Aset 100 Jam

Kita pasti pernah mendengar "Masa itu Emas". Dan setiap kita masing-masing diperuntukkan 24 jam sehari. Katakanlah 1 masa adalah bersamaan 1 emas, kita pasti gembira kerana mendapat 1 emas setiap jam.

Emas dapat menjadi aset untuk menambahkan kekayaan kita. Umumnya hanya orang yang mampu sahaja dapat memiliki emas. Bagaimana pula dengan orang yang kurang mampu? Kita mungkin tidak mempunyai emas, tapi kita mempunyai masa.

Jika kita melabur 100 jam pada Kemahiran yang mahal, ia akan menjadi aset pada masa depan. Dalam dunia ini ada banyak kemahiran yang memberikan pulangan yang tinggi. Sebagai contoh, Kemahiran Mengaturcara Majilis, Kemahiran Konten Pemasaran, Kemahiran Membina Website, Kemahiran Melabur Saham, Kemahiran Melukis dan banyak lagi.

Kita hanya perlu pilih, kekal dan berkembang dengannya sehingga menjadi aset 1000 jam. Bagaimana caranya? Mulalah dengan menulis dan merekod kaedah-kaedah efektif untuk menyelesaikan masalah berkaitan kemahiran tersebut kemudian mengongsikannya kepada umum sama ada melalui website atau buku.

Melabur 20jam - 30jam seminggu akan meletakkan anda kedudukan yang baru dalam kategori yang berkaitan. Usaha ini bukan saja menguntungkan malah akan memberikan faedah pada generasi akan datang.

Rujukan The 100 hour asset

Aset 100 Jam


Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel