Kelebihan Blogger Yang Menulis 250 Patah Perkataan Sehari

Saya mulakan perubahan pada hari ini 10 Disember 2020 untuk menulis 250 patah perkataan sehari. Saya bertuah kerana melihat Tweet Andrea Bosoni di Twitter yang memotivasi dan menginspirasi saya untuk memperbaiki rancangan saya pada tahun 2021. Berikut inilah Tweet itu;

"No marketing budget? Starting writing.
- If your write 250 words/day
- Every year you'll publish 50 posts
- If each post brings your 10 visits/day
- Every year you'll have 200,000 traffic
- If your traffic converts 1%/day
- Every year you'll get 2,000 customers"

Selepas melihat Tweet ini, keinginan saya untuk berjaya dalam penulisan terus meningkat. Keinginan yang kuat inilah yang menyanggupkan saya untuk menulis artikel 250 patah perkataan setiap hari.

Perbezaan komitmen Sebelum Ini

Sebelum ini, saya hanya sanggup menulis 100 patah perkataan sehari. Sekarang, saya akan meningkatkan lagi kapasiti penulisan saya menjadi 250 patah perkataan sehari.

Kalau anda mengkaji Tweet ini, anda akan dapat seperti ini; Andrea Bosoni menerbitkan 1 artikel setiap 7 hari. Setiap artikel mempunyai 1,750 patah perkataan.

Pada masa ini, saya masih merasa susah untuk menulis 250 patah perkataan. Tapi, demi untuk mencapai matlamat yang ditetapkan, saya akan lakukan ini setiap hari.

Perasaan ini agak sama ketika saya membiasakan diri untuk menulis 100 patah perkataan sehari. Ia membuat saya berfikir keluar dari zon selesa saya.

Syukurlah ada Penasihat ajaib yang memberikan saya kesanggupan untuk menulis sebanyak ini dan Evernote yang bertanggungjawab memberitahu saya jumlah patah perkataan semasa saya menulis.

Apa yang pasti, tahun 2021 ini akan menjadi lebih baik kerana saya akan menghidupkan tabiat yang lebih baik dari tahun 2020. Ini adalah New Normal untuk Saya. Bagaimana dengan anda?

Pendapatan dengan 2,000 pelanggan Setahun

Selepas mengetahui jumlah pelanggan, selalunya saya suka meletakkan harga $1 bagi setiap pelanggan yang saya dapat. Tipsnya ialah menjual produk atau e-book orang lain. Cara untuk melakukannya pun senang iaitu dengan menulis dan menerbitkan artikel pendek secara konsisten.

2,000 orang pelanggan, bermakna $2,000 setiap tahun. Jika ditukarkan kepada ringgit malaysia, maka hasilnya ialah RM8,128.

Kelebihan Menulis artikel 250 Patah Perkataan sehari

Menulis 250 patah perkataan dalam sehari dapat melatih anda untuk menerangkan isi-isi termasuklah pengenalan, Isi utama dan penutup. Selain isi utama , pengenalan juga sangat penting kerana dapat mengeluarkan rasa ingin tahu setiap pembaca supaya terus membaca artikel yang anda terbitkan.

Anda boleh melihat Contoh Ayat Pengenalan untuk Artikel dari blogger-blogger yang terkenal. Kemudian berlatih untuk menyusun ayat hingga mencapai 250 patah perkataan.

Itulah kelebihan menulis 250 patah perkataan dalam sehari. Walaupun ianya sedikit, tapi ia memberikan anda kuasa untuk memperbaiki kemahiran menghurai anda. Sampai itu sahaja untuk artikel hari ini, semoga bermanfaat.

P/s: Anda akan menjadi lebih baik jika dapat menulis lebih dari 250 patah perkataan sehari.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel