Saya sebelum ini tidak menyangka yang rupanya produk google sangat banyak. Mungkin ada diantara kita yang hanya mengetahui Google Search, Youtube, Gmail, Google Drive, Google Translate, Google maps, Google adsense, blogger dan Google search console.
Namun, setelah membuat senarai produk-produk mereka. Saya dapati ada 81 produk yang disediakan untuk pelanggan-pelanggan mereka di seluruh dunia. Setelah melihat kuantiti produk mereka ini, saya menyedari bahawa semakin mereka kaya semakin banyak komitmen yang mereka sediakan untuk pelanggan mereka.
Ini memberikan saya satu kesedaran untuk memberikan perkhidmatan kepada pembaca-pembaca terutamanya dari rakan-rakan blogger yang sentiasa menyokong saya melalui tulisan-tulisan blog mereka.
Tulisan mereka bukan saja menyelesaikan masalah penulisan saya, tetapi juga membantu saya melihat masa depan saya dalam dunia blogging ini. Sebagai blogger yang baru, saya menyedari yang saya masih perlu banyak belajar untuk mengembangkan blog ini.
Salah satu cara untuk menjadi yang terbaik dalam dunia blogging ialah saya perlu mengetahui siapa majikan saya. Eh. Kenapa sebut majikan? bukankah dalam blogging bossnya adalah kita sendiri? Ya, itu betul, memang kitalah bos, tapi kita adalah bos yang tidak mampu membayar gaji kita menulis.
Jadi, siapakah bos yang saya maksudkan itu? Ya, sudah tentulah Google. Ia adalah satu website enjin carian yang terkenal di dunia. Sebagai Blogger yang bergantung pada monetise Google adesense, saya perlu menulis konten yang dapat meningkatkan kualiti Google Search ini sendiri.
Untuk melakukan itu, saya perlu mengetahui produk-produk yang Google sediakan untuk pelanggan-pelanggan mereka. Saya fikir saya akan lebih disukai oleh mereka kalau saya menulis tentang produk-produk mereka yang hebat itu.
Jadi, jika anda adalah seorang blogger dan ingin berjaya dalam dunia blogging, anda mesti berusaha mengenal boss anda, supaya dia menyukai kamu dan meletakkan kamu yang pertama dalam enjin carian mereka.
Nah, hari ini, saya akan mengongsikan kepada kamu 81 produk yang disediakan oleh Google. Selepas mengetahui produk-produk mereka, kamu boleh menulis ulasan tentang produk-produk ini, bagaimana ia memudahkan hidup kamu, bagaimana kamu berjumpa dengannya atau cara-cara menggunakan produk-produk ini.
Ingin tahu apa 81 produk google tersebut? Dengan itu, saya persembahkan kepada kamu, rakan-rakan blogger yang dihormati sekalian;
81 Produk Google yang Blogger Perlu Tahu
1. Google Search
2. Google Maps
3. Google Translate
4. Google Chrome
5. YouTube Music
6. Chromecast
7. YouTube
8. Google Play Movies & TV
9. Connected Home
10. Android Auto
11. Android OS
12. Wear OS by Google
13. Chromebook
14. Gmail
15. Messages
16. Google Duo
17. Google Chat
18. Google Photos
19. Contacts
20. Google Keep
21. Google Calender
22. Google Docs
23. Google Slides
24. Google Drive
25. Google Sheets
26. Google Ads
27. Google My Business
28. Google Adsense
29. Android TV
30. Google Cardboard
31. Chrome Web Store
32. Google Earth
33. Google Finance
34. Google Form
35. Gboard
36. Google Alert
37. Google Assistant
38. Chromecast built-in
39. Google Classroom
40. Google Cloud Print
41. Google Expeditions
42. Google Shopping
43. Google Fi
44. Google Fit
45. Google Flights
46. Google Fonts
47. Google Groups
48. Google Meet
49. Google One
50. Google Pay
51. Google Photo
52. Google Play
53. Google Play Books
54. Google Play Games
55. Google Play Music
56. Google Street View
57. Google Hangouts
58. Google News
59. Google Play Protect
60. Google Podcasts
61. Google Scholar
62. Google Sites
63. Tilt Brush
64. Google Voice
65. Waze
66. Wear OS by Google
67. Youtube Kids
68. Youtube TV
69. Google AdMob
70. Blogger
71. Android
72. Chrome Entreprise
73. Google Data Studio
74. Google Manufacturer Center
75. Google Marketing Platform
76. Google Merchant Center
77. Google Web Designer
78. Google Workspace
79. Google Optimize
80. Google Search Console
81. Google Developers
Produk Google yang saya selalu guna
Sekarang ini, saya ingin kongsikan kepada kamu beberapa produk Google yang saya gunakan hampir setiap hari, minggu dan bulan.
1.
Google Search - Saya menggunakan ini untuk mencari maklumat berkaitan topik-topik yang saya akan tulis di blog ini. Enjin carian nombor 1 di dunia ini juga membantu saya dalam meningkatkan kemahiran komunikasi saya dengan keluarga, teman wanita dan kawan-kawan saya.
2.
Google Translate - Saya mempunyai satu lagi blog dalam bahasa inggeris. Apabila ada perkataan inggeris yang saya tidak tahu, saya akan menggunakan ini. Ia cukup berkerjasama baik dengan
Grammarly.
3.
Gmail - Selain menerima update-update dari blog dan website yang saya gemari, Gmail membantu saya untuk menjadi lebih teratur, kerana saya menyimpan idea dan matlamat harian saya dalam bentuk draf supaya saya boleh mengaksesnya bila-bila masa dan dimana saja saya berada, asalkan saya ada internet.
4.
Google Adsense - Inilah pusat pengaturan pendapatan saya di Google. Dalam web ini, saya boleh mengawal jenis-jenis iklan yang akan keluar dalam blog saya. Setakat ini, saya sangat menggalakkan Google mengiklankan pakaian kerana saya mahu pembaca-pembaca saya kelihatan bijak dan menarik.
5.
Blogger - Ini pula tempat saya bekerja sebagai penulis. Semenjak saya aktif dalam dunia blogging, inilah antara tempat di internet yang saya luangkan beberapa jam hampir setiap hari untuk berfikir dan menulis. Rakan-rakan blogger pasti biasa dengan tempat inikan? Hahaha
6.
YouTube - Ini tempat saya berhibur dan belajar melalui pendengaran. Saya mempunyai Playlist yang saya ingin dengar berulang-ulang sehingga saya hafal dengan video atau audio tersebut.
7.
Google Search Console - Inilah tempat saya untuk memastikan setiap tulisan yang saya terbitkan di internet muncul dalam pusat data Google. Ia juga membantu saya mengira jumlah pelawat dan kata kunci yang mereka gunakan untuk ke blog saya.
8.
Google Alert - Saya mahu sentiasa mendapatkan update dari topik kegemaran saya melalui web ini. Sebagai contoh, saya mahu update dari kata kunci "Blogger", maka saya boleh tetapkannya disini. Dan Google akan menghantar AMARAN ke email saya sekiranya ada blogger lain yang menulis menggunakan kata kunci "Blogger" ini. Ia membantu saya menjadi semakin hari, semakin tahu tentang blogger. Hebatkan Produk ni?
9.
Android - Tanpa android, handphone saya tidak akan berfungsi dengan baik. Saya tidak berapa tahu sangat tentang android ini. Yang saya tahu, ia membantu handphone saya mengatur aplikasi-aplikasi yang ada di dalamnya. Mungkin selepas ini, saya kena belajar lebih mendalam mengenai android ini.
10.
Google Marketing Platform - Selain Google search console, Google marketing platform juga sangat berguna untuk menganalisis aktiviti-aktiviti yang berlaku dalam blog saya. Analisis yang dilakukan oleh Google Marketing Platform adalah lebih mendalam daripada analisis yang dilakukan oleh Google search console. Itulah sebabnya, saya tidak dapat menginggalkan produk google yang satu ini.
Kesimpulan
Nah itulah 81 produk Google yang disediakan untuk kamu dan saya. Adakah kamu merasa terinspirasi semasa membaca senarai ini? Adakah kamu terfikir produk yang dapat kamu berikan kepada orang lain? atau paling tidak pun, adakah kamu terfikir topik apa yang akan kamu tulis di blog kamu selepas ini?
Apa pun itu, saya harap rakan-rakan blogger mendapat manfaat dari senarai ini. Selepas ini, jika kamu tidak mempunyai idea untuk ditulis di blog kamu, carilah inspirasi menulis dari blog saya supaya tulisan kamu dapat dimasukan dalam
kategori topik yang bernilai tinggi di mata Google.