Adakah Blogger Masih Relevan

Tahun ini adalah tahun yang banyak melahirkan Youtuber. Salah satu penyebab keadaan ini berlaku adalah PKP yang diumumkan kerajaan pada awal tahun 2020 ini.

Apa tidaknya, ramai anak-anak muda yang rajin memuatnaik video mereka ke Youtube. Malah, ada yang sanggup membayar mahal demi untuk mendapatkan subscriber. Perubahan ini tidak dapat dihalangkan kerana memang sudah menjadi lumarah manusia untuk sentiasa berubah.

Adakah Blogger Masih Relevan

Ada yang melihat perubahan ini sebagai positif, tidak kurang juga yang negatif. Perubahan ini turut merisaukan para blogger, sehingga timbullah persoalan "masih relevankah blogger pada masa ini?".Nah, pada hari ini, saya mahu kongsikan 11 sebab yang membuatkan saya berfikir bahawa menjadi blogger masih lagi relevan pada masa ini. Mari baca huraian selengkapnya.

1. Menyimpan Rekod Tulisan

Pencapaian manusia yang ada pada hari ini adalah sumbangan dari rekod-rekod yang ditulis pada zaman dahulu. Walaupun rekod-rekod tulisan hanya didapati melalui dinding-dinding gua, batu, kayu atau daun. 

Manusia pada hari ini, masih lagi mengkaji rekod-rekod kuno ini, walaupun kita sudah mempunyai buku. Kenapa? Sebabnya manusia suka membaca rekod-rekod bertulis dimana-mana saja mereka menemuinya. Disebabkan itu, selagi ada yang disebut tulisan, selagi itulah Blogger masih relevan.

2. Memastikan Konten Unik

Konten unik adalah konten yang berbeza dari kebanyakan konten yang ada di dunia. Konten yang unik hanya muncul 1 dalam 1000. Tapi untuk memastikan keunikan sesuatu benda, rekod bertulis perlu ada supaya proses perbandingan dapat dilakukan dengan mudah.

3. Mengukuhkan Rangkaian

Blog dapat dijadikan medium untuk menyampaikan pesanan kepada pelanggan-pelanggan anda. Semakin kerap anda berkongsi cerita, maka semakin terkenallah anda dalam fikiran pelanggan.

Perkara sebaliknya akan terjadi jika anda tidak mengongsikan apa-apa pesan kepada pelanggan, iaitu mereka fikir anda sudah tidak beroperasi lagi. Blogger dapat terus menyemarakkan rangkaian hubungan antara penjual dengan pelanggan.

4. Permudahkan Langganan Email

Jika benar blogger sudah tidak relevan lagi, maka boleh dikatakan alat komunikasi iaitu email pun sudah tidak relevan lagi kerana tidak digunakan untuk keuntungan yang lebih. Seperti yang kita semua tahu, email boleh digunakan untuk berhubung dengan pelanggan dalam bentuk tulisan.

Memandangkan syarikat-syarikat besar masih sanggup membayar dan menggunakan perkhidmatan pemasaran email, ini secara langsung akan memerlukan peranan blogger sebagai penulis konten di halaman pengumpul email syarikat, supaya dapat menangkap perhatian pelanggan-pelanggan mereka.

5. Link ke blog lain

Blog dapat memberikan pelanggan banyak masa untuk mempertimbangkan produk anda. Anda boleh meletakkan seberapa banyak link testimoni pelanggan di dalam blog anda supaya keyakinan pelanggan terus menerus bertambah seiring dengan kekerapan anda mengemaskini blog anda.

6. Membahas Topik Secara Mendalam

Pelanggan mahukan penjelasan yang lengkap mengenai produk anda. Mereka perlukan banyak sebab kenapa mereka perlu membeli produk anda. Mungkin anda berkata “Kita boleh gunakan Video”. Ya, itu betul. Tapi, pelanggan masih perlukan penjelasan dalam bentuk tulisan. Sama seperti anda mahukan “Subtitle” ketika menonton filem kegemaran anda.

Selain itu, huraian yang Panjang juga membantu anda mendapatkan pelanggan yang setia. Mengikut pengalaman saya, jika kita dapat memenangi hati pelanggan dengan menyampaikan maklumat dalam 100 patah perkataan. Biasanya, mereka hanya bertahan sebagai pelanggan anda dalam masa yang singkat. Berbanding dengan pelanggan yang menerima anda selepas menyampaikan maklumat dalam 1,000 patah perkataan.

Maknanya disini, semakin banyak cerita, semakin banyaklah sebab pelanggan untuk membeli produk anda. Dan, salah satu cara untuk mengongsikan banyak cerita ialah dengan menjadi Blogger.

7. Data Internet Rendah

Tidak semua pelanggan anda mempunyai data internet yang banyak. Ada antara mereka yang tidak menonton video kerana risau akan kehabisan data. Anda boleh membantu pelanggan-pelanggan ini untuk mempertimbangkan kehebatan produk anda melalui blog anda.

8. Konten Kekal dalam Blog

Konten yang anda tulis diblog akan kekal selagi anda tidak memadamnya. Tidak seperti media sosial yang popular seperti Youtube, Facebook, Instagram dan Twitter yang bila-bila masa saja dipadam oleh pemiliknya. Dengan blog, konten anda akan kekal dan boleh diakses dalam arkib blog seperti yang anda boleh lihat pada blog saya ini.

9. Penjualan Lembut Berinfomasi

Anda mungkin tidak selesa untuk mengucapkan “Beli sekarang” kepada setiap pelanggan yang ditemui. Penjualan melalui blog dapat membantu anda menjual secara lembut kepada pelanggan anda. Salah satu sebab kenapa saya lebih suka menjadi Blogger berbanding Vlogger ialah kerana saya tidak selesa untuk menyebut ayat-ayat penjual seperti “Dapatkan sekarang” dan sebagainya. Jika anda mempunyai kekurangan@kelebihan seperti ini, maka Blogger adalah relevan untuk anda.

10. Google Perlukan Pakar

Google perlukan orang-orang pakar untuk menyediakan konten bagi memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan-pelanggan mereka. Melalui penulisan blog, anda mungkin dapat menarik perhatian Google untuk menyediakan konten yang berkaitan dengan kepakaran anda.

Untuk pengetahuan anda, Google tidak terlalu menumpukan perhatian pada penghasilan konten. Kerja mereka hanya untuk mencari konten terbaik dan memberikannya kepada pelanggan mereka. Oleh itu, jika anda pakar tentang sesuatu, tulislah kepakaran anda dalam sebuah blog khas supaya Google mengenalinya dan memberikan kedudukan yang lebih baik dalam enjin carian mereka.

11. Pelengkap Penghasilan Video

Sebelum anda menjadi Vlogger, berlatihlah menyusun kata-kata melalui artikel dalam blog anda. Jangan sampai, sudah berada didepan kamera, Bahasa menjadi kurang jelas kerana masej yang ingin disampaikan tidak disusun dengan baik.

Saya pernah melihat bagaimana seorang Youtuber menyusun kata-katanya dalam videonya. Dia menulis dalam sebuah buku, dan membacanya ayat demi ayat hingga menjadi satu video yang sangat menarik.

Youtuber yang saya maksudkan itu ialah Aaron Marino. Katanya “Gentlemen, every video starts the same place, with a journal.” Anda boleh melihat video tersebut di channelnya alpha m.

Jika pada masa depan anda mahu menjadi Youtuber, saya cadangkan anda mulakan dengan menjadi Blogger supaya anda boleh belajar menyusun ayat untuk menyampaikan masej kepada pelanggan-pelanggan anda.

Kesimpulan

Inilah informasi terbaru yang menunjukkan Blogger masih lagi relevan pada masa ini. Semoga selepas ini, anda tidak lagi ragu-ragu untuk memulakan dan mengembangkan blog anda. Sekarang fokus untuk membawa lebih banyak pelawat melawat ke blog anda.

Saya harap artikel ini dapat memberi manfaat kepada anda. Sekiranya Ya, saya mohon anda bantu saya untuk menyebarkan artikel ini kepada rakan-rakan anda yang ingin menjadi blogger atau Youtuber supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu.

Silakan subscribe di blog ini melalui halaman Subscribe supaya saya boleh menghantarkan notifikasi artikel baru ke email anda. Sekian sahaja untuk hari ini, selamat berblog.

Gambar Ivan Samkov

Sumber

https://nealschaffer.com/are-blogs-still-relevant-in-2019/
https://www.themuse.com/advice/is-blogging-still-important
https://financialwolves.com/are-blogs-still-a-thing/
https://www.oozlemedia.com/its-2019-is-blogging-still-a-thing/
https://www.hallaminternet.com/measuring-blog-relevancy-and-effectiness/

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel