6 Tips SEO yang Blogger Perlu Tahu

Ada 6 tips SEO yang Blogger perlu tahu sebelum menghasilkan banyak artikel. Tips ini perlu diketahui supaya anda dapat meningkatkan jumlah pelawat ke blog anda setiap bulan. Panduan lengkap mengenai tips ini anda boleh peroleh dari Tips SEO Google

Sepanjang proses penghasilan artikel ini, saya mempelajari sesuatu yang membuatkan saya bersemangat untuk menulis semula. Ya, saya kehilangan semangat dalam minggu ini kerana terlalu sibuk dengan kerja hakiki disamping menghiburkan hati yang sedih kerana berjauhan dengan keluarga di Sabah.

6 Tips SEO yang Blogger Perlu Tahu

Tapi, apakan daya, memandangkan keadaan sekarang yang tidak menggalakkan pergerakkan ke tempat lain. Membuatkan saya fokus pada apa yang saya boleh lakukan pada masa ini iaitu terus berkerja mengasah kemahiran-kemahiran yang penting untuk masa depan, khususnya kemahiran menulis.

Saya percaya, kemahiranlah yang membantu kita untuk membayar bil-bil atau pebelanjaan bulanan kita. Nah, pada hari ini, izinkan saya untuk membantu anda mengasah kemahiran menulis anda dengan 6 tips SEO yang berguna untuk blog anda.

1. Buang widget yang memperlahankan Blog

Platform Blogger merupakan plaform yang ringkas yang dimiliki sendiri oleh Google. Bila mengetahui hal ini, pasti anda terfikir yang Google akan menyokong blog anda secara automatik. Apa yang anda fikirkan itu betul, Dan,  Google akan lebih menyokong blog anda jika blog anda bekerja dengan laju.

Sekiranya anda sudah konsisten dalam menghasilkan artikel, jangan lupa aspek kelajuan blog, kerana ia juga penting. Pastikan blog anda dapat melayani setiap pelawat atau pembaca yang datang.

Berikan mereka pengalaman yang serba pantas. Caranya mudah iaitu buang widget yang memperlahankan Blog. Contoh, anda boleh lihat dari blog ini, hanya 2 sahaja widget yang dipasang iaitu Arkib dan Iklan.

2. Buat pautan dalaman dan luaran

Ada 2 jenis pautan iaitu Pautan Dalaman atau Pautan luaran. Pautan luaran adalah sebuah tautan yang dipasang dalam halaman website yang menuju ke domain ataupun blog lain. Pautan Dalaman pula adalah Pautan yang terdapat dalam website kita. Kepentingannya ialah untuk meningkatkan keyakinan pembaca pada artikel kita.

Blog akan lebih dipercayai sekiranya sumber artikel anda adalah dari blogger atau penulis yang pakar. Kesan selepas meletakkan Pautan tidak kelihatan pada awal-awalnya, tapi percayalah ia sangat berkesan dalam meningkatkan keyakinan pembaca pada artikel anda. 

Bukan itu saja, Saya kongsikan tips ini kerana penting dalam meningkatkan autoriti blog anda di enjin carian yang ada di internet khususnya Google. Cara ini banyak digunakan oleh usahawan internet dalam meningkatkan jualan dari website atau blog mereka. Saya kira anda boleh berjaya dalam 3 tahun sekiranya rajin menulis dan membuat pautan dalam artikel anda.

3. Tulis untuk manusia kemudiankan mesin carian

Kita boleh untung jika kita dapat memberikan nilai perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan kita. Semakin banyak nilai yang kita berikan melalui tulisan kita, maka semakin banyaklah untung yang akan kita perolehi. Tidak kiralah artikel anda mengulas tentang perkara kecil atau besar, jika ia di depan pelanggan yang tepat anda pastikan beruntung.

Contohnya membuang kotoran pada cermin kereta, ia adalah perkara kecil, tapi jika ianya berada pada orang yang sedang menghadapi masalah tersebut, pasti akan mengingati blog anda pada masa depan. Oleh itu mulai dari hari ini, tulislah artikel yang dapat menyelesaikan masalah pelanggan anda walaupun ianya perkara kecil.

4. Galakkan Website popular Backlink ke Blog anda

Website yang popular dapat membantu blog anda mencapai kedudukan yang baik di enjin Carian Google. Konsep ini sama seperti menggunakan pengaruh Artis untuk mempromosikan sesuatu produk. Namun dalam dunia pembangunan website, cara untuk melakukannya adalah dengan menghantar email pada pemiliknya supaya backlink ke website anda.

Aspek ini sangat-sangat penting untuk dipenuhi sekiranya anda mahu menaikkan nama blog anda untuk  kata kunci yang sudah didominasi oleh blogger lain. Hantarlah email permohonan pada waktu pagi, tengah hari atau malam supaya pemilik website tersebut dapat merespon secepat pada anda. 

Ada satu alat yang dapat membantu anda mencari website yang berada di kedudukan pertama bagi sebarang kata kunci di Google iaitu Ubersuggest. Belajarlah menggunakan alat ini untuk perkembangan blog anda.

5. Menggunakan Web Analisis Blog

Pada mula-mula masuk dalam dunia blogging saya hanya tahu dua website yang boleh digunakan untuk menganalisis blog iaitu Google Analisis dan Webmaster Tool. Kini, saya tahu lebih dari tiga iaitu Moz, Ubbersuggest, Semrush dan ahrefs.

Web analisis membantu kita untuk meningkatkan pelawat ke blog kita. Dengan menggunakan informasi yang dikumpulkan, anda boleh terus menulis tanpa mencari topik yang perlu ditulis kerana semuanya sudah disedikan oleh web analisis tersebut.

Pengetahuan anda tentang penggunaan web analisis akan bertambah sekiranya anda terus menerus menggunakan web analisis dalam proses penyediaan artikel anda.

Pengalaman anda akan membuatkan anda matang dalam membuat kajian dan menulis artikel tentang sesuatu kata kunci. Jika sekarang, anda masih tidak tahu apa itu web analisis, ambil nama-nama web yang saya nyatakan tadi, dan cari pengalaman dengannya melalui internet.

6. Tulis Meta Description untuk setiap halaman

Menulis Meta Description akan memberikan anda 100% peluang untuk menarik perhatian pembaca mengklik masuk ke blog anda. Gunakan kata kunci dalam cara yang unik dan relevan pada pembaca sasaran anda.

Sebagai contoh, jika anda suka menulis tentang berita terkini, gunakan perkataan ini sekerapnya dalam penulisan anda. Anda akan berjaya jika dapat menggunakan kata kunci ini secara semula jadi.

Dunia perlukan cara anda melihat dunia ini, dan anda boleh melakukan itu melalui penulisan blog, dan cara berkesan untuk membuatkan mereka membaca tulisan anda ialah dengan mempesonakan meta description setiap artikel anda.

Kesimpulan

Inilah informasi terbaru yang dapat membantu anda menjadi blogger yang berjaya pada masa akan datang. Sekiranya anda ingin tahu informasi berbaru yang berkaitan dengan SEO, anda boleh merujuk di website Neil Patel.

Tambahkan enam tips baru ini dalam usaha anda menjadi blogger yang berjaya. Anda telah belajar benda baru hari ini, dan teruskan belajar, kerana masih banyak peluang terbuka untuk diterokai dalam dunia internet khususnya SEO.

Kemahiran SEO mudah untuk dipelajari pada hari ini, oleh yang demikian, gunakanlah sekerap yang boleh agar blog anda mendapat lebih ramai pelawat. Saya harap perkongsian kali ini bermanfaat untuk anda, dan jika anda mendapat manfaat, kongsikan kepada rakan-rakan blogger kita yang lain. Semoga bermanfaat.

Gambar oleh mohamed Hassan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel