5 Perkara Yang Harus Anda Ketahui Mengenai Blogger

Pasti sudah ramai yang tahu hasil kerja blogger ialah catatan atau artikel tentang kehidupan atau hobi mereka yang ingin dikongsikan kepada dunia melalui internet. Tapi, tahukah kamu bahawa untuk menghasilkan sebuah catatan itu memerlukan beberapa proses yang konsisten?

Blogger-blogger seperti Darren Rowse, Seth Godin, Suraya dan Leo Babauta mempunyai rutin-rutin yang membawa kepada kejayaan blog mereka dalam kalangan peminat mereka sekarang. Apa yang saya lihat pada mereka hanyalah perkara umum yang turut menjadi tabiat dalam kalangan blogger-blogger yang lain.

Lima Perkara Yang Harus Anda Ketahui Mengenai Blogger

Dan pada hari ini, saya akan mengongsikan 5 perkara yang anda harus tahu mengenai Blogger, mari semak huraiannya lebih lanjut.

1. Menulis Setiap Hari

Beberapa minggu sebelum ini saya rajin membaca artikel dari seorang blogger Indonesia. Nama blogger tersebut ialah Timon Adiyoso. Ketika membaca artikel yang dia tuliskan, saya bertanya pada diri saya, bagaimana dia dapat menerbitkan artikel setiap hari.

Saya menyimpan persoalan ini dalam fikiran saya, dan membiarkan minda separa sedar saya mencari jawapannya. Sebelum artikel ini diterbitkan, saya mendapat jawaban kepada persoalan saya sebelum ini tentang bagaimana untuk menerbitkan artikel setiap hari.

Jawaban yang saya perolehi ini bersesuaian dengan logik dan kemampuan saya iaitu Menulis 250 patah perkataan sehari. Dari situ, saya menulis setiap hari untuk memastikan idea penulisan tidak terputus. Dan bagi memastikan blog saya terkemaskini setiap hari, saya memperuntukkan 3-4 jam pada waktu malam untuk menyiapkan artikel supaya sedia untuk diterbitkan.

2. Membaca Meningkatkan Kemahiran Menulis

Saya menetapkan masa untuk bercakap dengan teman wanita saya setiap hari. Dalam perbualan, kami sering bercakap-cakap tentang aktiviti yang dilakukan sepanjang hari. Kadang-kadang kami bercakap tentang pekerjaan, wang, dan berita-berita sedih dalam kehidupan masing-masing.

Dan ada satu masa, kami sampai ke topik aktiviti penulisan blog. Saya mengatakan semangat saya pada teman wanita saya yang saya ingin menulis 1,000 patah perkataan setiap sehari. Saya akan memberikan banyak makanan kepada enjin carian dengan menulis artikel 1,000 patah perkataan sehari.

Dan reaksi yang dia berikan pada saya sangat tertanam dalam fikiran dan minda saya, iaitu “Kena banyak membaca untuk menulis sebanyak itu”. Dan mulai dari itu, saya kembali bersemangat membaca setiap hari walaupun hanya 10 minit.

3. Mempromosikan hasil penulisan

Sejak beberapa hari kebelakangan ini, saya agak malas untuk mempromosikan hasil tulisan saya. Walaupun saya tahu ianya penting untuk perkembangan blog saya, semangat promosi itu pudar dalam diri saya.

Tapi ada sesuatu yang berlaku selepas itu. Tahukah kamu apa yang berlaku? Saya pergi ke Twitter dan membaca status yang dipostkan oleh orang-orang yang saya minati. Hampir semua orang yang saya Follow adalah orang yang mempunyai pengikut lebih dari 10 ribu. Salah seorang daripadanya ialah Seth Godin.

Pada masa itu saya melihat Tweet dari Seth Godin, saya terpegun dan tertanya dalam hati “Apa ini?”. Sebab Tweetnya terlalu mudah untuk ditiru. Iaitu, Tajuk artikel dan link sahaja. Jadi, dari sini saya membuat pemahaman saya sendiri bahawa profil sosial media kita perlulah dipenuhi dengan hasil tulisan kita.

Alasanya mudah iaitu supaya rangkaian kita tahu apa yang kita suka lakukan. Sudah tentu, salah satunya ialah menulis blog. Itulah cara natural untuk mempromosikan blog.

4. Mengharapkan Kejayaan Jangka Panjang

Tahun ini saya telah membaca habis buku “Think and Grow Rich” buat kedua kalinya. Pada bacaan kedua ini, saya terkesan dengan satu kisah yang memberi impak besar kepada saya iaitu kesabaran untuk menunggu peluang terbuka bagi mencapai matlamat yang diinginkan.

Dalam satu bab di buku Think and Grow Rich, ada kisah tentang keinginan seorang usahawan untuk mengadakan perkongsian dengan pereka terkenal iaitu Thomas Edison. Nama orang ini ialah Edwin C. Barnes. Dia mulakan dengan keinginan yang kuat untuk berada disamping Thomas Edison,  dia lakukan segala-galanya sebelum dan selepas dia gagal pada perbincangan perkongsian pertama dengan Edison.

Walaupun gagal, Edwin diterima untuk berkerja di pejabat Thomas Edison, dengan gaji yang sedikit, kemudian melakukan kerja yang tidak penting bagi Edison. Tapi, Barnes masih melihat itu sebagai peluang untuk memperlihatkan “Barang Dagangannya” iaitu untuk mengadakan perkongsian dengan Edison.

Barnes tetap juga gagal. Namun, disebabkan keinginan Barnes terlalu kuat, akhirnya dia melihat satu peluang untuk membuatkan Edison bersetuju untuk membuat perkongsian dengan Barnes. Saya menggunakan kisah ini untuk memotivasikan diri saya untuk terus berusaha mencapai semua matlamat saya.

Sebab itu saya terus menulis, sambil berharap peluang akan terbuka apabila sampai pada masanya. Peluang pasti akan terbuka dan kejayaan akan menutup semua kekecewaan sebelum ini.

5. Bergaul dalam Komuniti yang Betul

Saya tidak berapa mahir untuk berkenalan dengan orang baru walaupun ianya melalui media sosial. Namun, setelah mengaktifkan diri dalam penulisan, saya sedikit demi sedikit menjadi yakin untuk berkenalan dengan orang lain.

Saya fikir saya telah memulakan usaha perkembangan saya dengan betul iaitu dengan bergaul dalam komuniti yang betul. Walau pencarian komuniti yang betul itu tidak senang, anda perlu terus berusaha kerana komuniti yang Betul akan mempercepatkan langkah anda untuk mencapai kejayaan dalam dunia blogging.

Ada banyak sebab kenapa kita perlu bergaul dalam komuniti yang betul, tapi dalam artikel ini, saya hanya menyampaikan satu sahaja kenapa perlunya bergaul  dalam komuniti blogger.

Dengan bergaul dalam komuniti yang betul, saya tidak perlu risau dengan nada penulisan saya yang janggal kerana saya yakin rakan-rakan blogger yang ada dalam group itu juga pernah melalui keadaan yang sama.

Jadi, saya akhirnya menyertai group Blogger yang ada di Facebook dan sehingga kini, group ini memberikan saya perasaan positif tentang blogging.

Kesimpulan

Inilah informasi terbaru yang dapat membantu anda mengenali siapa Blogger ini. Semoga selepas ini, anda mempunyai lebih banyak jawapan apabila ditanya soalan tentang Apa yang anda tahu tentang Blogger.

Saya ingin mengulang kembali 5 Lima Perkara Yang Harus Anda Ketahui Mengenai Blogger iaitu Menulis Setiap Hari, Membaca Meningkatkan Kemahiran Menulis, Mempromosikan hasil penulisan, Mengharapkan Kejayaan Jangka Panjang dan Bergaul dalam Komuniti yang Betul.

Cukuplah dengan memberikan kelima-lima isi dalam artikel ini sebagai skema jawapan anda dan jika mereka mahu membaca lebih lanjut, arahkan mereka ke blog ini.

Saya harap artikel ini dapat memberi manfaat kepada anda. Dan bantu saya untuk menyebarkan artikel ini kepada rakan-rakan blogger anda supaya mereka bersemangat untuk menulis seperti pada mula-mula mereka masuk dalam dunia blogging.

Anda juga boleh subscribe di blog saya ini melalui halaman Subscribe supaya saya boleh menghantar pemberitahuan artikel baru ke email anda. Sekian sahaja untuk hari ini, semoga bermanfaat.

Gambar Andrea Piacquadio

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel