5 Blogger Sabah Yang Menggunakan Template Menarik

Kawan saya suka mengumpulkan skin yang menarik dalam permainan Mobile Legends. Saya pula suka menyenaraikan blogger yang menggunakan template menarik. Template yang menarik amat penting bagi saya kerana dapat membangkitkan semangat untuk saya menulis.

Selain bagi mendapatkan persepsi yang baik dari pelawat luar, template yang menarik juga dapat meningkatkan keyakinan blogger untuk menjemput kawan-kawannya ke blog. Pada hari ini, saya akan mengongsikan 5 orang blogger sabah yang menggunakan template menarik bagi blog mereka.

5 Blogger Sabah Yang Menggunakan Template Menarik

1. Sharina Elyana

Sharina Elyana adalah seorang blogger, isteri dan ibu yang berasal dari Sabah. Saya memuji blog ini kerna templatenya yang tersusun kemas dan rapi. Menggunakan warna merah jambu sebagai warna utama, blog ini diperkirakan bernilai $137 pada hari ini menurut laman Worth of Web.

Dari segi umur, blog ini telah mencapai usia 10 tahun. Sharina Elyana mula menulis sejak bulan september 2010 dengan topik yang mencakupi gaya hidup dan blogging. Saya paling kagum dengan sifat konsisten blogger ini kerana berjuang dalam tempoh yang sangat panjang.

2. Siti Aminah Binti Idrus

Siti Aminah Binti Idrus adalah seorang Blogger, Duta Produk, QS Engineer yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah. Selain templatenya yang kemas dan ringkas, saya memuji blog ini kerana pencapaiannya sebagai blogger yang membuatkan saya terinspirasi dan termotivasi.

Menggunakan warna hitam sebagai warna utama, blog ini diperkirakan bernilai $647 pada hari ini. Dari segi umur, blog ini sudah berusia 8 tahun. Siti Aminah atau nama samarannya Uzu telah mula menulis sejak bulan Oktober 2011 dengan topik yang mencakupi gaya hidup dan blogging.

3. Ooh Senyum

Pemilik blog Oohsenyum ini pula berasal dari Tawau, Sabah. Dengan kelulusan Sarjana Muda Kepujian Kerja Sosial Dan Psikologi Sosial dari Universiti Malaysia Sabah, blog yang menarik ini menjadi lebih menarik lagi pada pandangan mata saya, hinggakan saya ditakdirkan untuk menyenaraikanya dalam artikel ini.

Menggunakan warna ungu sebagai warna utama, blog ini diperkirakan bernilai $2,208 pada hari ini. Manakala umur blog ini pula adalah 1 tahun 6 bulan. Ooh Senyum banyak mengongsikan infomasi bergambar dan kisah-kisah inspirasi pada pembaca setianya. 

Satu perkara yang saya puji dari blogger ini ialah nilai blognya yang tinggi walaupun masih muda. Mengagumkan?

4. Dayve Rampas

Dayve Rampas adalah seorang blogger dan jurumekap artis profesional yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah. Saya memuji blog ini kerana templatenya yang ringkas tapi dilengkapi dengan plugin penghubung sosial media yang lengkap.

Dari Homepage blog ini saja, anda dapat menemui akaun Tik Tok, Twitter, Instagram, Facebook dan Pinterestnya. Menggunakan warna keemasan sebagai warna utama, blog ini diperkirakan bernilai $98 pada hari ini.

Dari segi umur, blog ini berusia 16 tahun 7 bulan. Saya tergamam sekejap melihat umur blog ini. Dayve mula menulis sejak 3 Mac 2004 dengan topik kecantikan, keibubapaan dan gaya hidup. Anda boleh menemui pengalamannya selama 16 tahun di dunia ini melalui blognya.

5. Jonik Nelson

Jonik Nelson adalah seorang blogger lelaki sabah yang baru. Saya memasukannya dalam senarai ini kerana template blognya yang ringkas. Hanya menggunakan template default blogger, Jonik Nelson telah berjaya menarik perhatian saya.

Dengan menggunakan tema flora dan ditambah lagi dengan gabungan warna peach, template ini semakin menarik. Blog yang berumur 4 bulan ini banyak menuliskan tentang sejarah dan gaya hidup sebagai pelajar STPM. Saya memuji blogger ini kerana menggunakan domain DotPage sebagai URLnya.


Kesimpulan

Ada yang berpendapat bahawa template blog diletakkan sebagai keutamaan ke-2, yang paling utama ialah Isi-isinya. Saya pula mempunyai pandangan yang sedikit berbeza. Bagi saya, template yang menarik mesti diisi dengan maklumat yang terbaik.

Maknanya, Template dahulu. Jika kita mempunyai isi yang terbaik tetapi meletakkannya dalam template yang kurang menarik. Dalam kes ini, kita sudah ketinggalan dari segi branding atau marketing blog.

Jika matlamat blogging kita adalah untuk perniagaan, promosikannya dengan cara yang tepat dan menarik. Orang mungkin melupakan apa yang kita lakukan untuk mereka, tapi mereka tidak akan pernah lupa apa yang kita buat mereka rasa.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel