Cara membuat Sitemap XML untuk Blogger.com

Meningkatkan trafik atau  pelawat merupakan impian bagi kebanyakkan blogger. Hinggakan ada yang terfikir untuk membayar iklan secara konsisten demi untuk meningkatkan trafik ke blog mereka. Bagi yang mempunyai kemampuan, ya, pasti tidak menghadapi masalah peruntukan untuk memasang iklan.

Bagaimana pula dengan blogger yang tidak cukup modal untuk iklan? Ya, salah satu cara (bukan dua, bukan tiga) untuk mendapat banyak trafik ialah menggunakan setiap pengetahuan SEO yang dimilikinya.

Saya telah menulis artikel berkenaan dengan tabiat menulis yang SEO sebelum ini. Anda boleh membacanya di artikel 16 Langkah Untuk Blogger Menulis Artikel Terbaik di Google

Untuk penulisan saya kali ini akan mengajar anda membuat sitemap untuk platform Blogger. Ini kerana, saya menyedari akan kepentingan sitemap dalam dunia internet. Saya belajar dan mencari lebih banyak tips yang ada di Internet dan akhirnya dengan pengetahuan yang sedikit ini saya kongsikan dengan anda.

Saya mulakan cerita Sitemap ini dengan memberikan anda definisinya. Sitemap adalah fail atau laman web di mana webmaster menyenaraikan jumlah catatan dan halaman yang terdapat di website mereka.

Tujuan Sitemap dibuat

Sitemap bertujuan untuk memberi petunjuk dan memberitahu Bots atau Web Crawler mengenai susunan konten yang ada di blog anda,  yang membantu konten website anda diindeks, dan diletakkan pada kedudukan yang releven dalam enjin carian.

Web Crawler adalah suatu program atau script automatik yang relatif simple, yang dengan cara tertentu melakukan scan atau “crawl” ke semua halaman-halaman Internet untuk membuat indeks dari data yang dicarinya.

Bot pula adalah aplikasi perisian yang diprogramkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu secara automatik dan pantas dari manusia.

Sitemap boleh didapati dalam format HTML atau XML yang berisi semua link dalaman (bukan link luaran), yang diterbitkan sama ada catatan atau halaman, dan dapat diakses di website atau Blog anda.

Tapi ingat, Sitemap XML dibuat untuk Crawlers atau Bots, manakala Sitemap HTML dibuat untuk tujuan memudahkan pelawat blog anda memilih sendiri artikel yang menarik untuk dibaca.

Anda tidak tahu bila Pelawat, atau Crawlers, atau Bots akan melawat blog anda, mungkin pagi, mungkin tengah hari, atau mungkin malam. Disebabkan itu, anda perlu lakukan sedaya-upaya untuk menyediakan sitemap demi untuk kejayaan blog anda.

Cara membuat Sitemap XML untuk Blogger.com

Cara membuat Sitemap XML untuk Blogger.com

Sitemap Default Blogger.com

Untuk pengetahuan anda, semua Blog yang dibuat dan didaftarkan di Blogger.com mempunyai Sitemap RSS  dan atom XML secara default. Tapi, terdapat masalah dengan Sitemap default ini, kerana Sitemapnya hanya akan mempamerkan 25 catatan blog yang terbaru anda. Anda boleh melihat Sitemap default anda dari sini. Gantikan "santrosondy" dengan nama blog anda.

https://www.santrosondy.com/atom.xml?redirect=false

Untuk membuat sitemap XML versi Default Blogger.com, anda hanya perlu mengedit URL yang saya kongsikan diatas ini. Supaya, ia dapat menyerlahkan semua catatan dan halaman Blog anda kepada bots dan Crawlers web.

Sebelum itu, anda kena tahu berapa artikel yang anda telah terbitkan di blog anda. Selepas itu, gunakan URL yang releven dengan jumlah artikel yang anda ada.

500 Artikel

Jika anda sudah mempunyai 500 artikel, anda boleh menggunakan URL ini sebagai Sitemap blog anda. Jangan lupa untuk mengantikan URL anda. 

https://www.santrosondy.com/atom.xml?redirect=false&start-index=1&max-results=500

1000 Artikel

Sekiranya anda sudah mempunyai lebih dari 1000 artikel, gunakan URL di bawah ini untuk dihantar ke dalam enjin carian.

https://www.santrosondy.com/atom.xml?redirect=false&start-index=1001&max-results=500

1500 Artikel

Sekiranya anda sudah mempunyai lebih dari 1500 artikel, gunakan URL di bawah ini untuk dihantar ke dalam enjin carian. Jangan lupa mengantikan URL saya kepada URL anda.

https://www.santrosondy.com/atom.xml?redirect=false&start-index=1501&max-results=500

2000 Artikel

Wow, jika anda sudah mempunyai artikel seperti ini, saya pasti blog anda sudah dikategorikan sebagai blog besar dan mempunyai ramai pelawat. Tahniah. Sekiranya anda sudah mempunyai 2000 artikel, gunakan URL di bawah ini untuk dihantar ke dalam enjin carian. 

https://www.santrosondy.com/atom.xml?redirect=false&start-index=2001&max-results=500

2500 Artikel

Terima kasih kerana masih mengambil berat tentang Sitemap blog anda walaupun anda sudah mempunyai ramai-ramai pelawat setiap hari. Saya bangga dengan anda. Nah, URL ini adalah untuk anda yang sudah mempunyai 2500 artikel.

https://www.santrosondy.com/atom.xml?redirect=false&start-index=2501&max-results=500

Penting untuk difikirkan

Saya pasti anda perasaan pada perubahan setiap nombor yang ada dalam URL ini. Ya, betullah apa yang anda fikirkan, ia berubah bergantung pada jumlah artikel yang ada dalam blog anda. Jadi selepas ini, rajin-rajinlah untuk menulis lebih banyak artikel.

Kenapa? Bot atau Crawlers sentiasa lapar. Sebagai blogger, andalah yang memberikanya makan. Lebih banyak makanan yang anda berikan, maka lebih gembiralah mereka, dan mereka akan senang untuk menghantar lebih banyak pelawat ke blog anda. 

Berikan mereka makanan yang penuh dengan khasiat yang terbaik iaitu dengan menulis artikel yang penuh dengan maklumat dan berkualiti untuk pekerjaan mereka iaitu membekalkan maklumat pada pencari dalam enjin carian mereka.

Sitemap XML bagi Blogger.com

Mungkin anda tidak yakin dengan sitemap default yang ditunjukkan diatas. Tambahkan lagi keyakinan anda dengan menambahkan URL di bawah ini pada akaun Google Search console (sebelum ini Webmaster Tools) anda. Seperti biasa, jangan lupa gantikan "santrosondy" dengan nama blog anda.

https://www.santrosondy.com/sitemap.xml

Sitemap tambahan

Sebenarnya dengan satu sitemap diatas ini saja sudah cukup, tapi untuk lebih meyakinkan lagi sila masukkan juga sitemap tambahan ini.

https://www.santrosondy.com/atom.xml
https://www.santrosondy.com/feeds/posts/default?orderby=updated

Hantar Sitemap XML ke Google Search Console

Setelah mempunyai sitemap sendiri, langkah seterusnya ialah menghantar sitemap anda ke sesebuah enjin carian. Tapi, dalam artikel ini, saya hanya akan menunjukkan cara untuk hantar sitemap ke Google Search Console. Berikut adalah langkah-langkah untuk menghantar sitemap XML anda ke enjin carian Google.

1.Login ke Google Search Console
2.Pilih Index, kemudian pilih Sitemaps
3. Masukkan Sitemap XML pada "Add a new sitemap"

Jika artikel anda masih dibawah 100 maka pengindeksan akan mengambil masa beberapa jam saja, tapi jika artikel anda banyak, Google akan melakukan pengindeksan selama 24 Jam dari masa anda berjaya mendaftarkan Sitemap di Google Search Console.

Kesimpulan

Inilah informasi terbaru yang dapat membantu anda membuat sitemap XML. Bagi blogger yang menggunakan platform Blogger, saya harap artikel ini termasuklah contoh Crawler lapar yang saya kongsikan tadi dapat membantu meningkat dan memotivasikan anda menulis hingga menjadi blogger Malaysia yang berjaya.

Walaupun topik sitemap ini bukan carian yang menjadi trend pada masa ini, saya mahu menulis tentangnya kerana ianya penting untuk kejayaan anda sebagai blogger. Sitemap blog anda dapat memberikan pengalaman yang indah pada Crawler atau Bots enjin carian.

Ingin tahu informasi berkenaan berkaitan Sitemap XML, anda boleh lihat di sini Prime Write. Jika anda mempelajari sesuatu dari artikel ini, sila kongsikannya kepada rakan-rakan blogger anda supaya mereka juga dapat menjadi blogger berjaya seperti anda.

Setakat itu saja berita terkini dari blog saya, semoga bermanfaat dan selamat mencuba. Oh satu lagi, jangan lupa untuk subscribe dalam senarai email saya melalui halaman Subscribe.

Gambar fumingli.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel