10 Bahan Makanan Asas Paling Ringkas Untuk Bujang

Bujang adalah sebutan untuk seorang lelaki yang belum atau tidak mempunyai istri atau pasangan. Jika anda belum berkahwin, maknanya anda telah datang ke tempat yang betul untuk menambah pengetahuan yang perlu bagi memantapkan lagi zaman bujang anda.

Ini kerana, walaupun anda masih bujang dan bebas, pengetahuan tentang makanan yang merupakan keperluan asas manusia mesti ditambah dari semasa ke semasa. Saya bukanlah pakar pemakanan, tapi saya tahu sedikit prinsip umum pemakanan yang sihat iaitu banyakkan makanan yang berasaskan tumbuhan.

Cumanya dalam artikel ini, saya mengongsikan pengalaman hidup saya sendiri sebagai bujang yang tinggal di bumi semenanjung Malaysia, yang cuba untuk mengamalkan pemakanan yang sihat sambil mengumpul wang untuk melangkah ke fasa hidup yang seterusnya iaitu kehidupan berumah tangga.

10 Bahan Makanan Asas Paling Ringkas Untuk Bujang

Nah, berikut ini adalah senarai 10 bahan makanan asas paling ringkas untuk memudahkan orang-orang bujang seperti kita menyediakan makanan untuk kita sendiri.

1. Beras
2. Daging Ayam
3. Ikan
4. Telur
5. Sayur Kubis
6. Sayur Terung
7. Sayur Timun
8. Bawang Merah
9. Bawang Putih
10. Halia

Anda boleh menyalin senarai ini dan mengeditnya sesuai dengan keperluan anda. Tapi sebelum itu, mari semak bahan-bahan ini satu per satu supaya anda boleh membeli dan menyediakanya dengan pengetahuan yang lebih banyak daripada kebanyakkan orang.

1. Beras

Beras ialah padi yang telah diproses dan dibuang kulitnya. Biasanya, saya hanya akan membeli beras 10 kilogram untuk 2 bulan. Saya masak nasi pada petang hari untuk makan malam dan untuk sarapan pagi sebelum keluar dari rumah untuk berkerja.

Cara saya memasak nasi adalah seperti ini, saya akan masukan beras ke dalam Rice Cooker atau Periuk Nasi Elektrik dalam kuantiti cukup untuk saya makan malam dan sarapan pagi. 

Saya akan cuci beras yang ada dalam periuk tersebut sebanyak 2 kali, kemudian masukan air mengikut paras beras yang kita masukkan dalam periuk. Saya gunakan jari telunjuk untuk menyukat paras air tersebut.

Secara ringkasnya, jika paras beras adalah 1 inci, maka paras air pun 1 inci. Kalau Terlebih dalam 0.1 - 0.2 inci tidak mengapa. Tapi janganlah sampai, paras beras 1 inci, paras air 3 inci, kerana ia akan menjadi bubur.

Kemudian, masaklah dengan Periuk Nasi Elektrik kita. Beras akan mengembang apabila dimasak bersama air yang kemudian akan menjadi nasi yang sedap dan dapat membekalkan Kanji atau nama sebenarnya adalah karbohidrat. 

Karbohidrat berfungsi sebagai pembekal tenaga utama kepada manusia. Ambilah dalam kuantiti yang diperlukan minimum 50% dari keperluan kalori badan kita.

2. Daging Ayam

Secara anggaran kasar, saya membeli daging ayam (drumstick) untuk keperluan 2 minggu sekali, dalam kuantiti 14 - 20 ketul. Harga boleh capai RM30 untuk 20 ketul. Maknanya, RM1.42 sen sehari.

Ketika membeli daging ayam, lihat warna daging tersebut, jangan beli jika ianya pudar, belilah yang mempunyai warna merah jambu (warna daging) segar.

Sebelum ini, saya hanya main beli saja daging ayam tanpa melihat pada kualitinya. Tapi, syukurlah dengan aktiviti berblog ini, berjaya juga saya memaksa diri ini untuk belajar menambah sedikit pengetahuan tentang cara untuk membeli daging ayam yang bagus. 

Sekurang-kurangnya dapatlah juga memberikan yang terbaik untuk tubuh yang diberikan Tuhan ini.

3. Ikan

Ikan tergolong dalam benda hidup, kumpulan haiwan yang mempunyai tulang belakang. Selalunya saya lebih banyak membeli ikan laut berbanding ikan air tawar. Saya hanya membeli ikan sekurang-kurangnya sebulan sekali, dalam kuantiti 10 - 15 ekor.

Harga untuk 15 ekor ikan, secara kasarnya boleh capai RM25. Harga ini hanya untuk ikan yang murah-murah sahaja, seperti ikan kembung. Ada juga masanya, saya teringin untuk memakan ikan air tawar, jadi saya belilah beberapa ekor ikan seperti Ikan Mujair dan Ikan Nila.

Satu jenis ikan yang saya teringin makan ialah ikan Salmon, satu spesies ikan yang banyak di Lautan Pasifik dan Atlantik. Ikan salmon Kaya dengan asid lemak Omega 3, iaitu eikosapentatonik asid (EPA) dan asid dokosaheksanoik (DHA) yang bagus untuk Otak dan Darah seseorang. 


4. Telur

Telur ialah ovum yang dihasilkan oleh haiwan betina untuk pembiakan. Ia sering dipergunakan sebagai makanan, dan merupakan salah satu sumber protein yang baik. Saya hanya membeli telur  dalam 1 bulan sekali.

Kalau saya malas untuk memasak ayam atau ikan, maka saya akan memilih untuk memasak telur. Semasa menulis artikel ini, saya baru tahu, rupanya ada banyak cara untuk memasak telur, selain telur goreng, telur rebus bulat, telur rebus pecah dan telur mata kerbau.

Dalam website Cookpad, terdapat 5,714 resipi untuk telur. Terima kasih kepada aktiviti blogging ini, satu lagi pelajaran yang saya dapat hari ini. Ya, begitulah, menulis boleh membantu kita mengenal siapa diri kita pada masa ini dan masa depan.

5. Sayur Kubis

Kobis bulat atau nama sainsnya Brassica oleracea merupakan sejenis sayur yang mengandungi belerang atau sulfur, iaitu sejenis zat galian yang penting untuk kesihatan. Saya membeli sayur ini sekurang-kurangnya 1 bulan sekali.

Terlalu jarang, kerana saya selalu mengambil sayur ketika makan tengah hari di cafeteria tempat saya berkerja. Saya menyukai sayur kubis kerana ia mudah dipotong dan dimasak DENGAN ataupun TANPA campuran seperti ikan bilis dan sardin.

Walaupun saya suka kubis, tapi, saya tidaklah ambil terlalu banyak, saya makan dalam kuantiti yang sederhana sahaja. Yang penting, ia ada dalam diet pemakanan kita, walaupun kubis banyak kebaikannya, tapi kalau diambil dalam kuantiti yang berlebihan bisa jadi masalah juga pak.

6. Sayur Terung

Terung atau brinjal ialah tumbuhan yang tergolong dalam keluarga Solanaceae dan genus Solanum. Nama saintifik Terung ialah Solanum melongena. Ia berasal dari India dan Sri Lanka. Saya baru tahu, rupanya terung ini berasal dari luar negara, rasa bangga pula saya memakannya.

Dari segi botani, terung dikelaskan sebagai buah beri kerana mengandungi banyak biji yang kecil dan lembut. Biji itu boleh dimakan tetapi rasanya pahit kerana ia mengandungi alkaloid nikotina. Selain warna ungu, terung juga wujud dalam warna hijau dan putih.

Saya membeli terung 1 bulan sekali, biasanya saya akan membeli 4-5 biji. Kemudian, memasaknya dengan kaedah goreng basah. Ia akan lebih sedap kalau dicampur dengan ikan bilis.

7. Sayur Timun

Timun atau Nama saintifiknya Cucumis sativus merupakan sejenis buah tumbuhan yang dimakan sebagai sayur-sayuran dan ditanam sebagai makanan sejak 3000 tahun dulu. Timun boleh dimakan secara mentah atau segar dan juga dalam masakan.

Timun mengandungi protein, lemak, karbohidrat, kalsium, zat besi, magnesium, fosforus, vitamin A, vitamin B1, vitamin B2 dan vitamin C. Sekiranya anda mahukan tulang yang kuat, saya cadangkan anda mengambil timun sebagai makanan wajib anda.

Saya sendiri ketika membeli sayur timun, saya akan mengambil 5-6 biji untuk kegunaan seminggu. Bagi yang bujang, mahu sihat, cantik dan kuat, bolehlah masak sebiji timun sehari. Harga untuk 5-6 biji timun boleh capai RM6-8.

8. Bawang Merah

Bawang merah dikelaskan dalam keluarga Alliaceae dalam order Asparagales. Nama saintifik adalah Allium cepa var. aggregatum. Bawang merah lebih kecil serta lebih manis rasanya berbanding bawang besar. Bawang merah mengandungi vitamin C, potassium, serat dan asid folik. 

Ia juga mengandungi kalsium, zat besi dan protein yang tinggi. Tidak hairanlah, penggunaan bawang merah sentiasa menjadi bahan wajib dalam masakan, rupanya-rupanya kebaikanya sangat banyak. Mengikut Sinar Harian, ada 5 kebaikan pengambilan bawang merah , salah satunya ialah Mengatasi masalah kemurungan.

Saya membeli bawang merah 3 bulan sekali, mungkin kerana, rakan serumah saya rajin membeli bawang merah ini. Jadi, saya bolehlah menggunakannya ketika memasak telur ataupun ayam masak kicap.

9. Bawang Putih

Bawang putih atau nama saintifiknya Allium sativum adalah nama tanaman dari genus Allium. Manusia sudah menggunakan Bawang Putih lebih dari 7.000 tahun.

Info ini pun, saya baru tahu semasa menyiapkan artikel ini. Saya membeli bawang putih sekurang-kurangnya 3 bulan sekali, dalam 10-15 kuntum. Saya jarang membeli bawah putih kerana masih tidak mengetahui kebaikan-kebaikannya.

Disebabkan bawang putih banyak tumbuh di Asia, ada baiknya juga saya perlu belajar serba sedikit kebaikan bawang putih ini. Bawang putih mempunyai khasiat sebagai antibiotik semula jadi dalam tubuh manusia.

Bawang putih yang mengandungi selenium dan vitamin B6 dipercayai dapat membantu dalam menghasilkan sperma yang sihat sekaligus meningkatkan penghasilan testosteron bagi seorang lelaki.

Untuk pengetahuan anda, kandungan hormon testosteron memiliki fungsi untuk memperkuat otot serta kepadatan tulang lelaki.

10. Halia

Halia atau nama saintifiknya adalah Zingiber officinale Roscoe merupakan sejenis tumbuhan yang selalu digunakan sebagai rempah perasa dalam masakan. Tanaman ini dipercayai mula diusahakan oleh orang Austronesia, kemudian merebak penggunaannya ke India, China, Afrika Barat dan Caribbean.

Penanaman halia di Malaysia boleh dikatakan masih diusahakan secara kecil-kecilan sebagai tanaman tunggal atau selingan bersama tanaman saka seperti nanas, pokok getah dan kelapa sawit. Dari segi harga pula, halia boleh dibeli dengan harga RM4 sekilo.

Biasanya saya menggunakan halia ketika memasak ayam dan ikan, bau hanyir akan hilang dan masakan pun menjadi lebih sedap. Halia membuatkan ikan rebus saya menjadi sedikit pedas, tapi saya tetap menyukainya kerana ia sangat sedap dan membuatkan saya berpeluh.

Terdapat 5 kebaikan Halia, yang pertama meningkatkan kekebalan tubuh, yang kedua mengurangi tekanan darah, yang ketiga mengurangi kolesterol, keempat mencegah alzheimer, kelima mendetoks tubuh badan kita.

Kesimpulan

Kehidupan sebagai bujang memanglah sangat lapang. Banyak masa yang terluang untuk kita memperbaiki kehidupan kita. Dengan adanya senarai makanan asas ini, kehidupan bujang anda akan menjadi lebih mudah dan efisien.

Artikel ini melengkapkan lagi artikel yang saya tulis sebelum ini iaitu 10 Cara Saya Mempermudahkan Hidup. Anda bacalah sekiranya anda mahu lebih tahu tentang bagaimana saya cuba mempermudahkan hidup saya, sehingga orang-orang yang ada disekililing saya turut berasa dipermudahkan.

Diharapkan 10 bahan makanan asas paling ringkas untuk bujang ini dapat meningkatkan produktiviti anda semua. Terima kasih kerana yang sempat singgah dan membaca artikel yang saya tulis dengan tulus ikhlas dari lubuk hati saya yang paling dalam.


Sumber Gambar Lum3n

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel