Mengukuhkan Minat Pembaca

Minat pembaca mudah dibentuk dan mudah juga diruntuhkan jika tiada usaha untuk mengukuhkannya. Sebagai Blogger, kesedaran akan kepentingan untuk menjaga minat pembaca mesti ada, kerana tanpa mereka, blog kita tidak dapat mencapai potensi maksimumnya.

Pekerjaan pengukuhan ini perlu dilakukan setiap hari, Kerana 2 sebab ini; Pertama kemahiran menulis kita dilemahkan oleh banyak tabiat-tabiat kita yang lain. Jika kita tidak menggunakan kemahiran menulis kita, kualiti penulisan akan menurun secara perlahan-lahan.

Kedua pembaca kita akan beralih kepada blogger lain. Ada ramai lagi blogger yang bekerja setiap hari untuk membina rangkaian pembaca mereka, dan jika kita tiada usaha untuk sentiasa muncul didepan pembaca, percayalah pembaca kita boleh beralih ke blogger lain.

Jika anda menyayangi pembaca anda, usahakan memunculkan diri setiap hari di Facebook, Twitter, Instagram, Pinterest, Youtube, Tik Tok, Snapchat dan banyak lagi. Biasanya apa yang saya lakukan untuk mengukuhkan perspektif pembaca adalah seperti berikut.

Langkah pertama, Buat senarai sosial media. Kemudian, buat satu akaun untuk setiap sosial media yang popular di internet. Setakat ini, saya ada di;

1. Facebook
2. Twitter
3. Instagram
4. Pinterest
5. Youtube
6. Tik Tok

Langkah kedua, Kira kekerapan. Saya akan kira kekerapan saya mengongsikan link blog saya di platform-platform seperti berikut;

1. Facebook (10)
2. Twitter (10)
3. Instagram (5)
4. Pinterest (2)
5. Youtube (1)
6. Tik Tok (4)

Melalui senarai ini, kita akan dapat mengenalpasti kelemahan dan kekuatan kita. Maklumat ini akan membantu kita membuat keputusan yang lebih baik untuk mengukuhkan minat pembaca kita.

No matter how you feel, get up, dress up and show up. - Regina Brett
Mengukuhkan Minat Pembaca

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel