Kuasa 100

Angka 100 merupakan angka yang menarik kerana ia adalah ukuran yang hanya digunakan oleh orang-orang berpencapaian tinggi di dunia.

Dalam dompet kita sangat jarang wang RM100 muncul. Bagaimana mungkin bentuk hidup kita kalau kebanyakkan wang dalam dompet kita hanya RM100?

Dalam usaha kita, sangat jarang kita berusaha konsisten selama 100 hari.  Bagaimana mungkin bentuk hidup kita jika kita berusaha konsisten selama 100 hari?

Dalam membaca, sangat jarang kita membaca 100 muka surat setiap hari kerana kita fikir kita sudah tahu. Bagaimana mungkin cara kita membuat keputusan jika kita membaca 100 muka surat setiap hari?

Dalam bersukan, sangat jarang kita mencapai ulangan 100 kali untuk sesetengah aktiviti.  Bagaimana mungkin tahap kemampuan kita jika dapat push-up atau squat 100 kali?

Semua persoalan ini mungkin boleh membantu kita memperbaiki diri supaya dapat menyumbangkan kepada masyarakat yang ada disekililing kita.

Selepas menyedari ini, saya membuat komitmen untuk menulis 100 patah perkataan setiap hari, dalam 100 hari, yang ditujukan kepada 100 orang Blogger.

If you can’t measure it, you can’t improve it. – Peter Drucker
Kuasa 100

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel