5 Soalan Yang Youtuber Mesti Tahu Jawab Tentang Youtube

Youtube merupakan website ke-2 yang mendapat pelawat tertinggi di dunia menurut Alexa. Apa tidaknya, selain menjadi tempat perkongsian video, Youtube juga menjadi tempat untuk menjana pendapatan yang sangat popular dalam kalangan sahabat-sahabat saya.

Begitulah hebatnya Youtube sekarang. Ramai yang mahu berkerjasama dengan Youtube tapi tidak semua yang dapat. Ini kerena, mereka masih tidak mempunyai 1000 Subscribers dan mencapai 4000 jam tontonan.

5 Soalan Yang Youtuber Mesti Tahu Jawab Tentang Youtube

Mahukah anda belajar bagaimana Youtube menjadi terkenal seperti sekarang? Nah, pada hari ini saya akan kongsikan 5 soalan yang bakal Youtuber mesti tahu tentang Youtube. Saya yakin, selepas belajar 5 perkara ini, tekad anda untuk yang memajukan saluran Youtube anda menjadi lebih kukuh dan menghiburkan.

1. Apa itu Youtube?

YouTube ialah sebuah laman web perkongsian video.

2. Siapa yang membangunkan Youtube?

Youtube dibangunkan oleh Chad Hurley, Steve Chen dan Jawed Karim.

3. Dimanakah Youtube dibangunkan?

Youtube dibangunkan di sebuah ruangan sederhana, di atas restoran pizza di San Bruno, California, Amerika Syarikat.

4. Bilakah Youtube dibangunkan?

Youtube dibangunkan pada 14 Februari 2005.

5. Bagaimana Youtube dibangunkan?

Suatu hari, Jawed mencari satu rakaman video di Internet, tetapi tidak menjumpainya. Hurley dan Chen pula mengatakan bahawa idea asal YouTube adalah untuk perkhidmatan online dating berasaskan video yang telah dipengaruhi oleh laman web HotorNot.

Ada juga yang mengatakan bahawa, idea itu disusun ketika mereka menghadapi masalah untuk berkongsi video yang diambil pada majlis makan malam dengan rakan-rakan. Hal ini mencetuskan idea kepada mereka untuk membina Youtube kerana menyedari akan banyaknya orang yang memerlukan penyelesaian kepada masalah ini.

Mereka (Chad Hurley, Steve Chen dan Jawed Karim) hanya memerlukan formula yang tepat dan formula itu ditemukan dalam website online dating mereka yang terkenal dengan slogan "Tune in, Hook up", yang namanya kemudian diubah menjadi YouTube.

Pada 14 Februari 2005, Youtube didirikan di sebuah ruangan sederhana, di atas restoran pizza di California. Pada 23 April 2005, Video pertama yang bertajuk "Me at the zoo" telah dimuatnaik oleh Jared Karim. Tidak lama sebelum YouTube memiliki 1 juta video tontonan pertama.

Pada September 2005, syarikat Nike telah menjadi salah satu syarikat pertama yang memanfaatkan potensi promosi di YouTube. Menjelang November 2005, laman web ini telah menerima modal penamat sebanyak 3.5 juta dolar.

Pada Jun 2006, NBC dan YouTube membuat perjanjian, ini membantu syarikat media tradisional memasuki era digital. Tidak lama kemudian, Youtube telah berjaya menarik perhatian Google. Pada Oktober 2006, Youtube telah dibeli dengan harga 1.65 bilion dolar oleh Google. Selepas itu, Youtube terus berkembang sehingga ke hari ini.

Kesimpulan

Pendapatan Youtube untuk 3 tahun terkini semakin meningkat dari tahun ke tahun. Yang mana pada tahun 2017 pendapatanya adalah $8.1 bilion, pada tahun 2018 adalah $11.1, dan pada tahun 2019 adalah $15.1 bilion.

Nampak tak peningkatannya? Nampak tak? Itulah peningkatan yang anda boleh capai jika anda konsisten dengan apa yang anda lakukan. Tidak kira apa pun yang anda lakukan asalkan ia mendatangkan manfaat kepada orang lain, anda pasti boleh menjana pendapatan daripadanya.

Gunakanlah bakat-bakat yang anda ada untuk berjaya sebagai Youtuber. Kenali ciri-ciri yang ada dalam diri anda. Disini saya ada menulis tentang 6 Ciri-ciri Youtuber Yang Boleh Berjaya. Gunakanlah sebagai panduan untuk bermula atau untuk terus maju ke depan. Anda pasti boleh.

Gambar ijmaki

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel