5 Tips Memilih Blogger Template Terbaik

Blogger template adalah satu hal yang paling berpengaruh besar pada prestasi sesebuah blog. Template blogger yang cantik dapat memotivasikan anda untuk menulis artikel secara konsisten.

Apalagi kalau sudah mencapai satu ribu pelawat setiap hari, pasti mencerahkan lagi harapan anda untuk menjana pendapatan lumayan pada masa depan. Tidak mudah sebenarnya untuk mendapat satu ribu pelawat dalam sehari, tapi sebagai blogger yang tekun, kita usahakan sahaja mana yang mampu dilakukan demi memperbaiki pengalaman pembaca di blog kita.

Pastinya selepas mengantikan template blog, anda sebagai penulisnya akan menjadi positif, sama seperti yang berlaku pada saya sendiri. Tertanya-tanya bagaimanakan cara memilih blogger template yang terbaik untuk anda, berikut adalah 5 Tips memilih tempate terbaik untuk blog anda.

Tips Memilih Blogger Template Terbaik

1. Penjanaan yang Cepat

Template yang berkecepatan tinggi dapat melayani pembaca dalam beberapa saat tanpa membuatkan mereka menunggu terlalu lama. Saya akan meninggalkan sesebuah website jika penjanaan maklumat lebih dari 10 saat, kerana persepsi saya ialah takut penjanaannya lebih dari 1 minit atau terpaksa Kill Pages.

Apalagi kalau anda adalah blogger yang suka memasang banyak widget, anda perlu melihat aspek kecepatan penjanaan terlebih dahulu supaya blog anda tidak menjadi semakin berat apabila dipasang dengan banyak widget nanti.

Cara untuk menguji kecepatan penjanaan template adalah dengan memeriksa secara online dari website Pingdom. Website ini akan kira berapa kelajuan penjanaan template yang digunakan. Kemudian, perbaikinya mengikut keadaan, jika ianya baik dengan angka besar, maka berusahalah untuk memperbesarkan angkanya, jika baik dengan angka kecil, make berusahalah memperkecilkannya.

2. Mesra telefon bimbit

Mesra telefon bimbit atau Mobile Friendly merupakan aspek yang penting dalam memilih template blog. Memandangkan pada zaman ini, handphone merupakan salah satu alat yang banyak digunakan oleh kebanyakkan orang. 

Boleh dikatakan, handphone adalah antara 10 benda terpenting dalam hidup mereka pada masa ini. Setiap orang sentiasa memegang handphone dimana-mana saja mereka berada, di katil, dalam kereta, diatas bukit, dalam kapal terbang dan banyak lagi.

Sebagai blogger yang bijak dan tahu tentang perkembangan teknologi semasa, memilih template yang mesra dengan telefon mudah alih akan membantu meningkatkan jumlah pelawat ke blog anda. Ini akan menambahkan pengalaman baik pembaca dengan blog anda. Jangan abaikan aspek ini.

3. Responsif pada semua skrin

Responsif adalah pendekatan untuk reka bentuk web yang menjadikan laman web dapat dipaparkan dengan baik pada pelbagai peranti dan ukuran tetingkap atau skrin. Template yang bagus adalah template yang tetap sedap dilihat walaupun diakses dimana-mana saiz skrin peranti.

Template yang responsif akan membantu anda melayan pembaca dengan baik dan konsisten. Kesannya, pengalaman pembaca akan bertambah dari tahun ke tahun, sekaligus meningkatkan kadar untung tahunan anda.

Template blog yang saya gunakan ini juga bersifat responsif kerana masih menarik apabila diakses dari pelbagai jenis peranti tidak kiralah dari Android, iPhone, Windows, Macintosh, Linux, iPad dan lain-lain. Ini juga penting untuk menambah pengalaman yang hebat pembaca anda.

4. Navigasi yang Jelas

Di dalam dunia web, Navigasi adalah petunjuk arah dari satu halaman ke satu halaman lain dalam sebuah website. Ini sangat penting supaya pengguna dapat mencari maklumat yang mereka perlukan di blog anda.

Navigasi yang jelas juga akan membantu anda memberitahu pembaca tentang siapa anda dan bagaimana mereka mendapat manfaat dari blog anda. Contohnya halaman yang selalu diletakkan diruangan navigasi adalah seperti berikuti;

1. Home
2. About Us
3. Services
4. Products
5. Subscribe
6. Contact Us
7. Sitemap.

Sebagai seorang blogger, pasti tabiat membaca halaman About Us sudah menjadi darah dalam daging anda. Dan, saya ingin memaklumkan pada anda yang saya juga mempunyai tabiat seperti itu. Sebab itulah, saya meletakkan halaman About blog ini di navigasi seperti yang anda lihat diatas tajuk artikel ini.

5. Mesra SEO

Template SEO dapat membantu meningkatkan populariti sesebuah blog dimata Google, jadi dengan menggunakan template yang mesra SEO, pekerjaan anda untuk membawa lebih ramai pembaca akan menjadi lebih mudah kerana dibantu oleh enjin pencari Google.

Berikut adalah ciri-ciri Template yang mesra SEO:
1. Pemuatan pantas.
2. Tajuk yang dioptimumkan.
3. Kod sedia untuk menambahkan perihalan pada catatan individu.
4. Penanda skema.
5. Penggunaan atribut cononical, noindex, nofollow dan lain-lain yang betul.
6. Buka data meta Graf untuk rangkaian sosial.
7. Gaya yang ditentukan dengan baik untuk tajuk h1, h2, h3.

Bagi pengguna platform Blogger, anda boleh memilih template untuk blog anda di Btemplates. Sekali imbas, ada banyak template yang menarik dari website ini, salah satu daripadanya ialah Ignite yang mempunyai reka bentuk responsif.

Kesimpulan

Blogger yang memilih template yang betul pasti akan dapat memberikan pengalaman yang hebat kepada pelawatnya. Saya lebih suka memilih template yang mempunyai penjanaan yang cepat, supaya pelawat juga dapat maklumat dengan cepat.

Diharap anda dapat memilih template yang bagus secepat mungkin supaya dapat menjana pendapatan secepat yang mungkin. Satu lagi, elakkan dari menganti template anda terlalu kerap kerana ia dapat menganggu prestasi blog anda dimata Google.

Pilih dan tetapkan hanya satu saja template untuk digunakan pada blog anda selamanya, Dan jika ingin mengubah pun, cukup dengan mengubah warna blog atau mengubah kedudukan link. Pengantian template yang terlalu kerap akan mempengaruhi kepercayaan Google pada blog anda. Oleh itu, cobalah untuk setia. Semoga bermanfaat.

Photo 200 Degrees

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel