3 Promosi Mudah Yang Mesti Dicuba Blogger

Promosi dapat menghidupkan peranan blog sebagai penjana pendapatan sampingan di internet. Ada ramai yang sanggup melakukan pelaburan besar untuk tujuan promosi kerana mereka berkemampuan.  Bagi yang kurang berkemampuan, anda boleh cuba 3 cara ini.

1. Branding

Cara promosi ini lebih lembut kerana tidak meminta pelanggan membeli produk secara langsung. Ia membantu memberitahu pelanggan bahawa kita ada untuk membantu menyelesaikan masalah tertentu mereka. 

2. Viral

Secara umumnya perkara yang viral perlu mempunyai ciri istimewa yang tersendiri. Bagi yang tiada ciri istimewa tersebut, bolehlah cuba AdViralizer. Dengan AdViralizer, blog boleh viral dalam kalangan individu yang mempunyai matlamat yang sama.

3. Sosial Media

Ramai orang yang meluangkan masa di media sosial untuk berhibur atau bekerja. Perkara yang umumnya kerap dilakukan ialah Scrolling sambil berharap dapat menemui sesuatu yang hebat. Pelawat blog kita mungkin ada dalam ramai-ramai individu ini. Oleh itu, Beritahu mereka.

Kejayaan blog adalah pasti bila kita mempunyai kuncinya. Dan kuncinya dapat ditemui bermula dari sifat konsisten dalam minda dan tindakan kita. 

3 Promosi Mudah Yang Mesti Dicuba Blogger

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel