Kehidupan Mesti Diteruskan

Ada masanya kita merasa hidup seolah-olah terhenti; Dan ini bukanlah satu perasaan yang baik bagi saya. Bila difikirkan semula, sebenarnya bukan masa yang berhenti, tapi kita yang berhenti untuk hidup.  Kita memilih untuk tidak menyedari apa yang sedang kita lakukan. 

Umumnya penulis blog seperti saya menyedari yang hidup ini masih berjalan selagi ada konten untuk diterbitkan, salah satu sebabnya ialah tarikh penerbitan terus bergerak maju secara tersusun.

Minat terhadap aktiviti penulisan membuat saya yakin yang setiap kita boleh terus maju sekiranya kita berani mengambil sekurang-kurangnya satu langkah pada satu masa.  Kita mungkin akan lebih berani jika kita mengenal kekuatan dan kelemahan kita.

Berita baiknya, dengan rekod yang kita tulis, kita tahu dimana kedudukan semasa kita, dan dimana destinasi kita yang seterusnya. Bagi Blogger, ia semakin merasa seronok kerana akan lebih banyak idea yang terungkap sepanjang perjalanan menuju ke destinasi atau matlamat yang ditetapkan.

Akhirnya kita boleh mencapai matlamat dengan pengetahuan dan pengalaman yang hebat, sehingga kita dapat merasai keindahan dan mengurusnya supaya dapat bertahan dalam jangka masa yang lama. Kehidupan mesti diteruskan.

Selamat Tahun Baru 2021

Life is like riding a bicycle. To keep your balance, you must keep moving. - Albert Einstein

Kehidupan Mesti Diteruskan


Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel