3 Pekerjaan Utama Blogger

Ramai yang sudah tahu apa pekerjaan utama blogger kerana saya pernah menulis tentang ini sebelum ini di artikel 16 Langkah Untuk Blogger Menulis Artikel Terbaik di Google. Namun, pada hari ini saya akan meringkaskan lagi apa yang dilakukan oleh para blogger. Mari semak huraian selanjutnya.

3 Pekerjaan Utama Blogger

1. Mencari

Para blogger sentiasa mencari maklumat menarik untuk dikongsikan kepada pembaca mereka. Kebanyakkan blogger suka melakukan ulasan tentang sesuatu produk atau perkhidmatan. Jadi, apa yang mereka lakukan ialah mencari sesuatu yang menarik dan boleh diulas mengikut cara mereka sendiri.

2. Menulis

Selepas mempunyai bahan menarik untuk diulas. Blogger pasti akan melalui proses menulis. Jika mereka tidak melalui proses ini maka mereka bukan seorang blogger. Umumnya, setiap kali blogger menulis mereka mesti mempunyai poin dan huraian tersendiri. Profesional blogger suka meletakkan poin mereka dalam bentuk Bold atau hitam tebal untuk membuatkannya lebih menonjol.

3. Menaik Taraf

Ada juga sesetengah blogger yang suka menaik taraf artikel lama agar maklumat dalam artikel tersebut lebih padat dan relevan dengan keadaan semasa. Ada masanya saya malas untuk menulis artikel baru, biasanya bila keadaan seperti ini berlaku, saya hanya akan menaik taraf artikel lama supaya nilai blog saya tetap meningkat setiap hari.

Inilah ulasan saya tentang pekerjaan utama blogger. Diharapkan kita dapat keuntungan dari artikel ini walaupun hanya ditulis dalam 205 patah perkataan sahaja. Untuk informasi lebih lanjut berkaitan gaya hidup, makanan dan gadget, anda boleh dapatkannya di Tekkaus.com.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel