4 Tabiat Menjadi Blogger Berjaya

Artikel ini berasal dari blog kedua saya iaitu splashmoneyonline.com. Saya pindahkan ke sini kerana ianya tidak releven di sana. Selamat membaca.

Bagaimanakah Tabiat Untuk Menjadi Blogger Berjaya?

Artikel "Tabiat Menjadi Blogger Berjaya" ini telah dikemaskini pada 6 November 2019, silakan datang lagi untuk tidak ketinggalan sebarang info terbaru. Pada masa ini, dunia internet telah pun berkembang dengan sangat pantas dan semakin pantas.

Lihat sahaja buktinya yang berlambak disekeliling kita iaitu ramai usahawan internet yang berjaya menjana pendapatan ribuan ringgit setiap bulan. Bukan itu sahaja, kanak-kanak yang masih di Sekolah Rendah pun mampu menggunakan internet sebagai penjana pendapatan bagi mereka.

Bila saya membandingkan pencapaian mereka dan saya terasa malu juga dengan diri ini yang masih tidak dapat menyaingi pencapaian mereka. Walaupun pengalaman hidup mereka sedikit tapi mereka sangat produktif. Mereka boleh menghasilkan Video yang menarik ramai orang untuk menontonnya.

Orang yang berkerja sebagai Content creator di Youtube dikenali sebagai Youtuber. Youtuber yang memuat naik video di Youtube akan dapat peluang untuk menjana pendapatan sekiranya video mereka mendapat sekurang-kurangnya 4,000 jam tontonan.

Ada kanak-kanak 8 tahun yang menjana RM91 juta setahun dengan bermain barang mainan di YouTube, mungkin anda sudah mengenali Ryan. Setakat 1 November 2019, Youtube channelnya mempunyai 22.3juta pengikut. Saya fikir Ryan memang orang yang beruntung, kerana sudah ada pencapaian nombor tahap jutawan.

Cuba periksa pendapatan Youtuber seperti Ryan melalui laman web socialblade. Selain itu periksa juga Youtuber-Youtuber terkaya seperti Whindersson Nunes, German Garmendia, Konrad Dantas dan Felix Arvid Ulf Kjellberg.

4 Tabiat Menjadi Blogger Berjaya

Itu kalau Video. Bagaimana pula dengan Blogger? Salah seorang blogger yang menjadi nombor satu di hati saya ialah Pat Flynn. Secara puratanya pendapatan Pat Flynn adalah $120,000 setahun. Saya boleh mengetahui purata pendapatannya kerana laporan pendapatan yang dia kongsikan di laman webnya Smart Passive Income (SPI).

Sungguh luar biasa, memang kaya raya, seandainya dia orang Malaysia. Tapi, sejak kebelakangan ini, beliau menghentikan laporan pendapatan itu secara tiba-tiba. Saya masih belum lagi mengetahui kenapa laporan pendapatannya dihentikan. (Saya akan kongsikan info mengenai perkara ini pada suatu masa nanti).

Artikel Tabiat untuk Menjadi Blogger Berjaya ini saya tulis berdasarkan pengalaman dan pemerhatian saya sendiri. Teruskan bersama dengan SMO, untuk mengetahui info-info yang berkaitan dengan Making Money Online. Perhatian kepada Blogger Muda!!!

Jika anda seorang blogger yang baru berkecimpung di dalam dunia internet ini. Belajarlah dari Sifu- sifu blogger yang berlambak di internet. Bacalah apa yang mereka hasilkan. Amalkan tabiat yang mereka amalkan sekurang-kurangnya selama 7 tahun.

Dalam tempoh 7 tahun itu, usahakan untuk menjadi TERBAIK dalam bidang BLOGGING.
  • 3 tahun pertama fokus untuk belajar menjadi yang terbaik di mata MENTOR BLOGGER anda. Carilah mentor yang terbaik untuk dijadikan penanda aras khusus untuk kerjaya anda sebagai Blogger.
  • 5 tahun seterusnya fokus untuk menjadi terbaik dalam negara anda.
  • 7 tahun seterusnya fokus untuk membawa blog anda ke peringkat global.
Inilah antara tujuan artikel ini ditulis, iaitu untuk memberi motivasi kepada Blogger baru supaya dapat memulakan langkah pertama mereka untuk menjadi Blogger yang berpendapatan tinggi.

Sewaktu saya mula menulis artikel ini, saya sudah pun menetapkan di dalam fikiran dengan ikhlas dan sepenuh hati untuk mengukuhkan tabiat yang membantu saya menjadi penulis blog yang berpendapatan tinggi. Sudah terkunci mati ketetapan ini.

Persepsi kita akan terbentuk mengikut tabiat orang-orang yang telah pun berjaya dalam bidang penulisan blog. Dalam artikel ini, saya akan mengongsikan Tabiat Menjadi Blogger Berjaya. BERJAYA yang saya maksudkan disini ialah menjana pendapatan yang mengatasi jumlah PENDAPATAN BULANAN anda.

Anda perlu tabiat ini untuk membina dan membangunkan blog hingga sampai ke puncak kejayaan yang anda tetapkan pada saat ini. Tanpa berlengah-lengah lagi, mari teruskan pembacaan supaya anda boleh terus mengambil tindakan, seterusnya mengukuhkannya menjadi tabiat bernilai anda.

Mewujudkan Blog yang Buruk

Tabiat pertama ialah mewujudkan blog yang buruk. Ya, saya tidak benar-benar maksudkan yang anda perlu mewujudkan blog yang terburuk sekali dalam hidup anda. Apa yang saya ingin sampaikan ialah dapatkan satu laman web sendiri di internet dan mulalah menulis isi kandungan untuk laman web anda itu.

Adakah anda tahu kenapa? Kerna apa yang paling penting bagi sebuah blog ialah isi kandungannya, bukan reka bentuknya. Pelawat pergi dan kembali ke blog anda kerana tertanya-tanya tentang isi kandungan blog anda, bukannya mahu melihat reka bentuk blog anda. Reka bentuk itu hanya keutamaan kedua.

Teruskan membaca kerana saya akan memberikan penjelasan lebih lanjut mengenai perkara ini. Tabiat kebanyakkan orang ialah menunggu sehingga masa yang sesuai untuk mewujudkan blog.
Tabiat bermaksud perbuatan yang selalu dilakukan, ini termasuklah cara dia berfikir. Lihat definisi Tabiat.

Apa yang diimpikan oleh blogger-blogger baru ini? Mereka mahukan Blog yang cantik, yang cantiknya dapat mengalahkan atau sekurang-kurangnya sama dengan blog yang sudah lama dan berjaya dalam bidang ini.

Jika anda berfikiran seperti itu, adakah ia adil bagi orang yang sudah lama menjadi blogger. Tiada masalah jika anda adalah seorang genius yang terus dapat mengarap semua ilmu pengetahuan para pembangun blog yang terdahulu.

Tetapi anda perlu melalui proses tersebut demi untuk perkembangan yang stabil pada blog anda. Anda perlu belajar menjadi semakin hari semakin baik. Simpan dalam minda, untuk terus mengembangkan apa yang telah anda mulakan.

Jika anda risau kerana merasa diri tidak kreatif. Jangan risau kerana isi yang kedua dalam artikel ini sedang menanti anda di hadapan. Teruskan sahaja pembacaan anda. Jangan ingat, permulaan yang hebat akan berakhir dengan pengakhiran yang hebat. Selalunya permulaan yang hebat membuatkan seseorang orang jatuh dengan cepat.

Kisah "Malim Kundang" dalam satu siri sinetron Indonesia yang mengisahkan seorang lelaki yang tiba-tiba kaya. Dalam cerita itu, lelaki tersebut menjadi malu mengakui yang dia berasal dari keluarga yang miskin.

Apa yang saya ingin tekankan di sini ialah perasaan untuk Setia pada perkara semasa yang anda ada pada saat ini. Dan bersedia untuk menjadikan perkara itu semakin hari semakin baik. Supaya anda menjadi semakin lama semakin kaya.

Hidup ini tidak sempurna, gunakan apa yang anda ada. Letakkan prinsip ini dalam proses anda untuk mengembangkan laman web anda sendiri. Bila ada perasaan ini, anda akan menyayangi perkara itu walaupun kehidupan anda sudah menjadi senang dan kaya.

Ingatlah blog adalah platform untuk kita berkomunikasi. Buruk atau tidak reka bentuk blog kita, itu merupakan perkara kedua selepas isi kendungan.

Membaca Artikel dari Blogger terkenal

Tabiat Menjadi Blogger Berjaya yang pertama ialah membaca artikel dari Blogger terkenal. Apa yang saya mahu tekankan disini ialah ARTIKEL. Kita luangkan masa untuk membaca artikel dari blogger lain.

Jangan hanya suka baca “headline” sahaja. Tahukah kenapa? Sebabnya bila anda membaca headline sahaja, anda akan cenderung untuk melenting tanpa mengetahui kejadian dan proses sesuatu perkara. Ingat, salah satu tujuan penulis menulis “headline” ialah untuk menarik perhatian anda. Mereka akan melakukan apa sahaja untuk membuatkan anda melawat ke laman web mereka.

Jika anda ingin menjadi seorang Blogger, jangan teruskan tabiat ini. Bacalah artikel tulisan blogger kegemaran anda dengan harapan anda akan mendapat info yang bermanfaat dan sekaligus dapat meniru gaya penulisan blogger tersebut.

Kita boleh belajar cara menulis artikel dengan hanya membaca artikel dari blog orang lain. Ingat "Gaya penulisan artikel yang kita baca itulah yang akan menjadi gaya penulisan artikel kita nanti". Tabiat membaca artikel orang lain atau blog orang lain sememangnya salah satu tabiat blogger yang berjaya. Sudah pasti kita pernah mendengar ayat ini.
"Anda adalah apa yang anda baca".
Saya berpendapat ini adalah benar. Membaca artikel dari blog Seth Godin dapat mendatangkan banyak idea tentang ilmu marketing. Dalam artikel 10 Lessons Seth Godin Can Teach You About Blogging, Tabiat blogging Seth Godin yang paling menarik perhatian saya adalah Dia hanya Blogging Sekali Sehari.

Kelihatannya senang dan tiada bermakna apa-apa. Tapi faktanya Seth Godin merupakan pakar dalam dunia marketing. Kita tidak akan mengetahui banyak info mengenai tabiat ini sekiranya kita sendiri tidak melakukannya dalam kehidupan kita untuk satu jangka masa yang lama.

Adakah anda sanggup untuk melakukan sesuatu yang kelihatan mudah tanpa mendapat pulangan yang cepat seperti yang Seth Godin lakukan? Pada pendapat saya, orang barat menjadi cukup Berjaya kerana kesanggupan mereka untuk melakukan sesuatu dalam jangka masa yang Panjang tanpa pulangan yang cepat.

Mereka lakukan sesuatu yang mereka gemari. Mereka belajar bagaimana untuk menggunakan apa yang mereka ada bagi memenuhi keperluan pengguna. Kita boleh menambah ilmu yang luar biasa melalui kebiasaan blogger yang hebat-hebat dari dalam negara dan luar negara.

Orang tidak mengetahui buku apa yang anda baca. Tapi, mereka akan tahu siapa anda, berdasarkan apa yang anda kongsikan di laman web anda. Saya mencadangkan agar penulis blog hanya perlu membaca lebih banyak artikel dari blogger lain.

Bacalah artikel dari Neil Patel, Irfan Khairi, Seth Godin dan Robert Kiyosaki. Mereka adalah pakar dalam bidang masing-masing. Saya juga telah menulis serba sedikit tentang Robert Kiyosaki dalam SMO.

Mungkin dalam pembacaan anda, persoalan anda terjawab. Dan sekiranya persoalan anda terjawab, anda akan menjadi lebih pandai dari sebelumnya. Sekiranya anda tiada masa, luangkanlah untuk membaca 1 artikel 1 Minggu.

Tapi, jika anda mahu untuk melihat kemahiran menulis artikel anda meningkat dengan cepat, luangkanlah 1 jam sehari untuk membaca artikel dari blogger profesional yang lain. Gaya penulisan anda akan berubah selepas mengamalkan tabiat membaca artikel dari blogger professional selepas 30 hari.

Satu lagi sebab pentingnya membaca artikel dari blogger profesional ialah mereka tahu apa kata kunci yang mendatangkan ribuan pelawat ke dalam website anda. Saya selalu melawat ke laman web Wan Yusof untuk membaca artikel dan mengkaji cara beliau menulis artikel.

Salah satu perkara yang saya pelajari dari beliau ialah menghadkan jumlah baris dalam setiap perenggan. Contohnya dalam post ini sendiri. Saya telah menyusun setiap perenggan masing-masing mempunyai 2-5 baris sahaja.

Tujuannya ialah supaya anda dapat membaca artikel ini dengan teknik membaca cepat atau scanning. Inilah contoh yang terbaik yang dapat kongsikan kesan dari membaca artikel dari blogger lain. Anda akan belajar dan menggunakannya untuk kemajuan blog anda.

Selain itu, kita harus memahami betapa pentingnya pengalaman itu. Sekiranya anda dapat memahami dengan cepat, apa yang saya maksudkan mengenai pentingnya pengalaman. Saya pasti anda akan terus mengamalkan tabiat membaca artikel dari blogger lain. Tapi, bagi anda yang diluar sana yang masih belum dapat menangkap apa yang saya maksudkan.

Teruskan membaca, kerana saya akan terus mengongsikannya di sini untuk anda. Pengalaman akan meningkatkan kemampuan membuat keputusan dan kemampuan analisis kita. Sebab itulah Orang Terkaya Dunia, Warren Buffett menghabiskan banyak masa untuk membaca.

Untuk pengetahuan anda, Warren Buffett adalah seorang pelabur yang terkenal dan terkaya di dunia. Beliau merupakan CEO di Syarikat Berkshire Hathaway. Pada tahun 2019, beliau pernah mencapai Net Worth 82.7 billion USD. Dan, anda tahu kenapa pencapaiannya begitu besar sekali?

Ya, jawapan anda tepat. Itu adalah disebabkan tabiat membacanya yang luar biasa. Berbeza dari orang biasa, dia sentiasa mengasah kemampuannya membuat keputusan, iaitu dengan membaca 5 hingga 6 jam sehari.

Membaca merupakan salah satu cara untuk menambahkan pengalaman kita dalam bidang yang kita minati. Sebagai contoh Bidang Blogging, anda boleh membaca artikel tulisan blogger-blogger hebat diluar sana.

Semakin banyak anda artikel and baca, maka semakin tinggilah pengalaman anda dalam dunia blogging. Membaca dapat memperkayakan perbendaharaan kata dalam fikiran anda.

Sekiranya anda minat untuk memancing dan berkeinginan untuk menambahkan pengalaman memancing, bacalah tulisan pemancing. Pengalaman menjadikan anda seorang blogger yang SMART. Berkerjalah dengan bijak.

Berehat sekiranya penat

Jika anda penat, belajarlah untuk berehat, bukannya berhenti. Setiap kali anda membuat keputusan, lakukanlah itu ketika anda tidak penat. Saya sering menghadapi masalah seperti ini dahulu. Pada masa itu, saya masih belum memahami tentang keadaan psikologi orang yang penat.

Tapi kini, setiap kali penat, saya akan pastikan saya berehat terlebih dahulu, saya makan, saya minum air dan tidur 10 minit. Setelah segar, barulah saya akan menyambung semula kerja dan usaha saya. Sama juga prinsipnya bagi kita sebagai Blogger, setelah penat dari mencari idea-idea yang terbaik untuk meningkatkan traffik ke laman web, belajarlah dan pupuklah tabiat berehat sekiranya penat.

Jangan teruskan berkerja sekiranya anda berasa penat. Jika diteruskan, anda tidak akan merasa seronok lagi untuk berkerja dalam bidang yang anda minati. Penuhilah dahulu keperluan asas anda, iaitu makan dan tidur.

Penulis buku Harry Potter iaitu JK Rowling tidak menulis bukunya yang tebal itu dalam masa sehari. Bangunan Berkembar Petronas yang menjadi kebanggaan rakya negara Malaysia itu tidak dibina dalam masa sehari.

Buku “Think and Grow Rich” tulisan Napoleon Hill tidak ditulis dalam masa sehari, ia mengambil masa 20 tahun untuk menjadikannya sebuah buku perkembangan diri yang sangat hebat.

It took Hill over 20 years to produce his book, a classic in the Personal Development field called Think and Grow Rich.

Itulah petikan yang saya petik dari buku Think and Grow rich itu sendiri. Sesuatu yang terbaik itu tidak dihasilkan dengan terburu-buru. Kecualilah waktu berperang yang memerlukan anda untuk memaksa diri melampaui batas kemampuan dan keperluan diri anda.

Lihatlah rentak blogging anda. Sekiranya anda terlalu menyiksa diri dalam jangka masa yang panjang, percayalah kekecewaan dan kegagalan akan menyebabkan anda berhenti serta merta. Tutup mata dan bayangkan keadaan anda sudah Berjaya menjana RM3,000 sebulan melalui aktiviti penulisan blog di laman web anda.

Bayangkan, kalau sebelum ini traffik ke blog anda sangat sedikit dan kadang-kadang langsung tiada. Kemudian selepas mengubah tabiat blogging anda iaitu anda mula menulis satu artikel yang sangat terperinci hebatnya. Tiba-tiba trafik ke blog anda naik secara mendadak.

Saya pasti anda akan gembira dan akan menjadi ketagih untuk berfikir dan menulis lebih banyak lagi artikel di blog anda. Pupuklah Tabiat Menjadi Blogger Berjaya dalam diri anda sendiri.

Sangat penting untuk menjaga psikologi anda. Caranya ialah dapatkan tidur dan makan yang cukup. Otak anda akan lebih berkerja dengan baik sekiranya ada tenaga untuknya berkerja. Berilah otak anda tenaga melalui makanan yang anda makan dan tidur yang cukup.

Gunakan juga otak anda untuk berimaginasi perkara-perkara yang berkaitan dengan kejayaan blog anda. Ini dapat menyuntik semangat positif untuk anda terus berfikir menghasilkan posting yang baik untuk blog anda.

Anda mungkin gagal dalam mencapai matlamat anda, walaupun anda sudah makan dan tidur yang cukup, tapi kesannya tidaklah sampai kecewa berhenti mati begitu saja. Kita pasti akan mencari jalan untuk Berjaya sekiranya kita mempunyai tenaga yang banyak untuk berfikir dan berkerja.

Sedarkanlah diri anda betapa pentingnya tenaga berfikir sekiranya anda ingin menjadi seorang blogger. Oleh itu, belajarlah untuk berehat sekiranya anda berasa penat.

Menulis Blog Hobi Topik Kegemaran

Sekiranya anda mempunyai sesuatu hobi atau topik kegemaran. Tulislah pengalaman anda semasa melakukan hobi tersebut. Tulislah pemahaman baru yang anda belajar dari topik kegemaran anda itu. Bayangkan sahaja Blog itu merupakan Diari kamu untuk mencapai sesuatu. Sebagai contoh, saya mahu menjadi pengguna Tigreal Top Global dalam permainan Rank Mobile Legends Bang Bang.

Apa yang saya buat ialah saya menulis tentang semua pengembaraan menuju ke Top Global. Kongsikan melalui blog termasuklah Tips-tips, kekecewaan, kemenangan, naik turun rank dan masa bermain. 

Kongsikan dengan baik dan padat mampat dengan info. Kalau boleh, kongsikan sehingga ke atom-atomnya sekali. Ini juga akan memberi kebaikan kepada daya pemerhatian anda.

Tabiat Menjadi Blogger Berjaya

Tabiat andalah yang membentuk masa depan anda dan blog anda. Sekiranya anda sabar untuk berkerja secara konsisten, percayalah anda akan menuai hasilnya nanti. Diharapkan selepas membaca post ini, Tabiat blogging anda semakin lama semakin meningkat nilainya, khususnya nilai dimata peminat anda.

Amalkan Tabiat Menjadi Blogger Berjaya dalam 21 hari

Tabiat Menjadi Blogger Berjaya akan menjadi sebati dalam diri selepas 21 hari. Lebih lama lagi baik untuk perkembangan blog anda. Teruskanlah menulis dan memerah otak anda untuk membawa blog anda ke puncak kejayaan.

Menulis adalah simptom orang yang berfikir. Blogging pula adalah platform untuk anda berfikir dan mengembangkan sesuatu yang berguna untuk diri sendiri, keluarga, masyarakat, bangsa, agama dan negara.

Saya suka berfikir dan menjana pendapatan dari internet. Dan disebabkan itulah laman web SMO ini dibangunkan. Jangan berhenti dan teruskan menulis kerana apabila anda berhenti, maka tamatlah cerita blogging anda.

Sekiranya anda terus maju dan menulis lebih banyak artikel, maka peluang untuk Berjaya sentiasa akan terbuka untuk anda di hadapan. Artikel ini merupakan artikel pertama saya yang disediakan sehingga mencapai 2500 patah perkataan.

Saya telah menyediakannya artikel ini selama 5 jam. Sambil berfikir “Apa lagi saya mahu sampaikan kepada pembaca mengenai tabiat blogger yang berjaya? Sehinggakan idea yang saya ada tidak cukup untuk tulisan 2500 patah perkataan.

Tapi syukur, saya telah Hit the Numbers. Walaupun, terdapat beberapa helai rambut yang gugur kerana mahu mencapai jumlah 2500 patah perkataan khusus untuk topik tabiat blogger Berjaya. Saya mengharapkan penanda aras ini akan sentiasa saya capai setiap kali menghasilkan artikel yang baru untuk blog SMO ini.

Saya juga mahu membuktikan kepada anda yang saya juga boleh menulis tentang sesuatu perkara secara mendalam. Saya gembira dapat menggunakan fikiran saya yang tidak seberapa ini untuk menghasilkan sesuatu yang berguna untuk blogger-blogger diluar sana.

Saya menyahut cabaran untuk menulis post yang panjangnya 2500 patah perkataan dan semuanya ada kaitan dengan Tabiat seorang blogger yang mahu Berjaya menjana pendapatan di internet.

Ini hanya permulaan, saya akan cuba teruskan perjuangan untuk menjadi Blogger yang Berjaya, sehingga anda yang membaca ini pun terinspirasi untuk terus menulis demi untuk perkembangan laman web kita masing-masing.

Peganglah "Tabiat Menjadi Blogger Berjaya" sehingga anda dapat keluar dari Rat Race. Semoga kita jumpa lagi pada artikel yang akan datang.

Gambar oleh Free-Photos

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel