7 Tips Perniagaan dari Aktiviti Memancing

Memancing sememangnya satu aktiviti yang sangat memerlukan kesabaran yang tinggi. Ramai yang suka dengan aktiviti memancing, dan kebanyakannya menyukai aktiviti ini kerana mahu mendapat ikan. Mungkin ada beberapa orang sahaja yang menyedari bahawa mereka boleh belajar atau berlatih banyak perkara dari aktiviti memancing ini.

6 Tips Perniagaan dari Aktiviti Memancing

Memancing selama 1 atau 2 jam bersama dengan orang tersayang selepas pulang dari kerja mungkin boleh menenangkan fikiran seterusnya mengeratkan lagi perhubungan, kerana sudah pasti ada perbualan-perbualan yang santai untuk dibincangkan semasa memancing. Begitulah pandangan saya jika dilihat dari sudut perhubungan dengan orang tersayang.

Nah, pada hari ini saya akan mengongsikan 7 tips perniagaan yang mungkin boleh membantu kita menjadi ahli perniagaan yang sabar, bersungguh-sungguh, baik dan berjaya. Itulah harapan saya untuk kita semua, semoga selepas membaca artikel ini, kita akan terinspirasi dan termotivasi untuk memperbaiki hidup kita ke tahap yang seterusnya. Tanpa membuang masa lagi, mari semak 7 tips ini satu per satu.

1. Kesabaran untuk terus mencuba

Apabila kita memancing, ada masanya kita mendapat banyak ikan, dan ada masanya kita tidak mendapat seekor pun. Bagi orang yang tidak minat memancing, sudah pasti berputus asa adalah penyelesaiannya. Tapi, lain pula ceritanya bagi orang yang sangat minat memancing, dia akan sabar dan belajar sementara menunggu umpan dimakan ikan.

Seperti itu jugalah yang berlaku dalam perniagaan, jualan tidak semestinya sentiasa naik, kadang-kadang jualan boleh turun kemudian naik semula. Kesabaran untuk terus mencuba akan mengukuhkan jenama produk atau perkhidmatan kita. Jika sebelum ini, kita pernah cuba berniaga dalam 1 tahun dan berputus asa kerana tiada hasil. Cubalah untuk berniaga selama 7 tahun, kita sendiri akan belajar dan melihat hasilnya selepas 7 tahun.

2. Umpan yang betul dan segar

Umpan yang betul dan kelihatan segar lebih menarik perhatian berbanding umpan yang tidak segar. Ikan mempunyai deria pengelihatan, deria bau, deria rasa mengesan makanan, dan deria rasa mengesan getaran. Kita boleh mengumpan deria ikan-ikan ini dengan umpan yang masih terang warnanya dan kuat baunya. Dalam perniagaan pula, lebih banyak pelanggan akan memilih perniagaan kita, jika kita dapat memikat deria mereka.

Kita mesti menggunakan sesuatu yang segar dan bersesuaian dengan keperluan mereka agar dapat membantu mereka meningkatkan kualiti hidup mereka. Ini hanyalah pernyataan umum yang wajib  diketahui sekiranya kita ingin menjadi ahli perniagaan. Sebagai contoh, jika pelanggan kita menyukai warna merah, kita mesti menyediakan produk yang menarik yang dihasilkan berasaskan atau gabungan warna merah.

3. Menggunakan umpan yang hidup

Ikan lebih tertarik kepada umpan yang hidup dan bergerak. Ini kerana, umpan yang bergerak akan mengetarkan air sehingga menarik perhatian banyak ikan. Seperti yang kita tahu, Ikan dapat mengesan getaran air, apabila ia mengesan getaran air, ia akan mula mencari punca getaran itu, sehingga ia dapat memakannya. Dalam perniagaan pula, pelanggan juga mahukan bukti atau testimoni yang hidup sama ada dari diri sendiri ataupun dari orang lain yang menggunakan produk atau perkhidmatan kita. 

Pelanggan akan mengetahui yang kita masih hidup jika kita rajin mengongsikan cerita-cerita kita di sosial media. Ya, Hidup yang saya maksudkan di sini ialah rajin mengongsikan maklumat dengan orang lain. Jika sebelum ini kita suka menjalankan perniagaan secara pasif, sekarang, cubalah hidup secara aktif, supaya orang mengetahui yang kita dan perniagaan kita masih hidup.

4. Jangan paksa nanti putus hubungan

Apabila kita menarik tali pancing ketika ikan masih bertenaga untuk menarik pancing kita, mungkin lama-kelamaaan tali pancing kita akan putus. Peluang kita untuk mendapat ikan bukan saja terlepas, malah kita tidak lagi dapat memancing kerana tali pancing telah putus. Kenapa kita tidak cuba untuk mengikut rentak ikan tersebut? Yang mana, kita hanya tarik bila tarikannya lemah.

Dalam perniagaan, memaksa pelanggan untuk membeli produk kita akan membuatkan pelanggan itu lari atau memutuskan untuk tidak mahu selalu bertemu dengan kita. Jika sebelum ini kita suka memaksa, sekarang, cubalah untuk menjadi lebih semula jadi dalam menjual produk kita. Cubalah untuk mengingatkan pelanggan sekurang-kurangnya sekali seminggu dengan hanya memberitahu tentang "siapa kita?" dan "apa yang kita boleh sediakan untuk mereka? Selebihnya, sentiasa berkomunikasi dengan mereka sebagai sahabat.

Saya juga ada menulis tentang 10 Tips Mengembangkan Rangkaian Sahabat, kita boleh membaca ini selepas menghabiskan artikel ini.

5. Gunakan terang untuk menarik perhatian

Pada waktu malam, ikan tertarik pada benda-benda terang. Mungkin kita pernah melihat nelayan-nelayan memasang lampu di laut, sebenarnya antara tujuan utama lampu itu dipasang adalah untuk menarik perhatian ikan-ikan yang ada disekitarnya. Dalam perniagaan, ada tempat-tempat yang belum ramai orang tahu tentang produk atau perkhidmatan kita. Disebabkan itu, beritahukan kepada orang ramai tentang bagaimana produk kita dapat membantu menyelesaikan masalah mereka.

Kita juga boleh melakukan sesuatu yang hebat dan menarik seperti bermain alat muzik, menyanyi dan menari untuk membawa kegembiraan kepada orang yang ada disekililing kita, kerana mereka juga berpotensi untuk menjadi pelanggan kita. Jika sebelum ini kita tidak mengaplikasikan perkara ini, maka sekarang kita boleh mengaplikasikan ini dalam usaha kita mengembangkan perniagaan kita.

6. Berkerja secara berkumpulan

Menarik ikan yang bersaiz besar secara individu pasti akan memenatkan kita. Tapi, apabila kita mempunyai beberapa sahabat, kita boleh membahagi-bahagikan tenaga kita. Apabila kita penat, kita boleh minta tolong kawan kita, bergilir-gilir untuk memegang pancing kita, supaya usaha untuk menangkap ikan sentiasa berterusan. Dalam perniagaan, berkerja secara individu akan memenatkan kita, walaupun pada akhirnya kita masih mendapat ikan besar tersebut.

Tetapi, jika kita mahu lebih lagi, berkerjalah secara berkumpulan, supaya lebih banyak ikan besar yang boleh ditangkap. Jika sebelum ini, kita suka berkerja secara individu, sekarang cubalah untuk berkerja secara berkumpulan dengan orang yang pakar dan dipercayai, maka kita akan mendapat hasil dengan cepat dan berterusan.

7. Duduk dan Merancang

Sementara kita duduk menunggu umpan untuk disambar ikan, kita boleh juga berfikir tentang masa depan kita. Bunyi air dan angin sepoi-sepoi dapat memberikan ketenangan yang semula jadi pada diri kita, masa itulah yang tepat untuk menetapkan matlamat kita yang seterusnya. Fikirkan juga alasan-alasan kenapa kita mesti mencapai matlamat itu? Apa kesan positif matlamat itu kepada keluarga, masyarakat dan negara? Apa kesan negatifnya? Saya cadangkan kita sentiasa membawa alat catatan untuk melakukan ini.

Jika sebelum ini kita tidak mempunyai masa untuk bertenang, berfikir dan merancang sesuatu tentang masa depan, cubalah selitkannya pada masa kita memancing. Sebagai contoh, jika minggu ini kita menetapkan matlamat untuk mendapat 5 ekor ikan, pada minggu seterusnya kita boleh menetapkan matlamat untuk dapat 5 atau 6 ekor ikan.

Kesimpulan

Memancing mungkin hanya satu hobi bagi kita, tapi perlu kita ketahui, kita boleh belajar banyak perkara yang hebat dari aktiviti ini. Kita boleh belajar menetapkan matlamat dan kemudiannya menyedari, bahawa tidak semua perkara yang kita rancangan akan berjaya. Kita tidak dapat mengawal alam sekitar dan orang lain, tapi kita boleh mengawal diri kita sendiri.

Saya ingin kita semua tahu bahawa selagi ada yang disebut KEINGINAN atau DESIRE dalam hati kita, walaupun kita lemah pada masa ini, tapi kita cuba untuk mengharungi cabaran-cabaran hidup bersama-sama dengan keinginan ini, YAKINlah kerana sudah ramai orang yang telah berjaya mengharunginya. Kita hanya perlu mengenal diri kita dan belajar dari mereka yang sudah berjaya supaya kita tahu kita tidak keseorangan. Selamat memancing.

Sumber gambar: Zsóka Vehofsics

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel