3 Cara Blogger Untuk Tidak Bergantung Pada Promosi

Promosi merupakan salah satu aspek penting untuk meningkatkan pelawat ke blog anda. Tapi bagaimana kalau anda tidak mempunyai masa untuk promosi, atau benci untuk mempromosikan blog, atau masa yang ada pun hanya cukup untuk menulis.

Mungkin anda mempunyai karakter ego yang tinggi, yang mana anda benci untuk merayu-rayu meminta rakan-rakan datang ke blog anda. Biasanya, sifat ini ada pada blogger pemula, tapi jangan salahkan mereka kerana mereka mesti melalui perkara itu untuk mendapat pengalaman yang berguna satu hari nanti.

3 Cara Blogger Untuk Tidak Bergantung Pada Promosi

Bagi anda yang tidak mahu bergantung pada promosi blog, artikel ini mencadangkan 3 cara yang akan diterangkan lebih terperinci demi untuk kemajuan blog anda. Mari semak cara-cara tersebut:

1. Mengamalkan SEO

Search Engine Optimization (SEO) adalah proses meningkatkan kualiti dan kuantiti trafik ke website dari enjin carian. Ia adalah proses mengoptimumkan konten online anda sehingga enjin carian menyukai dan menunjukkannya sebagai hasil teratas untuk carian kata kunci tertentu.

Dengan mengamalkan SEO, anda tidak perlu bergantung penuh pada promosi kerana SEO dapat memberikan traffik yang dikenali sebagai hasil carian"semula jadi" atau "organik.

Anda tidak perlu membayar untuk mendapatkan banyak trafik. Pelawat akan datang sendiri kerana Enjin carian mencadangkan konten anda yang telah ditulis mengikut amalan SEO.

Adakah SEO senang untuk dipelajari? SEO tidaklah sukar untuk dipelajari. Yang harus anda lakukan hanyalah kerelaan dalam memperuntukkan masa dan usaha yang diperlukan untuk mempelajari pelbagai konsep SEO.

Untuk memudahkan anda memahami secara praktikal, silakan baca 16 Langkah Untuk Blogger Menulis Artikel Terbaik di Google. Dalam artikel ini, saya telah menyusun langkah-langkah untuk menulis artikel yang patuh SEO. Tidak cukup dengan amalan SEO? Teruskan membaca kerana masih ada dua lagi cara.

2. Menjadi Konsisten

Seseorang yang konsisten selalu berkelakuan dengan cara yang sama, mempunyai sikap yang sama terhadap orang atau benda, atau mencapai tahap kejayaan yang sama dalam sesuatu. Contoh konsisten adalah bangun pada pukul tujuh setiap pagi.

Dalam dunia blogging, ada juga blogger yang terkenal kerana sikap konsistennya. Dia konsisten untuk menerbitkan satu artikel setiap hari. Mungkin anda juga turut mengenal dia. Insan yang saya maksudkan itu ialah Set Godin.

Saya hampir tidak dapat melihat kelebihan yang ada pada dirinya dengan sekali pandang. Semenjak saya tahu yang dia sangat konsisten menerbitkan artikel di blognya, saya tertanya-tanya bagaimana dia melakukannya? Bagaimana idea penulisannya begitu lancar hingga mampu menerbitkan satu artikel setiap hari?

Mungkin, anda melihat tiada apa yang hebat tentang apa yang dia lakukan, tapi ia sangat bermakna bagi saya kerana inilah definisi kejayaan iaitu apa yang kita lakukan setiap hari.

Dari sudut pandang yang lain, orang akan sentiasa mengetahui ada sesuatu yang baru yang diterbitkan setiap hari di blog kita, dan itu akan membawa mereka melawat ke blog kita. Mungkin bukan hari ini, bukan juga esok, atau minggu depan, atau bulan depan, atau tahun depan, atau 10 tahun akan datang, kita tidak tahu bila, tapi yang pasti pelawat pasti akan datang.

Ada 4,929,926,187 pengguna internet di dunia dan 26,353,017 dari jumlah itu berada di Malaysia. Adakah anda masih ragu-ragu dengan cara ini untuk mendapat lebih ramai pelawat?

3. Menjadi berNilai

Nilai seseorang blogger dapat menarik banyak pelawat secara konsisten. Persoalanya, bagaimana untuk meningkatkan nilai anda sebagai blogger? Caranya mudah iaitu mengejar idea, program dan latihan yang satu atau dua atau tiga langkah melebihi tahap pemahaman anda sekarang.

Ingat, anda selalu akan kehilangan wang, tapi anda tidak akan kehilangan pengetahuan atau kemahiran. Salah satu ciri orang profesional yang bernilai ialah mereka yang sanggup melabur dalam diri mereka.

Biasanya pelaburan yang sering dilakukan adalah seperti melancong, membeli peralatan canggih dan pakaian-pakaian cantik, itu adalah jenis pelaburan yang dapat memotivasikan kita untuk berkerja lebih keras dan bijak untuk memperoleh apa yang diinginkan.

Dalam artikel ini, saya ingin mengongsikan kepada anda pelaburan yang tidak dapat diambil oleh sesiapa pun sampai akhir usia. Tapi sebelum itu, mari saya kongsikan dahulu;

Apa itu pelaburan diri? Pelaburan diri bermaksud anda mengejar idea, program dan latihan yang merupakan satu atau dua atau tiga langkah melebihi tahap pemahaman anda sekarang. Ini bermaksud anda merancang pengembangan profesional anda sendiri.

Melabur dalam diri anda bermakna anda tidak membiarkan perkembangan profesional anda mengikut kehendak orang lain - atau kehendak dan rasa pilihan anda sendiri.

Apa contoh pelaburan diri? Inilah contoh pelaburan diri yang tidak dapat diambil oleh sesiapa pun sehinggalah anda menghembuskan nafas hidup yang terakhir.

1. Menonton Video pendidikan (Percuma atau berbayar)
2. Membeli dan membaca buku
3. Menempatkan diri dalam persekitaran yang betul

Ini bermaksud menyingkirkan pengaruh buruk dalam hidup anda. Pelaburan dalam diri menyebabkan anda akan kehilangan wang, tapi ingat, anda tidak akan kehilangan pengetahuan atau kemahiran.

Pelaburan diri dilengkapi dengan keselamatan yang tidak akan pernah dihancurkan, dan nilainya sangat mahal, lebih mahal dari emas, kerana ia dapat membangunkan anda, ketika jatuh. Bonusnya ialah orang akan sentiasa mencari-cari maklumat tentang anda, dengan itu, pasti blog anda akan selalu dibanjiri pelawat.

Kesimpulan

Inilah informasi terbaru dari blog ini yang dapat membantu anda menjadi blogger yang tidak terlalu bergantung pada promosi. Semoga selepas ini, anda akan mengamalkan SEO, menjadi konsisten, dan menjadi lebih bernilai melalui latihan yang lebih kerap.

Diharapkan artikel ini dapat memberi manfaat kepada anda, dan sekiranya IYA, kongsikan kepada rakan-rakan blogger anda yang lain supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu.

Anda juga boleh subscribe blog saya ini melalui halaman Subscribe supaya saya boleh menghantar pemberitahuan artikel baru ke email anda. Sekian sahaja untuk hari ini, semoga bermanfaat.

Gambar Austin Distel

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel