Inilah sebabnya motto Blog-Traffic-Monetize dipilih

Motto Aaron Marion ialah "Life, Syle, Blogger.". Terinspirasi dari idola saya yang satu ini, maka muncullah motto Blog, Traffic, Monetize. Saya menyedari betapa pentingnya motto untuk jenama atau sesebuah organisasi. Kesan dari kesedaran ini, saya pun mencari dan akhirnya menemui motto yang sangat bermakna bagi saya. Berikut ini adalah huraian lanjut MOTTO blog ini.

Blog

Masa yang terhad membuatkan saya terfikir bahawa mengembangkan sebuah blog lebih senang daripada mengembangkan vlog. Apalagi kalau saya mahu lakukannya setiap hari. Saya ingin terbitkan konten setiap hari kerana orang akan bosan kalau terbitkan setiap jam. Saya juga mahu pelanggan mengingat saya setiap hari dengan menjarakkan masa kemunculan saya. Selain itu, saya juga baru belajar, dan idea penulisan saya pun tidak selalu muncul. Penerbitan sekali sehari akan memberikan saya lebih banyak masa untuk menunggu kemunculan idea untuk dikongsikan di blog ini. Saya sedar yang ada masanya saya sangat sibuk dengan diri sendiri, keluarga, kawan-kawan dan pekerjaan, disebabkan itulah saya memilih Blog supaya saya konsisten dalam menyumbangkan sedikit (walaupun 0.01%) dalam usaha setiap rakyat Malaysia mencapai matlamat hidup yang ditetapkan.

Traffic

Blog kita mesti mempunyai pelawat kerana itulah tujuan blog dibuat iaitu untuk dilawat oleh ramai orang. Ada 2 cara untuk pelawat dapat datang ke blog kita iaitu Secara Organik dan Secara Referral. Untuk meningkatkan pelawat secara organik, cukup dengan hanya membuat konten mengikut SEO, dan biarkan, kerana cepat atau lambat, enjin carian akan membantu kita meningkatkan pelawat ke blog kita. Untuk meningkatkan pelawat secara referral pula, cukup dengan mengongsikan link blog kita ke mana-mana sosial media atau website yang ada di Internet, supaya pelawat dapat datang melalui link-link yang kita telah kongsikan.

Monetize

Apabila kita sudah mempunyai pelawat, kita bebas meletakkan produk kita dimana-mana saja dalam blog kita. Ada 2 produk yang boleh digunakan untuk monetizekan blog kita iaitu dengan menjadi Penerbit Iklan seperti Adsense. Dan menjual produk orang lain dengan menyertai program affiliate mereka.

Berfikir dan Bertumbuh Lebih Baik - Santro Sondy

 

Inilah sebabnya motto Blog-Traffic-Monetize dipilih

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel