5 Langkah Blogger Menjadi Kaya

Menjadi kaya adalah impian hampir semua blogger di dunia pada masa ini. Membayangkan ramai pengguna internet yang mencari maklumat untuk menyelesaikan masalah hidup membuatkan blogger lebih bersemangat untuk menulis.

Bagaimana blogger menjadi kaya? Anda boleh menjadi kaya dengan menulis penyelesaian pada setiap masalah hidup yang dihadapi oleh pengguna-penguna internet sekitar anda.

Ada kata-kata mutiara dari filem PadMan yang mengatakan "Problem means chance, chance means Opportunity". Peluang tercipta secara semula apabila blogger menulis tentang caranya menyelesaikan masalah-masalah umum yang berlaku dalam hidupnya.

Namun, prosesnya tidak berhenti disitu saja kerana rantaian orang belajar dan mengajar akan terus beralun sampai ke hujung dunia.

Cara para blogger untuk menjadi kaya boleh diduga dengan menyedari betapa ramainya pengguna internet di dunia ini. Cara menulis yang pintar dan konsisten akan menghasilkan wang dari semasa ke semasa mengikut sebanyak mana masalah yang diselesaikan.

5 Langkah Blogger Menjadi Kaya

Memperkayakan blog dengan penyelesaian pada masalah yang dihadapi oleh pembaca akan membuka lebih banyak peluang untuk blogger menjadi kaya.

Perbahasan dalam artikal ini mengambil 5 cara dan tips sebagai panduan yang berguna untuk blogger menjadi kaya melalui aktiviti penulisan blog mulai hari ini dan hari-hari seterusnya, silakan semak.

1. Memanfaatkan blog

Memanfaatkan blog yang dimiliki merupakan cara yang paling bijak dan jimat untuk menjadi kaya. Fungsi blog adalah untuk tujuan mendapatkan lebih banyak perhatian dengan cara yang lebih bergaya kerana dapat membantu menyelesaikan atau memberikan buah fikiran untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi pembaca.

Selain itu, blog juga dapat membantu membina keyakinan pelanggan kerana mengenali kita melalui tulisan-tulisan kita, sehingga mereka kerap kali datang dan membaca artikel-artikel yang ada di Blog kita. 

Inilah produk yang boleh digunakan untuk memanfaatkan blog anda iaitu affiliate Marketing, Google Adsense, menjual iklan terus, menjual iklan penaja dan bayaran menulis ulasan. Anda boleh menjadi kaya sebagai blogger dengan memahiri salah satu dari produk yang saya kongsikan di atas.

2. Mendefinisikan Kaya

Sering kali kita mengatakan yang kita ingin menjadi kaya, tapi kita tidak tahu apa yang sebenarnya yang kita mahukan secara spesifik. Dengan mendefinisikan kaya bagi diri kita, jelas akan  memudahkan usaha-usaha untuk ke arah membina kekayaan.

Tapi tahukah anda, definisi yang jelas tentang apa yang kita mahukan akan membantu memudahkan proses mencapai matlamat kerana perhatian kita tertumpu pada satu matlamat apalagi hanya menulis tentang satu topik khusus untuk pembaca-pembaca di internet.

Mungkin definisi kaya bagi anda ialah dapat berbelanja RM10,000 setiap bulan. Tapi, pernahkah anda terfikir betapa kayanya anda jika mendefinisikan kaya sebagai mendapatkan 10,000 pembaca setiap bulan? 

Dengan definisi yang jelas, anda juga akan dapat berusaha dengan fikiran yang jelas, hinggalah anda mempunyai masa depan yang jelas sebagai blogger di Malaysia, Indonesia dan Singapura.

3. Menetapkan Matlamat yang Jelas

Tetapkan matlamat untuk menjadi yang terbaik dengan SATU perkataan; dan dengan perkataan tersebut kembangkan rangkaian anda hingga ke tahap global. Matlamat akan menjadi lebih jelas apabila diukur menggunakan nombor.

Mulakan dengan satu matlamat, kemudian ulang sehingga mencapai sepuluh, kemudian seratus, tetap konsisten hingga mencapai seribu dan seterusnya.

Yang menarik tentang pekerjaan sebagai blogger ialah anda perlu mempunyai sistem kerja anda sendiri yang boleh digunakan berulang-kali untuk menghasilkan artikel yang secara langsung akan membawa ramai pembaca ke blog anda.

4. Menulis aliran kerja sendiri

Aliran kerja perlu ditulis untuk mengingatkan blogger akan proses yang perlu untuk mengerakkan blognya. Rekod yang ditulis ini pula perlu disimpan dengan baik kerana ia adalah resipi yang jika diamalkan secara berterusan akan mengukuhkan jenama anda dalam dunia blogging.

Contoh aliran kerja yang diguna untuk blog ini boleh dilihat pada artikel 16 Langkah Untuk Blogger Menulis Artikel Terbaik di Google. Aliran kerja boleh diperbaiki mengikut kesesuaian masa, tenaga dan keberkesanannya. 

Aliran kerja juga berfungsi sebagai penanda aras dalam menyediakan artikel yang berkualiti mengikut cita rasa anda. Apa lagi kalau matlamat anda ialah untuk menjadi kaya, anda sememangnya perlukan aliran kerja yang lebih baik dan berkesan daripada rata-rata blogger yang ada dalam rangkaian anda.

5. Fokus untuk mendekati Satu Juta orang

Mengikut IWS, di Asia sahaja terdapat 2,366,213,308 pengguna internet setakat 31 Mei 2020. Bolehkah anda menjemput satu juta orang ke blog anda dalam tempoh satu tahun? Pasti boleh bukan? 

Apalagi kalau anda seorang yang sanggup membelanjakan wang beriklan bagi menggalakkan pelawat datang ke blog anda. Namun, kaedah ini akan menambahkan beban perbelanjaan bulanan anda.

Cara lain untuk mendekati satu juta orang dalam setahun ialah dengan memberikan sumbangan padu pada satu topik kecil dalam satu industri.

Dengan bantuan Google, blog anda boleh mendekati satu juta orang dalam setahun. Jika anda merasa mendekati satu juta orang dalam setahun adalah sukar, atasi perasaan itu dengan berkerja secara sistematik.

Mulakan dengan sepuluh, kemudian seratus, seribu, sepuluh ribu, seratus ribu hingga sejuta. Tercapai sahaja matlamat itu, apa yang perlu anda lakukan adalah KONSISTEN dan mantapkan PENGURUSAN.

Kesimpulan

Inilah 5 langkah blogger menjadi kaya. Sekiranya anda menyukai Checklist, dibawah ini saya menyenaraikannya untuk memudahkan anda menyimpan untuk rujukan pada masa depan;
5 Langkah Blogger Menjadi Kaya
1. Memanfaatkan blog
2. Mendefinisikan Kaya
3. Menetapkan Matlamat yang Jelas
4. Menulis aliran kerja sendiri
5. Fokus untuk mendekati Satu Juta orang

Gambar oleh Austin Distel

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel