10 Tips Untuk Blogger Membuat Peningkatan Kualiti Artikel
Saya melihat skrin komputer riba saya. Saya sengaja meletakkan jari telunjuk kiri dan kanan saya pada huruf F dan J keyboard komputer riba saya. Mata saya tertumpu pada jam digital sebelah kiri skrin komputer riba saya. Tepat pukul 1 pagi, saya sambung menulis artikel ini. Saya mahu artikel ini disiarkan pada pukul 5 pagi nanti.
Saya bagikan 2 sebab menulis yang saya tahu. Yang pertama, menulis untuk diri sendiri. Yang kedua, menulis untuk orang lain. Bila kita masuk dalam bab menentukan kualiti artikel. Saya suka mengatakan yang kualiti sesebuah artikel ditentukan oleh sebanyak mana kita puas hati dengan artikel yang ditulis dan seberapa ramai orang yang mendapat manfaat darinya.
Nah. Dari pernyataan ini, saya akan kongsikan 10 Tips untuk Blogger membuat peningkatan kualiti artikel. Bagaimanakah proses meningkatkan kualiti artikel? Adakah artikel yang dihasilkan dalam tempoh yang panjang lebih baik daripada artikel yang dihasilkan dalam jangka masa yang pendek? Mari sama-sama kita semak.
1. Pembelajaran Berterusan
Pengetahuan sentiasa bertambah, jika anda berhenti belajar anda akan ketinggalan. Pertambahan pengetahuan berlaku hampir setiap hari, sebab itulah ramai orang yang rajin telah berjaya. Pembelajaran berterusan membantu anda untuk mengenalpasti potensi diri, yang secara tidak langsung dapat meningkatkan kualiti artikel anda.
Rentak penulisan akan lebih cepat ditemui bergantung pada kesanggupan anda meluangkan masa untuk belajar, lakukanlah dengan sukarela atas motivasi sendiri sehingga membolehkan anda menguasai ilmu penulisan dan memperluaskan pengalaman hidup supaya anda berupaya mengurus dan menangani pelbagai cabaran hidup dengan yakin serta kreatif sebagai penulis.
Gunakanlah teknologi yang sesuai untuk mencari, meneroka dan menulis artikel baru yang relevan daripada pelbagai sumber untuk keperibadian atau menjadi profesional dalam penulisan.
Tidak salah jika anda menjadi aktif kerana mahu memenuhi kehendak sosial dan ekonomi demi kebaikan diri sendiri. Penulis blogger indonesia seperti Timon Adiyoso sentiasa dapat mengemaskini blognya dengan pelbagai topik.
Antara topik yang sentiasa ditulisnya ialah android, bisnis, tutorial blogging dan cerita unik dan aneh. Dia tidak menghadkan topik yang dia ingin tuliskan. Nah, dari sini, kita boleh lihat yang semakin kita belajar, semakin kerap blog kita dikemaskini.
Ini kerana, kita mempunyai banyak idea untuk menulis dan mengemaskini blog kita. Pembelajaran berterusan akan menjadikan anda blogger terbaik di dunia, jika tidak pun, terbaik dalam menyediakan keperluan keluarga. Teruskan belajar.
One hour per day of study in your chosen field was all it takes. One hour per day of study will put you at the top of your field within three years. Within five years you’ll be a national authority. In seven years, you can be one of the best people in the world at what you do. ― Earl Nightingale.
2. Rekodkan Isi-isi Utama
Anda perlukan isi-isi utama untuk memudahkan pembaca mengingat mesej anda. Anda bukan saja akan menyenangkan pembaca tetapi juga mengalakkan enjin carian membantu artikel anda muncul dalam pangkalan data mereka. Begitulah pentingnya isi-isi utama.
Dengan merekodkan isi-isi utama yang pernah anda gunakan, anda akan dapat mengelakkan daripada menulis isi-isi utama secara berulang-ulang dengan struktur yang sama. Selain itu, rekod ini juga akan membantu anda merancang strategi untuk meningkatkan kualiti artikel anda.
Anda boleh menggunakan Evernote untuk menyimpan isi-isi utama artikel anda. Jika tiada masa untuk membuka Evernote, anda boleh menyimpannya sebagai draf di akaun Blogger anda untuk ditingkatkan nilainya dari masa ke semasa.
3. Capai Nombor Baru
Saya lebih menyukai wang kertas RM10 dan RM100 berbanding RM1, RM5, RM20 dan RM50. Nombor 10 dan 100 mendorong saya untuk mencapai nombor 1,000. Jika saya mahukan 1,000, saya hanya gandakan 10 sebanyak 100 kali dan saya boleh mencapainya dengan kemas. Begitulah bagaimana nombor memotivasikan saya.
Anda akan menjadi lebih mudah untuk mencapai sasaran jika anda sudah tahu dengan jelas apa yang anda mahukan. Cara yang mudah untuk menetapkan matlamat ialah dengan menggunakan nombor. Sebagai contoh Saya mahukan 1000 pelawat dalam 1 hari selama 30 hari.
Tetapkan standard kualiti blogging anda sendiri. Katakanlah, 1 maklumat bersamaan dengan RM1, jika sebelum ini anda memberikan 5 maklumat, tingkatkannya menjadi 10 maklumat, maknanya anda memberikan maklumat yang bernilai RM10 kepada pembaca-pembaca anda.
Manusia mudah tertarik dengan nombor yang lebih besar,
Mungkin sekarang anda hanya sanggup memberikan maklumat yang bernilai RM10, pada masa depan setelah kualiti pengetahuan anda bertambah, anda mungkin boleh meletakkan nilainya kepada RM100. Dengan cara ini, barulah kualiti artikel anda ada peningkatan.
4. Belajar dari Blogger Terbaik
Anda tidak pernah kerugian sekiranya belajar dari blogger yang terbaik, pelajari rentak dan gaya penulisan mereka, kemudian ambil yang baik dan tambahkan dalam gaya penulisan anda.
Blog terbaik seperti wanyusof.com yang banyak mengongsikan teknik-teknik SEO ditambah lagi dengan keadaan blognya yang kemas dan mudah dibaca akan memberikan impak yang baik pada gaya penulisan anda.
Satu lagi Blog yang menjadi nombor satu dihati saya ialah Daniel Ally, walaupun dia tidak lagi mengemaskini blognya, nilai artikel yang dia pernah tulis sebelum ini masih lagi mempunyai nilai yang tinggi bagi saya. Sekarang, saya sering membaca artikelnya, kerana saya mahu membiasakan diri dengan gaya penulisannya.
5. Baca Semula Artikel Lama
Menyukai apa yang kita lakukan adalah tangga kepada kejayaan yang besar. Jika kita tidak suka membaca tulisan kita sendiri, jangan mengharapkan untuk orang lain menyukai tulisan kita. Perasaan kita terhadap artikel yang kita tulis, jika itu positif akan membuatkan kita yakin untuk mempromosikan artikel kita.
Selain itu, membaca semula artikel kita akan membantu memperbaiki kelemahan gaya penulisan kita. Jika ada kesalahan ejaan, kita betulkan. Jika ada ayat yang tidak lengkap, kita lengkapkan. Jika maklumat tidak banyak, kita tambahkan lagi maklumat.
Sebagai Contoh, Artikel Siapa Yang Mahu Belajar Tabiat Blogging Saya? telah dikemaskini menjadi 16 Langkah Untuk Blogger Menulis Artikel Terbaik di Google. Pengemaskinian ini berlaku selepas saya membaca dan merasa tidak puas hati dengan maklumat yang ada. Jadi, saya pun menulis semula artikel ini, ia telah menjadi lebih baik dari sebelumnya. Saya merasa puas hati.