6 Ciri-ciri Youtuber Yang Boleh Berjaya

Youtuber merupakan profesion yang sangat popular dalam kalangan anak muda pada masa kini. Mana tidaknya, peluang untuk menjana pendapatan beribu ringgit sebulan pasti akan dapat menjadikan seseorang dari Nothing to Something. Dengan hanya berbekalkan pada kemahiran mengedit video, sesiapa sahaja berpeluang untuk mencapai kejayaan dalam dunia Youtuber.

Mungkin masih ada antara kita yang masih tidak sedar dengan kekuatan masing-masing untuk dikongsikan di Channel Youtube sendiri. Pada hari ini, saya akan mengongsikan 6 ciri-ciri youtuber yang boleh berjaya jika konsisten dalam mengembangkan saluran Youtube mereka. Tidak pasti apa kekuatan anda? Mari semak 6 ciri-ciri ini satu per satu.

6 Ciri-ciri Youtuber Yang Boleh Berjaya


1.  Lucu

Kebanyakkan orang menyukai Youtuber yang lucu kerana mampu membuatkan mereka ketawa. Tekanan yang menghimpit hidup mereka menyebabkan mereka jarang ketawa. Mujurlah ada Youtuber-Youtuber seperti Penjahat Soldier, SULE Channel dan TAULANY TV

Jika sebelum ini, kita jarang ketawa, lihatlah video yang boleh membuatkan kita ketawa, supaya selepas ini, gelak ketawa kita bertambah kerap dari hari ke hari. Hidup ini penuh dengan tekanan. Jika kita tidak membuat komitmen untuk ketawa, kita boleh tenggelam dalam kemurungan.

Selain itu juga, orang-orang disekililing kita pun perlukan gelak ketawa kita untuk memeriahkan hari mereka. Tidak perlulah sentiasa gelak setiap masa, sekurang-kurangnya sekali sehari pun sudah memadai.

2. Tampan

Ini satu lagi ciri-ciri yang boleh berjaya sebagai Youtuber. Saya suka mengambil contoh alpha mAdam Shamil Studios dan Teachingmensfashion untuk mewakili semua Youtuber-Youtuber Tampan yang ada di Internet. Orang-orang yang tampan ini mempunyai keyakinan untuk mengongsikan mesej mereka kepada penonton.

Melihat orang-orang berkeyakinan seperti ini akan turut meningkatkan keyakinan kita dalam menyampaikan mesej kita kepada orang yang ada disekililing kita. Tapi, berhati-hati, sekiranya anda menonton video-video orang yang tampan ini dan anda mula membandingkan diri anda dengan mereka, tolong berhenti menonton, kerana ia memudaratkan keyakinan anda.

Menontonlah dengan sikap yang mahu belajar kemahiran dari orang tampan. Bagaimana dan apa yang mereka gunakan untuk mengembangkan Youtube Channel mereka. Gunakan ketampanan anda dengan sebaiknya.

3. Mahir

Jika kita tidak tampan atau lucu, nah kita ada lagi peluang untuk berjaya sebagai Youtuber iaitu dengan mengongsikan kemahiran kita. Contoh Youtuber yang berkemahiran ialah Davie504BELLA&LUCAS  dan TwoSetViolin

Mereka ini berjaya sebagai Youtuber kerana mereka dapat menvariasikan kemahiran yang mereka ada. Mereka dapat membuatkan kita ketawa dan sedih ketika menonton video-video yang mereka muat naikkan ke channel mereka. 

Jika kita mempunyai kemahiran, belajarlah untuk merakam dan mengongsikannya dengan cara yang menarik. Anda boleh meletakkan elemen-elemen yang bernilai seperti lucu, sedih, profesional dan bersungguh-sungguh dalam video anda. Yakinlah, satu hari nanti, orang akan menyukai video anda, mula mengongsikan link channel anda, sehingga jumlah pengikut anda bertambah-tambah setiap hari.

4. Rajin

Ada pepatah "Hard work beats talent when talent fails to work hard". Kerajinan yang ditekankan disini ialah konsisten. Apa yang sudah dimulakan, perlu diteruskan dengan sebaik-baiknya. Dalam kerajinan, kita akan menjadi semakin hari semakin baik.

Kita mesti ingat, kerajinan akan mengajar kita banyak kegagalan dan kejayaan, sehingga sampai pada satu tahap, kita akan menemui apa yang paling terbaik dan sesuai untuk diri kita. Jika kita tidak lucu, tampan dan tiada kemahiran, gunakan kerajinan kita untuk berjaya.

Orang akan mengenal kita jika kita rajin mengemaskini channel kita. Siapa-siapa sahaja akan tertarik jika kita rajin dalam melakukan segala sesuatu. Jika rajin ialah bakat kita, kembangkanlah bakat yang menjadikan kita kaya ini. JUST DO IT

5. Berjaya

Jika kita adalah seorang yang berjaya dalam bidang yang kita minati, orang akan mula subscribe di channel kita. Semua orang suka berjaya. Ada antara meraka ini ingin mengetahui apa yang kita lakukan setiap masa, dengan harapan mereka dapat belajar sesuatu yang dapat meningkatkan nilai hidup mereka.

Saya suka menggunakan Daniel Ally sebagai contoh orang yang berjaya dalam bidang ini. Saya sentiasa mengikuti perkembangan populariti Daniel Ally yang sentiasa meningkat setiap tahun. Sekarang saya yakin, kita boleh berjaya jika kita sering berkongsikan kejayaan-kejayaan kita dengan penonton kita.

Lakukan kejayaan-kejayaan kecil untuk dikongsikan supaya penonton mempunyai pengalaman dengan kita. Cerita kejayaan mampu membuat orang lain mengikuti kita kerana mereka juga mahukan kejayaan seperti kita.


6. Bermaklumat

Orang sentiasa mahukan maklumat dengan cepat. Jika kita mempunyai minat untuk berkongsi maklumat, kita boleh lakukannya di Youtube. Kita boleh mengetahui apa yang diperlukan oleh kebanyakkan orang yang menggunakan Google.

Gunakan Google Trend untuk mengetahui topik semasa yang popular. Salah satu contoh channel seperti ini ialah Kupi Kupi GO. Jadikan setiap penonton kita bermaklumat setiap kali menonton video kita, walaupun ia menyentuh tentang hal-hal yang remeh pada pandangan kita.

Berikan mereka motivasi, inspirasi dan prespektif yang baru tentang apa-apa yang ada disekililing mereka, supaya mereka lebih efisien dalam membuat keputusan dalam hidup mereka. Tapi, untuk melakukan ini, kita sendiri kena belajar atau melakukan kajian tentang setiap topik yang kita persembahkan kepada penonton kita.

Kesimpulan

Inilah 6 ciri-ciri youtuber yang boleh berjaya sekiranya konsisten dalam menghasilkan video untuk channel mereka. Setiap orang mempunyai kekuatan dan kelemahan masing-masing. Siapa yang bijak, akan menggunakan kekuatannya untuk menjayakan channel mereka.

Yang penting, kita yakin satu hari nanti channel kita akan berjaya memikat lebih ramai orang untuk menonton. Jangan keliru lagi, kenalpasti kekuatan masing-masing dan kembangkannya untuk kejayaan pada masa hadapan.

Sekiranya artikel ini membuatkan anda teringat pada rakan-rakan anda yang berusaha untuk mengembangkan saluran Youtube mereka, jangan berlengah lagi, kongsikan artikel ini, supaya mereka lebih mengetahui kekuatan yang ada pada diri mereka untuk berjaya dalam dunia Youtuber.

Sumber gambar yasser ali

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel