Kunci

Bila saya sedar kunci saya hilang, saya bergerak mencarinya dengan cara yang paling bijak pada pandangan saya iaitu mengingat bila kali terakhir saya menyentuh kunci itu, kemudian dari sentuhan itu, saya bayangkan alur cerita hidup saya seperti video.

Saya tidak putus asa selagi saya tidak yakin kunci itu diambil orang. Saya mencari disetiap sudut yang ada disekililing saya, setelah puas mencari, saya cuba mencari luar dari sekililing saya, tapi masalahnya saya tidak mempunyai kunci untuk membuat pencarian di luar.

Saya menunggu sehinggalah ada insan yang diatur untuk kami berinteraksi pada hari itu, saya meminta tolong kepadanya untuk memeriksa kunci dibakul moto saya.  Dalam hati "Selepas ini saya yakin kunci saya telah diambil orang". 

Tapi perkara seperti itu tidak berlaku, sebaliknya, jawaban insan tersebut membuatkan saya gembira dan saya sangat-sangat berterima kasih atas pertolongannya. Pada masa itu, Saya memberikan lima nasihat pada diri saya. Dan lima nasihat itu ialah;

1. Fikiran mesti sentiasa menyedari keadaan semasa.
2. Sentiasa Lihat kehidupan kau setiap jam.
3. Kau mesti mampu menceritakan apa yang berlaku setiap jam.
4. Dalam sehari ada 24 jam, kau mesti ada 24 cerita.
5. Dalam sejam, ada 60 minit, kalau kau boleh, belajarlah 60 perkara.

Try to learn something about everything and everything about something. - Thomas Huxley

kunci

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel