10 Perkara Yang Bertambah Banyak dalam Hidup Kita

Kegagalan sementara yang berlaku dalam hidup kita kadang kala membuat kita lupa bahawa ada perkara yang bertambah banyak disebaliknya. Hari ini, saya akan mengongsikan 10 perkara yang akan tetap bertambah walaupun hidup kita ada jatuh dan bangunnya.

1. Umur

Memandangkan umur diukur mengikut tahun, maka setiap tahun umur kita akan meningkat 1 kali, walaupun pada hakikatnya umur kita meningkat setiap saat.

2. Kenalan

Semasa kita bergerak ke tempat lain, kita akan menemui orang baru yang sekurang-kurangnya mengetahui nama dan wajah kita.

3. Pengetahuan

Semasa kita mencuba, gagal dan berjaya. Pengetahuan kita akan bertambah hingga memberikan kesanggupan kepada kita untuk menjalani hidup dengan baik, teratur dan bijak.

4. Dosa

Manusia hidup dalam dunia yang berdosa, kecenderungan untuk jatuh dalam dosa adalah sangat tinggi, kerana dosa itu boleh jadi walaupun dengan berfikiran jahat kepada orang lain.

5. Kebaikan

Kita manusia masih ada pilihan untuk berbuat kebaikan, seperti kecenderungan kita berbuat dosa, kebaikan juga dapat bertambah dengan hanya berfikiran baik kepada orang lain, apalagi kalau sudah diamalkan melalui tindakan atau perbuatan.

6. Kemahiran

Setiap orang pasti ada kemahiran-kemahiran yang bertambah dalam diri mereka. Cuma ada yang menyedari dan ada yang tidak menyedarinya. Kenalpasti kemahiran tersebut untuk manfaat masyarakat yang ada di sekililing kita.

7. Keluarga

Walaupun ada keluarga kita yang akan pergi, tapi jangan lupa selagi ada yang namanya perkahwinan, keluarga kita akan bertambah.

8. Kos Hidup

Setiap wang yang dibelanjakan untuk memenuhi keperluan atau kemahuan sepanjang hidup kita akan bertambah-tambah jumlahnya dari tahun ke tahun. Pertambahan nilai ini hanya terhenti selepas kita mati.

9. Nilai Diri

Nilai diri kita dapat diukur dengan pelbagai cara, dan antara cara ukuran yang paling popular ialah Net Worth. Contohnya Net worth Warren Buffett adalah US$ 85.6 billion. Kita boleh juga mengukur nilai diri kita seperti apa yang dilakukan oleh Blogger Malaysia yang ada dalam senarai saya ini. Nilai diri kita meningkat bergantung pada impak yang kita buat ke dalam kehidupan orang lain.

10. Jarak Perjalanan

Selagi kita menggunakan kaki kita, jarak perjalanan kita akan bertambah-tambah setiap tahun. Jangan lupa terus berjalan kerana ia baik untuk kesihatan badan kita.

Itulah ulasan ringkas mengenai 10 perkara yang bertambah banyak dalam hidup kita. Diharapkan perkongsian ini dapat memberi manfaat pada kita semua. Ada banyak lagi perkara yang bertambah dalam hidup kita selain dari 10 yang saya kongsikan disini, cuma saya tidak melihatnya buat masa ini, mungkin anda dapat melihat dan menulisnya, jangan lupa mention blog ini.

Growth is the only evidence of life. - John Henry Newman

10 Perkara Yang Bertambah Banyak dalam Hidup Kita

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel