5 Cara Blogger Menjadikan Anda Orang yang Lebih Baik

Tinggal beberapa hari saja lagi tahun 2020 akan berakhir. Banyak yang kita telah tempuhi sepanjang tahun ini, ada yang baik, dan ada yang tidak baik. Tapi, syukurlah, keadaan-keadaan itu telah menghasilkan siapa kita pada hari ini.

Pasti ramai diantara kita yang bersedia dengan rancangan perubahan yang ingin dilaksanakan pada tahun 2021. Walaupun, kita tidak tahu keberhasilan rancangan kita itu, hanya satu yang pasti iaitu kita lakukan apa yang dapat dilakukan.

5 Cara Blogger Menjadikan Anda Orang yang Lebih Baik

Sebagai blogger yang mahu melihat anda berjaya, disini saya ingin berkongsi 5 cara blogger menjadikan anda orang yang lebih baik pada tahun hadapan. Mari semak huraiannya satu per satu.

1. Memilih Satu Minat 

Pada zaman teknologi ini, sangat mudah untuk kita terdedah pada pelbagai media yang menarik minat kita. Ada yang membuat kita tersasar dari minat kita, tidak lupa juga yang membuat kita keliru. Mujurlah ada Blogger yang membuatkan kita kembali kepada minat kita.

Secara tidak sedar, Blogger-blogger inilah yang membuatkan kita kembali kepada minat kita. Bagaimana? Ketika mereka menemui sesuatu yang baru dalam minat mereka, kita akan turut mengetahuinya kerana mereka mengongsikannya di semua saluran media mereka.

Mereka memilih satu minat yang membolehkan mereka berkongsi dengan orang lain. Jika anda benar-benar ingin berjaya, saya pasti anda sudah menyedari tabiat mereka ini, dan membuat keputusan untuk memilih topik yang paling diminati supaya dapat berkongsi dengan orang lain.

2. Mengurus Masa

Perkongsian yang dilakukan oleh blogger-blogger ini pula bukan hanya sehari, tapi setiap hari. Bagaimana mereka melakukan ini? Sudah pasti dengan kebijaksanaan mereka mengurus masa. Menulis konten memerlukan pelaksanaan yang sistematik.

Dimulakan dengan memikirkan tajuk, mencari isi-isi penting, menghuraikan isi-isi, gambar dan link-link berkaitan konten. Semua itu perlu dilaksanakan mengikut masa yang ditetapkan, supaya blog anda dapat dikemaskini setiap hari.

Jika pernah terdetik dalam hati anda mengenai persoalan; “Bagaimana dia dapat mengemaskini blognya setiap hari?” Anda lebih cenderung terfikir mengenai pengurusan masa yang teratur.

Begitulah, bagaimana blogger dapat menjadikan anda orang yang lebih baik iaitu memberikan contoh yang nyata tentang bagaimana untuk mengurus masa supaya rancangan dapat berjalan lancar dan teratur.

3. Melabur Wang

Selain masa, blogger juga dapat memberikan contoh tentang bagaimana melabur wang dan kemudian mendapatkan keuntungan yang berpanjangan. Blogger yang serius sanggup melaburkan wang untuk membeli web hosting, autoresponder, dan alat-alat bantuan untuk tujuan pengoptimuman website.

Blogger melabur pada benda yang membawa keuntungan kepada mereka pada masa depan. Ramai usahawan-usahawan internet melaburkan wang untuk memiliki dan mengembangkan blog mereka demi untuk berkongsi dengan lebih ramai orang.

Seperti Seth Godin, Darren Rowse, Pat Flynn dan Leo Babauta untuk tahap global. Di Malaysia pula, seperti Irfan Khairi, Azizan Osman dan 100 Blogger Malaysia ini. Nama-nama ini sanggup melabur wang pada tempat yang memberikan pulangan pendapatan pada masa depan.

4. Menetapkan komitmen

Terlalu banyak komitmen yang memerlukan perhatian kita dalam kehidupan seharian. Tapi, jika anda tahu apa matlamat anda, saya pasti kemajuan anda akan berkembang secara berterusan. Blogger dapat memberikan anda gambaran ini melalui topik-topik konten yang mereka hasilkan. Sebagai contoh;

Blogger Makanan akan memberikan komitmen untuk menerbitkan konten tentang makanan. Blogger Traveling akan memberikan komitmen untuk menerbitkan konten tentang Traveling. Setiap blogger ini mempunyai kemahiran yang tersendiri yang membuatkan blog mereka semakin popular dan diikuti ramai orang.

Begitulah cara blogger memberikan inspirasi kepada anda untuk menjadikan anda orang yang lebih baik khususnya dalam menetapkan komitmen yang dapat meningkatkan nilai dan kemahiran  diri.

5. Menulis Pengalaman

Blogger memberikan anda motivasi untuk menulis pengalaman hidup setiap hari. Mungkin anda tidak percaya, tapi itulah kenyataannya bagi saya. Saya sendiri mempunyai masalah dalam memberi tumpuan pada persekitaran saya.

Tapi, semenjak saya rajin membaca konten dari beberapa blogger terkenal, minat saya untuk menulis pengalaman harian terus bertambah. Malah, dengan menulis pengalaman harian, ia membantu saya untuk menjadi sedikit lebih peka pada persekitaran saya.

Kepekaan yang baik pada persekitaran akan membantu memudahkan anda untuk berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dari keluarga sampai kepada orang baru. Anda dapat melakukan itu kerana, anda sentiasa mempunyai cerita atau pengalaman yang dapat dikongsikan dengan orang lain.

Kesimpulan

Inilah informasi terbaru yang dapat membantu anda menjadi orang yang lebih baik. Semoga selepas ini, anda dapat memilih satu minat, dapat mengurus masa dengan baik, melabur wang, menetapkan komitmen yang bernilai, dan rajin menulis pengalaman hidup.

Saya harap artikel ini dapat memberi manfaat kepada anda. Sekiranya Ya, bantu saya untuk menyebarkan artikel ini kepada rakan-rakan anda yang ingin menjadi lebih baik supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu hari ini.

Akhir sekali, silakan subscribe di blog ini melalui halaman Subscribe supaya saya boleh menghantarkan notifikasi artikel baru ke email anda. Sekian sahaja untuk hari ini, semoga bermanfaat dan selamat Berjaya.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel