9 Jalan Menuju Yesus dalam Bentuk Khotbah

Topik Jalan Menuju Yesus merupakan topik yang saya sangat minati kerana Yesus adalah matlamat hidup saya.

Saya tidak sempurna tapi jauh dilubuk hati saya, ada keinginan untuk mempunyai karakter sepertiNya.

Inilah yang menyebabkan saya terus belajar dan menulis mengenaiNya dalam Jalan Menuju Yesus - Ellen G. White

Oleh itu, pada hari ini, saya akan pergi ke satu peringkat pembelajaran iaitu dalam bentuk Khotbah.

Saya telah menyusun ayat-ayat itu, seperti saya sedang berkhotbah di Gereja saya.

Inilah teks khotbah saya...

"Diam! Tenanglah!

Lalu angin itu reda dan danau itu menjadi teduh sekali.

Tenanglah! Aku ini, jangan takut!

Siapa yang berkata seperti ini?

Yesus.

Kesudahan segala sesuatu sudah dekat. Kerana itu kuasailah dirimu dan jadilah tenang, supaya kamu dapat berdoa. - 1 Petrus 4:7.

Pada sabat ini, saya ingin membawa kita semua untuk melihat kepada Yesus.

Supaya kita boleh kekal tenang dan setia seperti-Nya.

Pada tahun 1892, Syarikat Fleming telah menerbitkan sebuah buku baru.

Buku yang bakal membantu kamu dan saya pada hari ini untuk lebih mengenal Yesus.

Namun, kepemilikan buku ini dibeli oleh Syarikat Review and Herald pada tahun yang sama.

Kemudian pada tahun 1896, buku ini telah diterbitkan semula oleh Syarikat yang baru ini.

Pada hari ini, Penerbit pertama telah berumur 128 tahun dan penerbit kedua telah berumur 171 tahun dan masih melayani sampai hari ini.

Saya merasa kagum dengan kesetiaan syarikat penerbitan ini berpegang pada standard pelayanan mereka dalam tempoh yang sangat panjang.

Sehingga kita pada hari ini dapat membaca buku "Jalan Menuju Yesus".

Saya akan membawa kita semua melilhat 9 jalan menuju Yesus.

9 Jalan Menuju Yesus dalam Bentuk Khotbah

1. Melihat Kasih Tuhan Kepada Manusia


Bagaimana kita melihat kasih Tuhan kepada Manusia? 

Tuhan telah memberikan bermacam-macam keindahan kepada manusia.

Keindahan itu kita boleh lihat melalui pemandangan Alam Sekitar iaitu kejadian siang dan malam, langit, darat, lautan, tumbuhan, ikan-ikan di laut, burung-burung di udara dan binatang di darat.

Kewujudan ciptaan-ciptaan ini adalah untuk membangkitkan kekuatan jiwa yang begitu kuat menarik hati seperti rasa tanggung jawab yang kekal kepada Tuhan.

Adakah kamu pernah merasai sentuhan roh kudus ketika memandang hasil ciptaan-Nya?

Ingat perasaan itu untuk tetap setia kepada Tuhan.

2. Menyedari Manusia Berdosa Perlukan Yesus


Upah Dosa adalah Maut.

Manusia sepatutnya tidak wujud pada hari ini, kalau bukan kerana kasih dan keadilan dalam pemerintahan Tuhan.

Yesus yang menjadi satu dengan kehendak Bapa, rela mengambil semua upah dosa itu melalui kematian-Nya di kayu salib.

Melalui kematian Yesus, manusia tidak perlu lagi bersusah-susah untuk memiliki kehidupan kekal, hanya perlu mengikut jalan hidup yang Yesus tunjukkan.

Adakah kita mahu kehidupan yang kekal?

Ingat perasaan itu untuk tetap setia kepada Tuhan.

3. Mengaku Dosa Kepada Tuhan


Menyembunyikan Dosa boleh membebankan hidup manusia.

Yesus tidak mahu Manusia terbeban atau tertekan kerana dosa-dosa yang dilakukan.

Dia memanggil manusia untuk mengakui dosa yang dilakukan, kemudian diikuti dengan pertobatan.

Adakah kita berasa terbeban dengan dosa-dosa kita?

Berdoalah untuk mengakuinya pada Yesus.

Buanglah bebanmu dan tetaplah setia dalam jalan yang Yesus tunjukkan.

4. Mengambil Tindakan Bertaubat


Tindakan-tindakan pertaubatan boleh dipelajari melalui kehidupan Yesus.

Yesuslah contoh yang sempurna.

Kita mahu menjadi tenang?

Yesuslah contoh yang terbaik.

Mahu mengekang keinginan diri?

Yesuslah contoh yang terbaik.

Pelayanan yang ajaib ditunjukkan-Nya semasa berada di Dunia, iaitu memberi makan ramai orang, menyembuhkan orang sakit, mengajar orang tentang kebenaran yang benar, menghidupkan 10 hukum sepanjang kehidupan-Nya dan pelayanan yang penuh dengan kasih kepada Tuhan dan Manusia.

Jika kamu ingin merasai karakter kehidupan di sorga?

Tetapkanlah kesetiaan matamu untuk melihat pada Yesus.

5. Menyerahkan Hati Kepada Tuhan


Serahkan hati kepada yang Mahatinggi.

Apabila manusia menyerahkan hati kepada Tuhan, maknanya, perintah Tuhan menjadi satu dalam hidupnya.

Sama seperti Lelaki dan Wanita yang saling menyerahkan hati untuk menuju satu tujuan yang suci iaitu perkahwinan.

Perkahwinan ini melambangkan kesatuan manusia dengan Tuhan. 

Yang mana, kita akan hidup bersama-sama untuk memperbanyakkan kemuliaan Tuhan.

Adakah kamu mahu memperbanyakkan berkat-berkat Tuhan dalam hidup kamu?

Ingat perasaan itu supaya kamu tetap setia mengikuti jalan kehidupan yang Yesus tunjukkan.

6. Bertumbuh Di Dalam Yesus


Belajar apa yang Yesus lakukan, tumpukan pada tabiat Yesus.

Caranya ialah menghidupkan Gaya Hidup yang ditunjukkan Yesus semasa di Dunia.

Sebagai contoh, Yesus suka berdoa, manusia boleh belajar untuk berdoa seperti Yesus, cari tahu bagaimana perasaan Yesus ketika melayangkan Doa kepada Bapa di Sorga.

Dalam cara itu, manusia boleh bertumbuh di dalam Yesus.

Adakah kamu tahu perasaan ketika memohon kekuatan melalui doa?

Sekali lagi, Yesus menjadi contoh yang terbaik bagi kita.

Ya Bapa-ku jikalau cawan ini tidak mungkin lalu, kecuali apabila Aku meminumnya, jadilah kehendak-Mu - Matius 26:42.

Ini adalah contoh doa penyerahan kepada Bapa.

Setiap kali kita merasa seperti tiada jalan keluar kerana kedegilan kita.

Berdoalah kepada Bapa, biarlah kehendak-Nya yang terjadi dalam hidup kita.

Percayalah kepada-Nya, Dia tahu apa yang terbaik dalam hidupmu seperti janji-Nya dalam

Sebab Aku ini mengetahui rancangan-rancangan apa yang ada pada-Ku mengenai kamu, demikianlah firman Tuhan, yaitu rancangan damai sejahtera dan bukan rancangan kecelakaan, untuk memberikan kepadamu hari depan yang penuh harapan. - Yeremia 29:11.

Pernahkah kamu merasai perasaan berserah kepada Tuhan?

Ingat perasaan itu, lakukan semula kerna Yesus juga melakukan hal yang sama seperti itu.

7. Menambah Pengetahuan Tentang Tuhan


Tuhan adalah kekal, setia dan adil.

Jika kita tahu banyak tentang Tuhan, maknanya kita membuka peluang untuk melihat dan menuntut janji-janjiNya kepada sesiapa yang berpegang pada perintah-perintah-Nya.

Tuhan mahu kita mengenal sifat-sifatnya melalui ciptaan-ciptaan-Nya.

Jadikan Tuhan sebagai titik perkembangan setiap deria yang kita ada.

Kita merenung firmanNya dan alam ciptaanNya setiap hari.

Kita mendengar lagu-lagu pujian masa kini dan bunyi alam sekitar setiap hari.

Ini akan memberitahu kita bahawa Tuhan yang kita sembah adalah yang teragung.

Perasaan seperti ini akan menambahkan kebergantungan kita kepada Tuhan.

Apabila kita tahu yang Tuhan sentiasa menjaga kita, ketakutan kita akan menghilang.

Pernahkah kamu melawan ketakutan dengan menyanyikan lagu Rohani?

Ingat perasaan itu, dan tetaplah setia kepada Yesus, Allah perkasa kita.

8. Berdoa Untuk Mendekati Tuhan


Jika kita dekat dengan Tuhan, kita boleh meminta apa sahaja kita mahukan.

Berdoa ialah cara yang paling mudah untuk mendekati Tuhan.

Sama seperti Yesus, Dia sentiasa berdoa kepada Bapa di Sorga, supaya Dia dapat kekuatan untuk menyelesaikan tugas-Nya di dunia.

Kita akan mendapatkan apa yang kita mahu jika kita benar-benar berserah kepada Tuhan.

Ini kerana, jika kita lapar, Tuhan akan mengerakkan hati orang lain untuk memberikan makanan kepada kita.

Tuhan akan meletakkan kita ditempat dan masa yang betul.

Dia sudah mempunyai rancangan yang terbaik untuk kita.

Kita boleh berdoa dan bertanya kepada-Nya bagaimana kehidupan yang disediakanNya untuk kita.

Adakah kamu perlukan Penasihat ajaib untuk kehidupan yang bahagia?

Berdoalah kepada Bapa, Dia akan memberikan kepada kamu sesuai dengan keperluanmu.

9. Bergirang  Di Dalam Tuhan


Kesan bergirang di dalam Tuhan berbeza dengan kesan bergirang pada pandangan dunia.

Bergirang di dalam Tuhan menambahkan kelimpahan, bergirang pada pandangan dunia menambah kekurangan.

Kegirangan di dalam Tuhan, menambahkan kegirangan kepada diri dan orang lain.

Kegirangan Dunia, merugikan diri dan orang lain.

Saya ambil contoh dalam memilih kawan.

Dunia mengajar kita untuk memilih kawan yang dapat memberikan kita sesuatu.

Sebalikannya Yesus mengajar kita untuk memberi.

Dalam segala sesuatu telah kuberikan contoh kepada kamu, bahwa dengan bekerja demikian kita harus membantu orang-orang yang lemah dan harus mengingat perkataan Tuhan Yesus, sebab Ia sendiri telah mengatakan: Adalah lebih berbahagia memberi dari pada menerima. - Kisah Para Rasul 20:35

Kesimpulan


Sekiranya kamu ingin menjadi pemimpin, mulakanlah dengan menjadi pelayan.

Sekiranya kamu ingin masuk ke dalam kerajaan syurga, pandanglah pada Yesus.

Dialah Jalan, Kebenaran dan kehidupan.

Kamu boleh menjadi pemimpin dengan hanya menjadi pelayan.

Contoh pelayan terbaik yang pernah wujud di bumi hanyalah Yesus.

JadikanNya sebagai Role Model pelayan yang sentiasa memenuhi keperluan komuniti yang ada disekililing kamu.

Mari kita berdoa.

[ Semoga Khotbah ini dapat membantu dalam menjimatkan masa kamu membuat pelayanan di Gereja. ]

Gambar oleh Aaron Cabrera

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel