seperti saya, ini kerana, jika kamu mahu menjadi seperti saya, lalu siapa yang akan menjadi kamu?

Cari sesuatu dari cerita saya yang dapat menjadikan hidup kamu lebih baik dari saya. Saya pasti kamu lebih baik, lebih hebat dan lebih pandai dan saya. Sebab itulah, saya Follow Back sekiranya kamu mengikuti saya di sosial media iaitu Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Tik Tok dan juga Linkedin. Kenapa saya follow back? Saya follow back kerana saya mahu belajar sesuatu dari kamu semua. Jadi, tanpa membuang masa lagi, mari semak 34 poin yang penting dalam kehidupan saya.

Pengenalan Asas

3000 Patah Perkataan Tentang Saya

Mari baca cerita tentang saya. Nama saya M. Santro Sondy. Saya lahir pada tahun 1 September 1991. Saya berasal dari satu daerah di Sabah yang diberi nama Kota Marudu. Saya adalah anak sulung dari 4 orang adik beradik. Saya dibesarkan dari keluarga yang boleh dikatakan kais pagi makan pagi atau dalam perkataan ringkasnya ialah Miskin.

Bapa saya berkerja sebagai seorang Tukang Buat Rumah, manakala Mama saya berkerja sebagai suri rumah dan penoreh getah. Saya suka membaca buku, suka bersenam dan menulis. Saya suka makan buah-buahan, sayur-sayuran dan sedikit daging. (Epal, tembikai, durian, jagung, Kangkung, pucuk ubi, betik goreng dan ayam).

Pra-Sekolah

Saya mula mengenal huruf ABC dan nombor 123 semasa di Tadika KEMAS Kampung Salimandut, Kota Marudu. Saya masih ingat masa itu, saya sangat kepayahan untuk membezakan M dan N. Untuk pergi ke sekolah, kadang-kadang saya akan dihantar oleh bapa saya menggunakan basikal tua (tapi masih baru) untuk ke sekolah dan kebanyakan masanya kena berjalan kaki.

Cikgu Tadika pada masa itu ialah Cikgu Jamatiah Majalin. Semasa menulis bahagian ini, saya baru teringat dia, kemudian menghantar friend request kepada dia melalui facebook. Kalau melihat dari gambar profile facebook dia, sekarang ini dia sudah tua, sihat dan masih cantik seperti masa dia mengajar saya di tadika dulu.

Sekolah Rendah

Saya teruskan pembelajaran saya ke Sekolah Rendah Kebangsaan Tumunda Salimandut. Semasa di sekolah rendah, dari segi pelajaran, saya adalah pelajar yang sederhana, dari segi sosial, saya sangat hyperaktif. Saya mempunyai memori yang baik, mungkin kerana pada masa itu mama saya menjaga rutin tidur saya, supaya saya lebih mudah untuk mengingat.

Saya berani mengatakan seperti ini kerana, Saya pernah diminta membaca sifir dihadapan perhimpunan kerana saya dapat menghafalnya dengan cepat semasa dalam kelas, tapi sayang, akibat terlalu gemuruh, saya malah menangis di depan perhimpunan. Itulah antara kenangan semasa di sekolah rendah, yang membuatkan saya terfikir untuk memperbaiki perasaan malu itu pada masa ini. 

Sekolah Menengah

Sekolah menengah adalah antara babak yang secara perlahan-lahan membuatkan saya mula mengenal betapa sukarnya hidup di dunia ini. Saya mula pandai merasa malu dan sentiasa mengawal diri saya. Saya dimasukkan dalam kelas sains sukan dan saya boleh dikatakan pendiam dan tidak terlalu popular kerana selalu duduk di belakang kelas.

Pada masa itu, saya menyukai dengan 4 perkara iaitu Piano, Gitar, Berlatih Sukan dan Genius. Disebabkan lemah dalam pengurusan masa, saya hanya mendapat keputusan yang sederhana dalam SPM dan 4 perkara yang saya suka di atas. Secara ringkasnya, untuk sekolah menengah, walaupun keinginan tinggi yang menggunung pada masa itu, saya telah melalui semuanya dengan sederhana.

Kehidupan Biasa

Dalam kehidupan di luar sekolah pula, saya berubah kepada watak sebagai anak sulung. Melihat pada kesusahan Bapa dan Mama, saya mahu dan kadang-kadang terpaksa untuk membantu mereka berdua melakukan pekerjaan mereka. Saya mengemas rumah, menoreh getah dan membantu bapa saya membina rumah beberapa saudara-saudara yang boleh dikatakan senang di sekitar kampung saya.

Walaupun begitu, saya tetap dapat mencoba beberapa aktiviti yang hampir kesemua remaja kelahiran 1991 lakukan. Cumanya, tidaklah sampai terbiasa melakukan sehingga berani melakukan secara terang-terangan, sebab satu kesilapan akan menyebabkan tali pinggang mendarat dengan selamat pada kaki saya. Kurang perkara yang hebat dalam kehidupan saya pada masa itu.

Prinsip Berkerja Dulu

Dari segi pekerjaan, kebanyakan prinsip yang saya dapat pelajari adalah dari pekerjaan bapa yang sangat menuras tenaga iaitu membina rumah. Pekerjaan membuat sebuah rumah tidaklah mudah, apalagi kalau melibatkan batu-bata, simen dan sebagainya. Saya sudah merasa penatnya tubuh untuk mencari makan, yang paling terasa ialah pada bahagian pinggang saya kerana mengangkat simen, batu-batu, pasir dan kemudiannya mengaul semua itu sekali.

Saya bersyukur pekerjaan dulu telah mengajar saya untuk tidak berhenti mengerakkan tubuh saya sehingga membentuk siapa saya pada hari ini. Kalau disimpulkan sekarang, prinsip berkerja saya dulu ialah "Gerakkan Badan Kau".

Takut Kepada Bapa

Semua itu saya lakukan bukan kerana duit, tapi kerana saya takut dengan bapa saya. Ketakutan saya itu hanya datang pada masa dia mabuk, kerana pada masa dia mabuklah, memori dia kembali mengungkit kesalahan lalu, dan memberikan hukuman. Disebabkan itu juga, apabila dia mengajak saya untuk berkerja dengan dia, saya tanpa sedar, saya sudah mengatakan Ya. Saya hanya berkerja sahaja dari pagi sampai petang dan akhiri hari saya dengan kepenatan yang sangat penat.

Keesokan harinya pun perlu melakukan hal yang sama, begitulah kejadiannya sampai rumah yang hendak dibina itu, benar-benar boleh ditinggali tuan rumah. Walaupun begitu, saya masih bersyukur kerana mempunyai bapa seperti ini yang membentuk saya pada hari ini.

Pra-Universiti

Di Peringkat Pra-Universiti pula, adalah permulaan saya mengenal perkataan menjana pendapatan online. 4 tahun sebelum saya membeli blog ini, saya telah mencuba beberapa perniagaan online. Saya sudah pernah mencuba menjadi affiliate Global Domain International (GDI), affiliate Trafficwave, pernah mencuba Paid To Click (PTC) seperti Neobux dan Clixsense, dan pernah juga mencuba membina website yang pada masa itu saya namakan sebagai FaceMoney.ws. Mungkin itulah antara sebabnya saya telah gagal untuk meneruskan pelajaran ke peringkat diploma, sehingga saya;

Tidak Masuk Universiti

Saya gagal dalam semua yang saya lakukan pada masa itu. Saya gagal meneruskan pelajaran saya dalam bidang sains gunaan. Saya gagal juga dalam perniagaan online saya. Saya akui, saya gagal kerana sikap, pengurusan masa, dan masalah kewangan saya pada masa itu. Yang paling menyedihkan lagi ialah saya telah menyia-yiakan usaha mama saya yang menghutang sini-sana semata-mata untuk saya belajar pada masa itu. Tapi, sekali lagi, saya sangat bersyukur juga kerana keadaan itu, sebab itulah yang telah membentuk siapa saya hari ini.

Tidak Putus Asa

Walaupun begitu, saya masih tetap memotivasikan diri saya dan kawan-kawan saya. Percaya atau tidak, saya masih lagi suka mengongsikan kata-kata motivasi kepada rakan-rakan sosial media saya. Dan kamu tahu, sebenarnya saya suka memotivasikan kawan-kawan yang ada disekeliling saya dengan kata-kata yang hebat-hebat, walaupun realitinya saya tidaklah sehebat kata-kata saya. Tapi, itulah cita-cita saya, iaitu untuk memotivasikan kawan-kawan lain dengan tulisan saya.

Buku Mengubah Haluan Hidup

Walaupun sudah gagal dalam pra-universiti, saya masih ada sisa keyakinan dalam diri untuk terus belajar. Saya berfikir pada masa itu, bagaimana belajar tanpa membelanja terlalu banyak wang. Dan, disitulah saya membuat keputusan untuk membeli 1 buku yang bertajuk "The Procrastination Cure: 7 Steps To Stop Putting Life Off". Saya telah membaca buku ini, yang ditulis dalam bahasa inggeris, walaupun saya tidaklah mengetahui semua isinya, tetapi ada satu ayat yang mengubah apa yang saya percaya sampai pada hari ini. 

Definisi Kejayaan Saya

Ayat itu ialah "Success is what you do daily". Sejak dari itu, definis kejayaan saya bukan lagi pada kejayaan jangka pendek, tetapi kejayaan jangka panjang. Sebab saya berfikir, apa gunanya kejayaan pendek sedangkan saya lebih suka berjaya setiap hari dalam jangka masa yang panjang. Demikianlah pemikiran saya pada masa itu.

Menguji Prinsip hidup

Selepas disuntik oleh semangat dari kata-kata itu, saya pun telah melakukan satu ujian untuk menguji keberhasilan prinsip hidup saya yang baru itu. Ujian itu ialah berlari menaiki bukit setiap hari, 5 hari seminggu, tidak kira panas atau hujan, saya akan pastikan saya berlari menaiki bukit sekali setiap hari.

Sepanjang melakukan latihan fizikal itu, saya belajar telah memperkukuhkan lagi pemahaman saya mengenai prinsip kejayaan saya, iaitu, saya mesti konsisten dalam mengawal rentak hidup saya. Ini kerana jika rentak tidak dikawal, ia akan menyebab kitaran tenaga saya terganggu, sehingga larian menuju ke garisan penamat akan terhenti.

Selain itu, saya masih suka untuk mengongsi kata-kata motivasi atau quotes ke sosial media saya. Pada masa itu, Facebook adalah tempat saya untuk mengongsikan kata-kata pengajaran dari orang-orang berjaya dahulu. Itulah rutin saya selama beberapa bulan sebelum dipanggil untuk bertugas di tempat saya berkerja sekarang. Dalam erti kata lain, saya sangat fit pada masa itu, badan pun masih ringan dengan saiz pinggang 28 inci masa itu.

Berpisah dari keluarga

Saya teruskan kehidupan yang jauh dari keluarga selama beberapa bulan di semenanjung. Kehidupan saya pada masa itu sangat tertib, Jati diri saya masih tinggi. Rakan serumah pada masa itu melayan saya seperti seorang adik, dia membiarkan saja saya mengurus masa saya.

Cuma, kesan dari perkara baik atau buruk yang saya lakukan akan ditanggung sendiri oleh saya. Namun, beberapa lama selepas itu, rakan serumah saya telah dipindahkan ke Sarawak dan saya tinggal keseorangan di rumah tersebut selama beberapa bulan. Sekali lagi saya bersyukur kerana keadaan itu telah mengajar saya erti kesunyian, seterusnya membentuk siapa saya pada hari ini.

Mengurus Masa Sendiri

Pada masa itu, saya sangat banyak berjalan kaki, kerana masih tidak yakin untuk memiliki sebiji kenderaan. Walaupun begitu, saya tetap meneruskan rutin senaman saya seperti push up, sit up, membaca alkitab dan bangun setiap jam 4 pagi. Saya kena bangun sebegitu awal kerana mahu mengejar bas yang akan bertolak dalam 5;30 pagi untuk menuju ke tempat perhentian bas yang kedua yang akan membawa saya ke tempat kerja.

Hyigene dan Kebiasaan

Selepas pulang dari tempat kerja, saya mengambil masa untuk belajar membina kebiasaan yang baik untuk kegunaan pada masa akan datang. Pada masa itu, saya belajar tentang pembentukan hyigene dan kebiasaan lain seperti muka yang biasa dengan senyuman dan wangian tubuh yang menyenangkan.

Untuk mencapai itu, saya akan paksa diri saya untuk senyum setiap hari selama 1 minit sebelum pergi kerja dan Saya juga akan meletakkan minyak wangi setiap kali selepas mandi. Tabiat ini bertahan selama berberapa bulan.

Mahu menambahkan Komitmen

Kemudian, saya masih merasa tidak puas dengan komitmen yang perlu untuk menjadikan hidup saya senang pada hari tua nanti. Oleh itu saya mencari lagi buku perkembangan diri yang lain. Agak lama juga saya mencari buku yang saya perlukan pada masa itu.

Nasihat yang lebih berpengalaman

Ini disebabkan, memang banyak buku perkembangan diri yang ada dalam pasaran, tapi saya kena memilih yang terbaik, yang penulisannya mengalami proses selama lebih dari 15 tahun. Sebab pada masa itu, saya masih tidak berpengalaman banyak tentang kehidupan dan saya juga tidak suka untuk bekerja dengan fikiran yang sempit. 

Melakukan dengan pengetahuan

Saya mesti tahu kenapa saya perlu buat ini, kenapa saya perlu buat itu. Kerana saya tidak mahu dipergunakan dalam rancangan jahat atau kemalasan seseorang. Merasa tidak senang kerana kerisauan ini, saya terus menambah pengalaman hidup dengan membaca buku perkembangan diri.

Think and Grow Rich

Entah mengapa, ada satu masa, saya telah menjumpai satu buku yang bertajuk "Think and Grow Rich", buku itu telah ditulis oleh Napoleon Hill. Buku ini adalah antara buku yang memberi impak kepada hidup saya, selepas Alkitab dan buku "The Procrastination Cure: 7 Steps To Stop Putting Life Off". 

Belajar Benda Baru

Melalui buku ini saya telah belajar 4 perkara. Perkara yang pertama ialah Membina kekayaan memerlukan masa yang lama iaitu lebih dari 7 tahun. Ia tidak berlaku dalam 1-2 tahun sahaja. Pada masa kini, saya lebih memahami apa yang diperlukan untuk membina kekayaan yang berterusan dari diri saya sampai pada generasi-generasi saya yang seterusnya.

Inilah yang saya faham, jika saya serius untuk melakukan apa yang saya inginkan, dan saya menuliskan dengan pen setiap keinginan hati saya itu diatas kertas, kemudian saya berulang kali membaca buku tersebut disamping berusaha secara konsisten selama 7 tahun, maka barulah saya akan berjaya.

Menuliskan Matlamat pada kertas

Saya pada masa itu, tidak sangat meyakini pemahaman ini, tapi selepas menempuhi beberapa pengalaman, saya telah memahami yang menulis menggunakan pen setiap matlamat saya diatas kertas melambangkan sesuatu yang tidak lagi boleh dipadam. Bila tidak boleh dipadam, maknanya saya mesti melakukannya atau hidup untuk mencapai matlamat tersebut.

Proses Mengubah Masa Depan

Saya pada masa itu juga mempunyai keyakinan yang tabiat sayalah yang menentukan masa depan saya. Saya belajar ini dari kata-kata Mahatma Gandhi yang berbunyi:

Your thoughts become your words
Your words become your actions
Your action become your habits
Your habits become character
Your character become your destiny.

Memilih prinsip hidup

Saya merenungkan ayat ini setiap hari untuk memilih apa yang saya perlu tumpukan supaya saya dapat mengubah masa depan saya. Pada masa itu, saya telah memilih untuk memberi fokus pada habits untuk mengubah hidup saya. Ini kerana saya yakin pada masa itu, tabiatlah yang membentuk fikiran saya sehingga saya berjaya mengubah masa depan saya.

Mengubah Hidup secara Autopilot

Jadi, saya membiarkan sahaja tabiat saya yang memperbaiki masa depan saya. Untuk memudahkan saya mengukuhkan tabiat yang selari dengan matlamat saya. Saya telah menulis tabiat-tabiat yang diperlukan untuk mencapai matlamat hidup saya itu. Antara tabiat-tabiat yang selari dengan matlamat saya pada masa itu ialah membaca alkitab, membaca buku dan bersenam setiap hari. 

Keinginan Paling Utama

Saya mesti mempunyai keinginan dalam hati. Saya memahami perkara ini seperti ini, apa yang ada di dalam hati seorang manusia selalunya adalah keinginan yang kekal. Keinginan saya dalam hati ialah saya mahu hidup senang dan gembira dihadapan Tuhan. Itulah keinginan saya yang terdalam sekali. Apa yang saya maksudkan dengan senang dan gembira adalah; Senang untuk mencari apa yang diperlukan dan gembira untuk berkongsi dengan keluarga dan kawan-kawan.

Kawan-kawan pula ialah kawan-kawan yang rajin berusaha dengan jujur, yang tiada niat untuk memudaratkan, menjatuhkan atau mengambil kesempatan di dalam keikhlasan saya. Yang paling penting sekali ialah adanya Tuhan dalam keinginan saya, supaya saya tidak lupa siapa diri saya, dan Dia akan menegur dan mengajar saya apabila saya terlalu jauh membelakangi perintah-perintahnya.

Ketiga, saya boleh memiliki apa saja kalau saya kekal dengan rancangan saya. Ketika merancang, saya perlukan Tuhan, supaya apa yang menjadi keinginan saya tidak memudaratkan atau merugikan orang lain. Melainkan dapat memuliakan Tuhan dengan menambahkan nilai dalam kehidupan orang lain.

Pelaksanaan rancangan ini tidak semudah menulis kisah ini untuk dikongsikan kepada anda. Ini kerana, saya dikelilingi ramai orang yang hebat dan menarik yang mungkin dapat mengubah pendirian saya dari semasa ke semasa. Tapi satu hal yang pasti, jika saya kekal berpegang pada rancangan saya, itu pasti akan tercapai. Sebab itulah saya bersemangat untuk hidup pada hari ini kerana saya mahu membina hidup yang saya impi-impikan.

Masih ada kegagalan

Kesalahan saya menghalangi semua rancangan saya dari tercapai dengan cepat, dan dosa saya menghambat yang baik dari saya. Jika saya melakukan kesalahan, rancangan saya akan semakin lewat untuk dilaksanakan kerana saya perlu berkerja semula untuk memperbaiki kesalahan saya. Saya percaya berdasarkan pengalaman, bahawa pimpinan Tuhan akan terhambat sekiranya saya berdosa, sehingga menyebabkan saya hilang kesanggupan untuk berusaha lebih dalam mencapai rancangan saya.

Kenapa perkara itu berlaku? Kerana Tuhan tahu saya masih belum bersedia untuk memiliki matlamat tersebut, mungkin sesuatu yang buruk akan berlaku sekiranya saya berjaya ketika saya masih belum bersedia untuk mengurusnya hasil atau kesan kejayaan itu. Kini, saya sentiasa dinasihati oleh penasihat ajaib saya dengan ayat ini "Kalau kau masih belum dapat mengurus apa yang kau miliki sekarang, bagaimana mungkin kau mengurus harta yang banyak sekiranya kau sudah berjaya."

AutoSuggestion

Saya mesti menjaga apa yang dalam fikiran saya. Saya telah belajar ini dari buku " Think and Grow Rich" dalam bab "Autosuggestion". Dalam bab ini, Napoleon Hill telah menerangkan tentang bagaimana kita cenderung untuk menggunakan apa yang kita tahu ketika kita membuat keputusan penting dalam kehidupan kita.

Selepas saja saya membaca idea ini, saya terus mencari beberapa ayat yang saya akan baca setiap hari untuk memastikan ianya semakin hari semakin tertanam dalam fikiran saya. Sehingga kini, saya telah merasai ada beberapa kesan dari tabiat ini.

Yang pertama, saya terfikir yang saya mempunyai personaliti konservatif, yang mana saya cenderung untuk bersikap mempertahankan keadaan, atau kebiasaan saya.

Yang kedua, rambut saya berguguran. Inilah yang paling merisaukan saya, adakah saya perlu korbankan rambut saya demi untuk mengejar hidup yang lebih senang pada masa depan.

Yang ketiga, saya suka belajar benda baru mengikut rentak saya sendiri. Saya ada keyakinan dalam diri, bahawa saya semakin hari semakin baik. Keyakinan seperti ini, seakan-akan membuat saya mahukan lebih banyak lagi atau dengan kata yang lebih ringkas ialah semakin tamak. Itu sesuatu yang saya kena kawal.

Penasihat Ajaib

Penasihat ajaib saya mengatakan "memang banyak yang kau mahu, tapi cubalah fikir, masa kau untuk melakukan itu adalah sangat terhad, kau kena fikir apa yang penting dalam hidup kau?". Nah, itulah penasihat ajaib saya bisikan pada saya. Jadi, saya pun berfikirlah, apa satu perkara yang penting saya perlu kembangkan untuk seumur hidup saya.

Setelah berminggu-minggu berfikir tentang ini, saya telah mengambil langkah berani untuk mengembangkan 2 buah website. Sebenarnya, selain blog ini, saya masih mempunyai satu lagi website untuk tujuan pembelajaran SEO. Disitulah tempat saya berlatih menulis atau mengongsikan sesuatu yang mengikut standard SEO yang betul. Kemahiran dan pengalaman yang saya dapatkan dari website itu, saya bawa ke blog ini.

Kembali Mengaktifkan Blog

Mulai dari tahun 2015, saya telah membeli santrosondy.com dan membiarkannya hidup dalam keadaan pasif di internet sehingga pada akhir tahun 2019, iaitu pada bulan Disember, dari masa itu, blog ini mula aktif setiap hari, 5 hari seminggu. Pada masa itu, artikel yang saya tulis hanya pendek sahaja. Sebab pada masa itu, saya masih lagi sedang mencari rentak yang sesuai untuk saya terus menulis. Konten pertama saya untuk blog ini ialah When I Was Your Man - Bruno Mars, kemudian dari hari ke hari, konten saya bertambah-tambah, begitu juga dengan pengalaman menulis saya.

Kesilapan Mengambil Jalan Pintas

Pada masa kini, saya mengakui Saya telah melakukan kesilapan dalam memahami kata-kata hikmat dari Mahatma Gandhi. Saya sepatutnya mengubah dahulu apa yang ada dalam fikiran saya. Memang benar, tabiat dapat mengubah masa depan, tapi itu kalau, sekiranya fikiran saya selari dengan tabiat saya. 

Sebab tidak kira bagaimanapun baiknya tabiat saya, jika fikiran saya tidak selari dengan tabiat yang saya cuba kembangkan, ttu akan membuatkan saya menderita. Ini kerana, fikiran saya buat perkara lain, tubuh atau fizikal saya buat perkara lain. Apa yang saya maksudkan disini ialah tiada kesungguhan untuk melakukan setiap perkara yang perlu dilakukan demi mencapai matlamat hidup saya.

Tanpa kerjasama antara fikiran dan tubuh, saya akan melakukan setiap perkara tanpa ekspresi. Sebab itulah, saya kena ubah dahulu fikiran saya, barulah tabiat-tabiat saya akan dapat dihidupkan dengan penuh perasaan. Bila saya melakukan sesuatu dengan penuh perasaan, orang-orang yang ada disekiling saya akan turut merasai perasaan saya. Contohnya, ketika saya menyanyi, orang yang mendengar akan turut merasai emosi lagu yang saya nyanyikan itu.

Bertekad untuk berubah

Saya menasihati diri saya, "memang tidak mudah untuk mengubah fikiran kau, tapi kau kena ubah juga cara fikir kau, jika kau mahu hidup dengan perasaan menghargai setiap perkara yang kau ada". Salah satu usaha saya untuk berubah ialah dengan membaca dan menulis. 

Membuka fikiran yang terkunci

Saya fikir buku adalah satu tempat terbaik untuk mendalami sesuatu topik secara mendalam. Ini kerana penulis menghabiskan lebih daripada 20 jam atau tahun menerangkan semua hal-hal yang terjadi berkaitan topik yang mereka ingin tulis. Salah satu daripadanya ialah buku "Think and Grow Rich" yang ditulis oleh Napoleon Hill.

Saya juga yakin bahawa buku dapat membawa fikiran kita berfikir lebih daripada apa yang diketahui oleh kebanyakkan orang yang ada disekililing kita. Sebagai contoh, kebanyakkan orang selalu mendengar apa itu SEO, tapi sedikit yang tahu bagaimana untuk mengaplikasikannya dalam kehidupan blogging sebenar.

Apalagi seterusnya?

Hidup ini sangat indah, terlalu banyak perkara yang boleh dipelajari, kemudian ditulis sehingga kita semua boleh menjadi semakin-baik setiap hari khususnya dalam aktiviti-aktiviti yang digemari, contohnya blog saya ini.  Walaupun masih banyak kekurangan yang telah terlihat melalui tulisan-tulisan dalam blog ini, saya tetap akan menulis kerana, saya sentiasa mengingatkan diri saya supaya pembelajaran untuk menjadi semakin baik itu memerlukan proses seumur hidup.

Dengan melihat kepada orang-orang atau keadaan-keadaan sekeliling, saya sentiasa yakin yang saya boleh belajar sesuatu yang baik dari mereka, dan itulah yang membuatkan saya selalu berkata pada diri sendiri yang life is Amazing. Banyak peluang yang diberikan untuk kita memperbaiki diri kita sehingga berkenaan pada-Nya. Sekian dan Terima Kasih.

Berfikir dan Bertumbuh Lebih Baik,
SantroSondy.com


Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel