Lirik Lagu Sampai Tutup Usia - Angga Candra

Ini satu lagi lagu Angga Candra telah berjaya menarik perhatian saya. Pada pendapat saya, lagu ini dikira positif kerana mengejar kita untuk setia pada orang yang kita cintai. Tanpa kesetiaan, saya dan kamu tidak dapat berkembang. 

Kenapa? Bila kita sentiasa berubah-ubah, tiada kerja yang akan siap. Kecualilah, kita hanya fokus untuk membuat konten yang berkaitan dengan aktiviti mencuba-cuba banyak perkara, seperti makanan, atau memandu uji jenis kereta.


Kalau mahu mencuba-cuba, jadilah konten creator seperti Supercar Blondie yang memandu uji kenderaan-kenderaan mahal. Saya mahu menjadi seorang yang pakar dalam bidang yang saya minati.

Sebab itulah saya kena setia "sampai aku tutup usia". Saya yakin jika saya setia dalam hidup, saya akan menjadi semakin hari semakin baik. Lirik lagu sampai tutup usia ini sangat dekat di hati saya, saya sangat menyukai rangkap terakhir lagu ini, kerana ia berbunyi seperti janji untuk setia seumur hidup.

Sila baca dahulu lirik penuh lagu sampai tutup usia di bawah ini, sebelum saya mengongsikan pengajaran atau aplikasi dalam kehidupan dari lirik lagu ini.

Lirik Lagu Sampai Tutup Usia

Aku tercipta olehNya
Untuk selalu cintai kamu
Beri aku kesempatan
Tuk bahagiakan dirimu

Kamu tercipta OlehNya
Untuk selalu aku cintai
Genggam erat tangan ini
Jangan sampai kau lepaskan

Sampai aku tutup usia
Kan ku jaga hatimu sampai aku tua
Walau keriput di pipimu terlihat
Takkan goyahkan cintaku yang begitu kuat

Lirik lagu sampai tutup usia ini disusun mengikut muzik video dari channel Shelino Music. Jangan lupa juga untuk subscribe di channel Angga Candra supaya dia terus bersemangat berkarya menghasilkan lagu-lagu yang hebat seperti ini.

Ada juga Lirik Sampai Ke Hari Tua - Aizat Amdan yang hampir-hampir sama dengan tajuk lagu sampai tutup usia. Perbezaanya hanya Hari Tua dan Tutup Usia sahaja, dalam erti kata lain, kedua-dua tajuk ini memperkatakan tentang Hidup (Hari Tua)  dan Mati (Tutup usia).

Sekarang, saya akan membahas rangkap yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian kita, supaya artikel ini menjadi lebih panjang dan menarik. Sila baca artikel ini sampai habis supaya pemahaman dan pengalaman anda bertambah-tambah setiap hari.

Aku tercipta olehNya

Anda berjalan-jalan di taman pada petang hari. Kemudian terlihat dia duduk keseorangan diatas sebuah bangku yang diperbuat dari batu seramik. Anda tidak tahu bagaimana untuk memulakan perbualan, tapi nasib baiklah, pada masa itu, anda sedang menghafal lirik lagu sampai tutup usia ini.

Nah mungkin anda boleh menyanyikan baris ini untuk memulakan perbualan. Apa yang perlu anda lakukan ialah anda berdiri didepannya atau disampingnya dengan BERSAHAJA. Sambil itu, ingat dan rasai melodi di baris ini. 

Apabila anda sudah benar-benar merasainya, nyanyikan baris ini dengan penuh perasaan tapi kekal bersahaja. Ingat matlamat anda hanya untuk berkomunikasi, selepas selesa berkomunikasi, barulah anda boleh membuat call to action untuk subscribe di channel anda.

Untuk selalu cintai kamu

Anda suka dengan seorang lelaki/perempuan. Satu hari, anda mendapat satu idea untuk memberitahu dia bahawa kamu mencintai dia menggunakan cara yang tidak terlalu ketara. Jadi anda merancang untuk membuatkan dia cakap "Untuk apa?"

Sebaik saja dia tanya "Untuk apa?". Langsung nyanyikan baris ini dengan penuh perasaan. Antara cara yang saya terfikir untuk membuatkan di bertanya "Untuk apa?" ialah meminjam wangnya. Kalau dari pengalaman hidup saya, saya hanya akan menggunakan pertanyaan "Untuk apa?" ketika keluarga saya mahu meminjam wang.

Mungkin anda boleh terfikir cara lain untuk membuatkan dia bertanya "Untuk apa?". Tidak kira apa sahaja soalan itu, binalah soalan supaya anda boleh menjawabnya dengan menyanyikan baris "Untuk selalu cintai kamu".

Beri aku kesempatan

Anda rasa bersalah kerana menyakiti orang lain. Kemudian anda memasang tekad untuk meminta maaf kepada orang tersebut. Mungkin orang itu ialah teman wanita atau lelaki anda. Jadi, anda kena datang untuk minta dimaafkan.

Ketika anda berjumpa dengannya muka dengan muka. Anda cubalah dengan penuh perasaan menyanyikan baris ini supaya kesempatan dapat diberikan kepada anda.

Pada masa saya mengurat, saya sangat-sangat berharap saya diberikan kesempatan untuk menjadi teman lelakinya. Syukurlah dia terima saya. Saya baru dapat tahu yang ramai rupanya mahukan dia, tapi dia tetap memilih saya yang biasa-biasa ini-ini. 

Nah kepada lelaki yang ada diluar sana, sekiranya kamu pernah mencintai seorang perempuan, memohonlah dengan rendah diri supaya diberikan kesempatan untuk mencintainya, dan bila diberikan peluang, jangan sia-siakan, teruskan kukuhkan namamu dihatinya.

Siramilah hubungan kamu setiap hari, seperti bunga yang memerlukan air untuk bertumbuh dan berbunga apabila sampai pada masanya. Rajin-rajinlah belajar mengenai dia supaya idea sentiasa mengalir untuk menjadi top 10 dihatinya. Itulah kerja kita bila diberi kesempatan oleh wanita yang kita cintai. 

Tuk bahagiakan dirimu

Apabila kawan datang kepada kita dan kita mahu bergurau dengan dia. Nyanyikan bahagian lirik pendek ini. Contoh, dia cakap, "Apa tujuan kamu datang disini?" Jawablah dengan menyanyikan lirik ini "Tuk bahagiakan dirimu".

Boleh juga gunakan lirik bahagian ini ketika kamu mahu mengembirakan ibubapa kamu. Ketika mereka bertanya kepada kamu, "Untuk apa?". Dengar saja soalan yang bermula dengan "untuk", terus berikan senyuman yang manis sambil menyanyikan bahagian lirik ini.

Itulah cara saya aplikasi lirik-lirik lagu ini dalam kehidupan saya jika ada kesempatan yang tepat untuk mengucapkannya pada kawan-kawan atau keluarga saya. Tapi sebelum kamu bergurau seperti ini, pastikan ianya dilakukan pada masa dan tempat yang betul.

Sampai aku tutup usia

Katakanlah Ibu kamu bertanya, "sampai bila kau terus mengirim wang seperti ini?", nyanyikanlah lirik "Sampai aku tutup usia". Pasti mereka akan terharu, kerana kita berjanji untuk menunjukkan kesetiaan dan menyenangkan mereka.

Kalau mahu bergurau dengan kawan-kawan kamu, jawablah pertanyaan mereka dengan menyanyikan lirik ini sekiranya mereka bertanya "sampai bila kamu melancong?". Jawablah seperti ini jika kamu jenis orang yang suka melancong di dalam dan luar negara.

Ataupun jika kamu menyukai sesuatu, buatlah pernyataan kepada kawan-kawan seperti ini "Saya suka membaca buku dan saya akan melakukannya sampai aku tutup usia." Mula dengan bercakap seperti biasa dan akhiri dengan menyanyikan bahagian lirik ini.

Kesimpulan

Saya menyukai lagu ini kerana lirik dan melodinya yang sangat kena dengan hati saya. Lagu ini bukan sahaja sesuai ditujukan pada Teman Wanita tetapi juga kepada Ibu yang telah mengandung kita selama 9 bulan dan kepada Ayah yang menyara kita sehingga menjadi kita pada hari ini.

Lihat disini saya pernah menyanyikan rangkap yang saya paling suka dalam lagu ini @santrosondy

Lagu ini saya akan jadikan sebagai salah satu dari lagu kegemaran saya. Manalah tahu nanti, bila kahwin, saya ada keberanian untuk menyanyikan lagu ini untuk pengantin perempuan saya. Kawan-kawan yang mahu berkahwin, boleh juga fikirkan lagu ini sebagai lagu penghias majlis perkahwinan kamu.

Akhir sekali, pilihlah lagu yang terbaik untuk diri kita, lagu-lagu yang menggunakan lirik yang dapat kita gunakan dalam perbualan seharian kita, supaya perbualan kita dengan orang-orang tersayang menjadi lebih indah dan bermakna.

Sumber Gambar Edward Eyer

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel