Perasaan Melakukan Yang Terbaik

Perasaan melakukan yang terbaik dapat membantu kita untuk hidup teratur dan terbaik. Walaupun perasaan seperti ini kadang ada kadang tidak ada, tapi kita semua pasti  pernah merasakan kewujudannya dalam diri kita.

Saya sentiasa mahukan perasaan seperti ini wujud dalam diri saya setiap masa, supaya saya dapat membina brand yang terbaik walau dimana saja saya berada. Dengan perasaan ini juga kita boleh berjaya dalam apa saja bidang yang kita minati.

Gaya komunikasi kita akan berubah apabila kita mempunyai perasaan ini. Kita akan menyebut setiap perkataan dengan baik, tenang sambil memberi tumpuan khusus kepada orang yang sedang berkomunikasi dengan kita.

Orang lain dapat melihat kesannya jika kita mempunyai perasaan ini melalui cara kita bercakap, mengurus tugas dan tanggungjawab sehari-harian kita.

I want to do the best and be the best at what I do. -  Phyllis Smith

Perasaan Melakukan Yang Terbaik

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel