7 Langkah Strategik untuk Trading di Platform Olymp Trade

Olymp Trade merupakan platform pelaburan yang telah pun dikenali oleh ramai orang khususnya di Indonesia. Melihat kejayaan beberapa pelabur indonesia membuatkan saya ingin mencuba platform ini. Setelah mencuba beberapa kali, gagal dan berjaya, gagal dan berjaya, saya akhirnya menemui strategi saya sendiri untuk meningkatkan duit demo di Olymp Trade.

Saya ingin mengingatkan, bahawa Strategi ini tidak sesuai untuk individu yang baru belajar Trading online kerana istilah yang saya gunakan di sini tidak terperinci. Tapi bagi pelabur yang sudah mengetahui istilah-istilah yang saya gunakan, diharap ini dapat membantu meningkatkan tahap kemahiran melabur anda.

Satu lagi, saya tidak akan bertanggungjawab sekiranya anda mengalami kerugian kerana menggunakan strategi  ini semasa trading di Olymp Trade. Tanpa membuang masa lagi, mari lihat 7 langkah strategik untuk Trading di platform Olymp Trade.

7 Langkah Strategik untuk Trading di Platform Olymp Trade

1. Lihat Advisor Lihat Trend

Advisor akan memberi isyarat untuk Trade sama ada UP  atau DOWN. Kemudian, lihat Trend graf adakah Bearish atau Bullish. Dari sini kita akan tahu apa keputusan yang perlu kita akan ambil.

2. Lihat EMA Lihat RSI

Selepas membuat keputusan dari langkah pertama, sahkan keputusan kita dengan melihat pada Indicators EMA dan Oscillators RSI. Dengan melihat kedua-dua petunjuk ini kita seharusnya yakin dengan keputusan yang kita buat.

3. Set masa 2 minit

Selepas itu, setkan masa selama 2 minit. Kenapa 2 minit? Kerana kita mahu menjangkakan pasaran akan UP atau DOWN dalam 2 minit.

4. Mulakan dengan $1

Kemudian laburkan $1 dengan minda ingin mencuba sama ada gagal atau tidak.

5. Untung Pelaburan $1 Bersyukur

Sekiranya untung, bersyukurlah kerana duit kita bertambah walaupun hanya $0.80. Pada tahap ini, kita mesti tanya diri kita tentang kewujudan 6 emosi ini dalam diri kita iaitu Optimis, Pesimis, Takut, Tamak, Harap, dan Menyesal.

Jika emosi ini wujud, jangan teruskan pelaburan kerana kita akan cenderung membuat keputusan mengikut emosi, dan bukan dengan akal fikiran yang waras. Pelabur terkenal di dunia Warren Buffet sangat memahami konsep ini, dan disebabkan itulah dia membaca 500 muka surat setiap hari untuk mengasah kemahirannya membuat keputusan semasa melabur.

Baca juga 6 Cara Meningkatkan Bayaran Blogger Pemula

6. Kalau gagal aplikasikan Money Management

Tujuan Money management adalah untuk mengurangkan risiko kerugian seseorang pelabur. Kebanyakan pelabur tahu tentang pengurusan kewangan, mereka tahu bila masa yang tepat untuk mengandakan wang, dan menjual jika tahu mereka akan rugi demi untuk mengurangkan kerugian.

Nah, untuk pelabur yang menggunakan platform Olymp Trade, saya telah menyediakan satu contoh Money Management yang sesuai digunakan dengan prinsip Martingale. Gunakan contoh ini sekiranya pelaburan $1 kita gagal.

1. $1 (RM4.04)
2. $2 (RM8.09)
3. $4 (RM16.17)
4. $8 (RM24.26)
5. $16 (RM64.69)
6. $32 (RM129.38)
7. $64 (RM258.75)
8. $128 (RM517.50)
9. $256 (RM1,035.01)
10. $512 (RM2,070.02)

Kaedah mengandakan wang ini hampir sama dengan kaedah yang digunakan oleh Will Smith dalam babak bertaruh di Filem Fokus (2015). Dipendekkan cerita, dia terus meningkatkan wang taruhannya hingga berjaya. Dia lakukan seperti itu kerana dia mempunyai banyak wang.

Bagaimana pula dengan kita yang kekurangan wang? Contoh yang saya sediakan ini hanya membenarkan kita membuat 10 kali kesilapan. Setiap gandaan adalah cukup untuk menutup kerugian yang lepas dan hanya $1 saja untuk dilaburkan. Sebagai contoh;

Jika kita labur $1 secara UP, kemudian kita tahu yang kita akan rugi sebelum masa 2 minit. Sediakan $2 ($1 menutup, $1 labur) untuk UP ketika harga lebih rendah dari masa kita melabur $1. Setelah menekan butang UP, jual pelaburan $1 lebih awal untuk mengurangkan kerugian.

Jika kita tahu kita akan gagal lagi dalam masa 2 minit, sediakan $4 ($3 menutup, $1 labur) untuk UP ketika harga menjadi lebih rendah dari masa kita melabur $2.

Jika kita tahu kita akan gagal lagi dalam masa 2 minit, sediakan $8 ($7 menutup, $1 labur) untuk UP ketika harga menjadi lebih rendah dari masa kita melabur $4. Jangan lupa, setelah menekan butang UP, ambil tindakan untuk mengurangkan kerugian iaitu dengan menjual pelaburan yang dibuat sebelum ini.

Lakukan pengandaan ini dengan pertimbangan fikiran yang waras, jelas dengan masa dan kedudukan harga, tanpa dipengaruhi emosi bagi mengelakkan kita melalui 10 kali pengandaan. Saya dengan tegas katakan yang jika kita melabur mengunakan emosi, kita akan gagal. Pelabur profesional pun akan berhenti seketika, apabila mereka mula mempunyai emosi-emosi yang saya nyatakan sebelum ini.

7. Kalau berjaya mulakan dari langkah 1

Jika pengandaan kita berjaya, bermakna keuntungan kita pun bertambah. Dan jika kita sudah berjaya, jangan tamak, mula semula dari langkah 1.

Kesimpulan

Itulah huraian ringkas langkah strategik untuk trading di platform Olymp Trade. Diharapkan kita dapat manfaat dari perkongsian saya kali ini. Akhir sekali, ingat ini, kita kena berusaha untuk mengurangkan kerugian. Jika kita melabur $1, dan kita tahu kita akan rugi, juallah pelaburan tersebut lebih awal supaya kita dapat selamatkan sekurang-kurangnya $0.20 dari $1 tersebut. Kemudian, gandakan pelaburan mengikut contoh Money Management yang saya kongsikan diatas. Semoga bermanfaat.

Money, like emotions, is something you must control to keep your life on the right track. - Natasha Munson

 Gambar mohamed Hassan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel