Apa yang Blogger lakukan?

Blogger adalah individu yang menulis pengalaman mereka di website.  Ia seperti jurnal atau diari online yang boleh dibaca oleh sesiapa sahaja di internet.

Tujuan seseorang blogger menulis adalah berbeza-beza, ada yang menulis kerana perniagaan, ada yang menulis kerana suka menulis, DAN ada juga yang suka menulis kerana mahu membina portfolio online yang menarik seperti 100 Blogger Malaysia Tahun 2020 ini.

Memang sesuatu yang luar biasa kita boleh menggunakan internet untuk mendapatkan banyak pembaca. Penulisan blog menjadi salah satu cara paling popular untuk berkomunikasi, menyebarkan berita dan maklumat.

Terdapat berjuta-juta blog yang ada di Internet, dan blogger mempunyai kemampuan untuk berhubung dengan ribuan orang setiap hari. Ini memungkinkan mereka mampu menjana pendapatan yang lumayan dari hasil tulisan mereka.

Tapi, adakah begitu mudah untuk mendapat pendapatan lumayan seperti yang diketahui umum? Tanpa senarai yang jelas, anda pasti mengatakan yang ianya mudah bagi blogger untuk mendapatkan pendapatan yang lumayan.

Jika anda berfikir ianya mudah. Nah, hari ini, saya menyenaraikan 28 aktiviti yang blogger lakukan untuk menjayakan blog mereka. Kemudian, fikirkan semula jawapan anda pada persoalan di atas.

Apa yang Blogger lakukan?

Pada mulanya blog kenali sebagai "Weblogs" yang digunakan untuk menulis tentang aktiviti harian mereka. Tugas-tugas harian mereka menjadi isi kandungan dalam website mini mereka, dimana mereka mengongsikan pandangan, cerita, gambar, dan video.

Ada blog-blog yang mendapat banyak pengikut, dan akhirnya lahirlah hobi menulis blog. Menjadi blogger adalah hampir sama dengan Freelance,  sama ada anda seorang penulis atau jurugambar, blog boleh memberi pandangan spesifik kepada pembaca tertentu mengenai subjek tertentu.

Apa yang Blogger lakukan

Blogging terdiri daripada tulisan resipi, gambar, video, e-book, link ke blog lain, atau apa sahaja yang blogger fikirkan. Berikut adalah 28 aktiviti yang blogger lakukan untuk menjaga blog dan pembaca mereka.

1. Menulis artikel asli secara mingguan

Pembaca menyukai blog yang berisi artikel asli yang sentiasa dikemaskini secara konsisten iaitu dua atau tiga kali seminggu.

2. Mencari gambar menarik untuk artikel

Pembaca menyukai cara anda menggunakan gambar ketika menerangkan artikel anda, ia juga akan meningkatkan pesona blog dan artikel anda.

3. Menyelidiki isi kandungan blog lain

Pembaca menyukai artikel yang ditulis dengan penyelidikan yang terperinci berserta dengan sumber rujukan yang hebat.

4. Mewujudkan kehadiran media sosial

Pembaca menyukai apabila blogger kegemaran mereka boleh dihubungi melalui platform-platform media sosial yang popular pada masa ini.

5. Mengikuti semua perubahan Media Sosial

Pembaca menyukai apabila blogger mengongsikan perubahan-perubahan yang berlaku di Media Sosial supaya mereka dapat menggunakan media sosial secara berkesan.

6. Memeriksa semua backlink di Blog

Pembaca menyukai apabila link-link yang ada dalam sebuah blog dalam keadaan baik dan boleh diakses dengan cepat supaya mereka dapat jawapan pada persoalan mereka. Periksa link anda dengan Broken Link Checker.

7. Mengongsikan catatan di Media Sosial

Pembaca menyukai apabila anda mengongsikan artikel terbaru anda di media sosial, kerna ia akan memudahkan mereka dapat membaca dengan hanya satu klik.

8. Membaca dan membalas setiap satu komen

Pembaca menyukai apabila blogger kegemaran mereka membaca dan membalas komen mereka kerana itu membuatkan mereka rasa dihargai.

9. Mengurus Spam

Pembaca menyukai apabila blogger dapat menunjukkan tahap pengurusan blog yang cekap khususnya yang melibatkan spammer.

10. Menulis untuk Blogger lain

Blogger yang menyumbang artikel asli ke blog lain sebagai Quest Post dapat membantu meningkatkan domain autoriti artikel anda dengan syarat anda melinkkan blog anda di blog blogger tersebut. Contoh  artikel yang saya tulis di blog lain ialah Blogger Menjenamakan Blog: 5 Perkara Asas Ini Mesti Ada

11. Memastikan Template berjalan lancar

Pembaca menyukai apabila template dan reka bentuk sentiasa berfungsi dengan lancar supaya mereka merasa senang ketika melawat dan membaca artikel anda.

12. Mengoptimumkan halaman dan catatan

Pembaca menyukai apabila halaman dan catatan anda disusun mengikut SEO kerana perkhidmatan atau produk anda disampaikan dengan baik dan selamat.

13. Menyelidik peluang untuk pengiklanan dan promosi

Pembaca menyukai apabila anda meletakkan iklan yang berkaitan dengan artikel anda. Dan untuk melakukan itu, anda perlu menyelidik peluang-peluang yang sesuai dengan blog anda.

14. Membina hubungan dengan komuniti

Membina hubungan dalam talian dan luar talian dengan komuniti blogger membantu anda mengukuhkan dan mengembangkan rangkaian pembaca anda.

15. Mengikuti Blog dari blogger lain

Menyokong komuniti blogger dengan mengikuti blog dari blogger lain dapat mengembangkan rangkaian pembaca anda.

16. Melakukan temu ramah melalui telefon atau video

Perlihatkan kemahiran mencari maklumat anda melalui kaedah temu ramah supaya pembaca dapat mencontohinya nanti.

17. Menyokong dan berkongsi pendapat tentang produk

Pembaca menyukai apabila blogger menunjukkan sokongan pada sesuatu produk dan berkongsi pendapat dengan jujur kepada pembaca supaya mereka dapat membuat keputusan yang tepat.

18. Mewujudkan perkhidmatan perundingan

Pembaca menyukai apabila blogger dapat membantu mereka dalam perundingan khususnya dalam membantu pembaca melihat pro dan con, untung dan rugi sebelum mereka membuat keputusan.

19. Menyediakan Buletin sendiri

Pembaca menyukai apabila blogger mempunyai masa untuk mengongsikan tips-tips atau kemaskini terbaru melalui email ketika mereka tidak aktif di media sosial.

20. Melakukan kerja persiapan dan tindakan susulan

Pembaca menyukai apabila blogger sentiasa bersedia dan tahu tindakan susulan yang perlu dilakukan selepas menawarkan sesuatu perkhidmatan.

21. Mendidik diri dengan webinar dan kursus online percuma

Pembaca menyukai blogger yang sentiasa berpengetahuan dan rajin mengongsikan maklumat-maklumat baru berkenaan topik yang mereka minati.

22. Melakukan pembukuan (Pilihan)

Pembaca menyukai apabila blogger kegemaran mereka mempunyai buku untuk mereka simpan dan dijadikan sebagai buku rujukan pada masa depan.

23. Menyediakan hak milik tunggal 

Pembaca menyukai apabila blogger kegemaran mereka terus menulis sesuatu artikel atau buku yang mempunyai hak milik tunggal supaya mereka yakin untuk berkongsi dengan orang lain. 

24. Menghadiri persidangan

Menghadiri persidangan dalam kalangan blogger dapat membantu kita untuk belajar perkara baru disamping mengembangkan rangkaian pembaca kita.

25. Menyediakan podcast dan luaskan pembaca

Ini adalah untuk meluaskan pembaca dari kalangan individu yang lebih suka mendengar berbanding membaca.

26. Menganalisis statistik di Google Analytics

Pembaca menyukai blogger yang memahami apa maklumat yang mereka perlukan untuk membantu mereka menjadi orang yang efisien dan produktif.

27. Bekerjasama dalam projek dengan blogger lain

Pembaca menyukai apabila blogger kegemaran mereka bekerjasama dengan blogger lain seperti menghasilkan eBook atau ciptaan lain yang dapat membantu pembaca hidup dengan efisien dan produktif.

28. Membuat produk sendiri

Pembaca menyukai apabila blogger kegemaran mereka mempunyai produk sendiri seperti buku, e-book, atau siri video supaya mereka dapat menyimpannya sebagai rujukan pada masa depan.

Itulah 28 aktiviti yang hampir semua blogger di dunia lakukan untuk mengembangkan blog mereka dan menjaga pembaca-pembaca mereka.

Blogger sememangnya satu profesion yang lumayan jika sanggup untuk menulis secara konsisten walaupun hanya sedikit sahaja pembaca pada mulanya.

Seandainya anda ingin serius dengan penulisan blog, diharapkan 28 aktiviti ini membantu anda mencapai matlamat blogging anda dengan cepat. Semoga bermanfaat.

Gambar Igor Ovsyannykov

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel