10 Perkara Menarik Tentang Tarikh Akhir

Saya tertarik dengan perkataan Tarikh akhir yang membuatkan saya terfikir dan merasa seperti berikut;

1. Tarikh akhir membuatkan kita sedar yang kita perlu siapkan sesuatu.

2. Tarikh akhir membuatkan kita bersedia untuk menyiapkan sesuatu.

3. Tarikh akhir memberikan kita sebab untuk bergerak lebih cepat dari biasa.

4. Tarikh akhir memberitahu kita yang kita sudah berada di luar zon selesa kita.

5. Tarikh akhir membuatkan kita tidak selesa.

6. Tarikh akhir membuat kita sentiasa menghargai Masa.

7. Tarikh akhir adalah kunci kejayaan Nas Daily dan Seth Godin.

8. Tarikh akhir yang terbaik adalah dalam tempoh 24 jam kerana definisi kejayaan bagi saya ialah apa yang saya lakukan setiap hari.

9. Tarikh Akhir adalah batasan bidang masa yang sempit atau titik tertentu dalam masa untuk mencapai sesuatu objektif atau tugasan.

10. Dengan menetapkan Tarikh Akhir, kita boleh berjaya.

Deadlines are meant to be broken. And I just keep breaking them. - Sarah McLachlan

10 Perkara Menarik Tentang Tarikh Akhir

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel