10 Perkara Untuk Dilakukan Bila Tiada Kerja

Ramai orang yang mungkin mengeluh atau merasa bosan kerana tidak bebas untuk pergi ke mana-mana kesan daripada pendemik Covid19. Saya sendiri pun merasa bosan sekiranya tiada apa-apa yang dapat dilakukan untuk memajukan diri. Jadi, saya buatlah senarai beberapa perkara mudah dan berfaedah agar masa kita sentiasa diisi dan digunakan dengan baik. Berikut adalah huraiannya.

10 Perkara Untuk Dilakukan Bila Tiada Kerja


1. Berdoa pada Tuhan

Berdoa seperti kita berbual dengan Tuhan, beritahu masalah kita, keinginan-keinginan kita atau perkara-perkara yang kita tidak suka. Kita tidak perlu sembunyikan masalah kita kepada Tuhan kerana tiada yang tersembunyi bagi-Nya.

2. Lihat pada senarai matlamat

Ambil senarai matlamat yang kita telah tulis sebelum ini dan lihat kedudukan semasa diri kita, bayangkan jarak kita dengan matlamat kita. Jika masih jauh, melangkahlah lebih sedikit maju dari sebelumnya.

3. Tulis senarai matlamat

Jika tiada senarai matlamat, inilah masa terbaik untuk berfikir seperti apa kehidupan yang kita mahukan. Senaraikan sahaja matlamat yang diinginkan, jangan risau tentang tercapai atau tidak. Senarai ini hanya untuk peringatan apabila kita tiada kerja, atau bila kita tidak tahu apa yang perlu dilakukan, kita akan secara automatik kembali pada senarai ini.

4. Tulis semua apa yang dimiliki

Tulis semua apa yang kita miliki termasuklah peralatan yang boleh dilihat dengan mata supaya timbul semangat kita untuk menambahkan lagi apa yang kita miliki. Dan jangan lupa sebelum mengejar apa-apa matlamat yang baru, hargailah apa yang kita ada sekarang.

5. Lakukan regangan ringkas

Regangan dapat menenangkan otot yang tertekan. Lakukan dengan sederhana dari kaki hingga kepala. Semasa melakukan regangan, lakukan dengan penuh kawalan dan mengikut kemampuan kita.

6. Letakkan barang pada tempatnya

Lihat pada persekitaran kita, jika ada barang-barang yang secara logiknya tidak diletakkan pada tempat yang betul, ambil barang itu dan letakkannya pada tempat yang betul. Sebagai contoh, jika kita melihat kasut di kawasan dapur, ambil dan letakkan kasut tersebut diatas rak kasut. Atau Buku diletakkan diatas tangga, ambil buku tersebut dan letakkan pada rak buku. Latihan ini akan melatih anda untuk mengurus hidup secara tersusun.

7. Membaca buku

Buku dapat memberikan perspektif yang baru kepada anda, saya cadangkan kita baca buku yang selari dengan matlamat kita. Jika kita mahu kaya, bacalah "Think and Grow Rich" atau "Rich Dad Poor Dad". Buku akan mendekatkan kita kepada matlamat kita.

8. Mendengar orang bercakap

Dengarlah kata-kata dari orang-orang yang relevan dengan matlamat kita supaya kita semakin bersemangat untuk berusaha mencapai matlamat kita. Selain itu, mendengar orang bercakap juga dapat mematikan monolog negatif kita seperti "Saya rasa tidak berguna atau saya penganggur". Kita tidak perlukan ini ketika tiada pekerjaan, apa yang kita perlukan ialah semangat untuk terus bergerak maju menyediakan sesuatu yang bernilai untuk seseorang atau masyarakat atau negara kita yang tercinta ini.

9. Berhubung dengan rakan seminat

Berhubung dengan rakan-rakan yang seminat dengan kita dapat menghuraikan kekusutan yang ada dalam fikiran kita. Tapi, jangan lupa, rakan-rakan kita mungkin kebanyakannya sibuk dengan urusan-urusan mereka, disebabkan itu kita boleh usahakan untuk berhubung dengan mereka sekurang-kurangnya 5-10 minit, tujuannya adalah untuk mengukuhkan hubungan dan mengingatkan mereka yang kita masih ambil berat pada mereka.

10. Lihat Jam dan tanya soalan

Apabila kita tiada kerja, kita cenderung untuk melakukan perkara yang kita suka hingga tidak sedar masa berlaku dengan cepat. Dengan melihat jam dan bertanya soalan, kita boleh terus memajukan diri untuk masa depan yang lebih baik dan teratur. Biasanya soalan yang terbaik untuk ditanya pada diri ketika melihat jam ialah "Apa yang saya telah lakukan setakat ini?". Soalan ini mengalakkan kita untuk melakukan sesuatu supaya minda sedar kita tahu yang kita telah berusaha untuk maju beberapa langkah pada hari ini.

Inilah ulasan ringkas tentang perkara untuk dilakukan bila kita tiada kerja. Dan masih banyak lagi sebenarnya yang boleh dilakukan selain dari 10 yang saya senaraikan di sini, tapi yang itu, saya tinggalkan kepada rakan-rakan pembaca untuk menulis dan mengongsikannya di blog sendiri, dan jangan lupa untuk mention blog saya kerana saya juga ingin tahu apa yang anda lakukan bila tiada kerja. Semoga bermanfaat.

Planning is bringing the future into the present so that you can do something about it now. - Alan Lakein

Gambar oleh Free Photo

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel