7 Topik Yang Memudahkan Blogger Menulis Tajuk Artikel

Tajuk artikel dapat meningkatkan jumlah pelawat ke blog anda. Ini kerana, kebanyakkan dari pembaca suka membaca tulisan yang mempunyai tajuk yang menarik atau relevan dengan mereka. Cara untuk melakukannya mudah, hanya masukkan kata kunci berkenaan di tajuk artikel anda.

7 Topik Yang Memudahkan Blogger Menulis Tajuk Artikel


Bagaimana untuk menulis tajuk artikel menarik? Ini akan menjadi lebih mudah apabila anda menulis tentang 7 Topik yang saya akan huraikan secara ringkas dalam artikel kali ini. Tanpa membuang masa lagi, mari baca huraian artikel ini dengan lebih lanjut.

1. Istilah umum

Sebelum ini, saya tidak menjumpai blogger yang suka menulis tentang sesuatu istilah umum. Mungkin kerana saya belum mengerti apa itu Istilah Umum pada waktu itu. Setelah melakukan sedikit penyelidikan, saya menemui definisi istilah umum seperti berikut.

Istilah umum adalah suatu kata yang sudah menjadi unsur bahasa umum. Maksudnya, kata yang sudah diketahui dan diguna oleh ramai orang. Setiap bidang mempunyai istilah umum masing-masing, Sebagai contoh;

Bidang kehakiman - Prima facie, Alibi, Saman, dan waran.
Bidang farmasi - Alergi, Amfetamin, Anemia dan Artritis.

Pada pendapat saya, topik ini dapat membantu Blogger mengeratkan hubungan dengan pembaca kerana kita menyukai satu istilah yang sama. Sebagai contoh, Istilah Blogger, menyebabkan saya senang untuk berinteraksi dengan rakan-rakan dalam Group Blogger.

2. Jenama atau Produk

Topik ini dapat meningkatkan reputasi sesebuah blog ke tahap yang lebih tinggi. Kenapa saya katakan demikian? Sebab kita membahas tentang topik yang bernilai tinggi dimata masyarakat.

Sebagai contoh, Vlogger Australia Alexandra Mary Hirschi atau lebih terkenal sebagai Super Car Blondie, sering kali membuat video tentang kereta-kereta mahal, kini menjadi tumpuan syarikat-syarikat automotif besar untuk mempromosikan kereta mereka.

Kita boleh belajar dari situasi ini, yang mana kita hanya menulis tentang jenama yang mahal atau sudah terkenal dalam kalangan rakan-rakan kita. Sebagai contoh pakaian berjenama Adidas, Nike dan Puma.

Mungkin anda boleh menulis dalam bentuk Ulasan, Senarai, Tips dan Nasihat Pantas mengenainya supaya pelanggan-pelanggan setia bagi jenama-jenama ini sentiasa datang ke blog anda. Baca: 15 Jenis Artikel Yang Meningkatkan Trafik ke Blog Blogger

3. Peristiwa

Tidak ramai yang suka menulis tentang peristiwa, mungkin kerana ia mempunyai ciri-ciri subjek sejarah yang tidak berapa popular dalam kalangan anak-anak muda.

Tapi, saya melihat topik ini dapat membuatkan pembaca sukar untuk melupakan blog anda. Dan pembaca pasti akan datang kembali apabila mengingat peristiwa yang mungkin memberikan perasaan nostalgia kepada mereka.

Atau menulis tentang peristiwa yang mungkin berlaku pada masa depan, seperti yang dilakukan oleh Nostradamus iaitu pengarang ramalan yang paling terkenal di dunia.

Blogger yang banyak menulis tentang peristiwa lalu pasti dapat menjawab banyak soalan berkenaan "Bila" dan "Apa" yang berlaku pada masa itu. Manakala, Blogger yang banyak menulis tentang masa depan, mungkin sesuai untuk pembaca-pembaca yang ingin mengetahui masa depan.

4. Industri

Ada banyak industri yang menyediakan peluang untuk anda menjana pendapatan melalui blog. Dan setiap industri ini dapat diasingkan mengikut kategori topik yang disusun sendiri oleh Google Adsense.

Apabila blogger hanya menumpukan penulisan tentang satu topik, ia akan lebih mudah untuk mendapat kedudukan yang baik dalam enjin carian. Apalagi kalau anda pandai meletakkan tajuk pada artikel tulisan anda.

Selain itu, Topik seperti ini akan dapat menarik pembaca dari industri yang relevan dengan artikel anda. Sebagai contoh, pembaca dari Industri Kewangan akan rajin melawat ke blog anda apabila artikel anda mempunyai nilai yang dapat memenuhi kehendak dan keperluan mereka.

Dengan menajadi pakar dalam satu industri, anda mampu menjana lebih pendapatan, apa lagi jika anda terus-menerus belajar dan memberikan manfaat kepada pembaca-pembaca anda.

5. Lokasi

Selalunya topik ini banyak ditulis oleh Travel Blogger. Topik ini dapat membantu pembaca supaya tidak sesat ketika melawat di sesuatu tempat.

Jika anda menulis topik yang melibatkan lokasi, anda memerlukan kamera untuk memastikan pembaca dapat membayangkan keadaan sebenar seperti Artikel dari Blog Tekkaus ini.

Apabila anda menulis tentang lokasi yang menarik di tempat anda, pasti ramai yang akan melawat ke blog anda kerana orang-orang sekarang suka untuk melawat tempat-tempat yang menarik.

Dalam artikel anda jangan lupa untuk mengongsikan info-info seperti tempat makan, tempat menginap, jarak dari pusat bandar dan kemudahan pengangkutan. Oh satu lagi, pastikan bila menulis mengenai lokasi, masukkan juga nama tempat tersebut dalam tajuk artikel anda.

Sebagai contoh; 3 Perkara Menarik di Pasar Filipina, Sabah.; 5 Pemandangan Menarik di Bukit Broga, Selangor. dan 3 Perkara Hebat dalam Perpustakaan Raja Tun Uda.

6. Nama Orang

Ketika menulis tentang orang yang anda minati, bantu pembaca anda untuk mengetahui maklumat-maklumat yang umum seperti nama penuh, asal, hobi dan kepakaran.

Topik ini dapat membantu pembaca untuk mengetahui lebih lanjut mengenai individu yang mereka minati. Ingat! jangan lupa memasukkan nama orang dalam tajuk ketika menulis tentang mereka.

7. Kemahiran

Topik ini dapat membantu pembaca melihat lebih jauh tentang sesuatu kemahiran. Untuk makluman anda, menulis topik kemahiran berpotensi untuk membawa lebih banyak pelawat ke blog anda kerana kemahiran membantu individu menampung keperluan hidup mereka.

Sebagai contoh, anda menulis tentang kemahiran membaca, sertakan link-link buku atau video yang menarik berkenaan dengan aktiviti membaca. Ini akan membantu pembaca anda melihat lebih jauh mengenai kemahiran membaca dan bersemangat untuk terus berusaha berlatih menguasai kemahiran membaca.

Kesimpulan

Inilah informasi terbaru yang memudahkan Blogger memilih dan menulis tajuk pada artikel mereka. Selepas ini, anda akan dapat menulis tajuk dengan lebih pantas dari sebelumnya.

Saya harap artikel ini dapat memberi manfaat kepada anda. Sekiranya Ya, Bantu saya untuk menyebarkan artikel ini kepada rakan-rakan anda yang ingin menjadi blogger supaya mereka dapat menyediakan tajuk artikel mereka dengan cepat dan menarik.

Silakan subscribe di blog ini melalui halaman Subscribe supaya saya boleh menghantarkan notifikasi artikel baru ke email anda. Sekian sahaja untuk hari ini, selamat berblog.


Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel