Selamat Tahun Baru 2021

Selamat datang ke tahun 2021. Saya pasti kita masing-masing mempunyai senarai matlamat untuk dilaksanakan sepanjang tahun ini. Bagi yang belum mempunyai senarai, saya cadangkan buatlah senarai agar dapat memandu anda ke arah matlamat yang ditetapkan.

Saya suka kongsikan matlamat saya untuk blog ini pada tahun 2021 ini. Bukan itu saja, saya juga akan mengongsikan perancangan untuk mencapainya. Berikut adalah butiran lanjut bagi matlamat blog ini.

Tarikh Hari ini: 1 Januari 2021
Matlamat Utama: Meningkatkan Jumlah Views Blog dari 64,958 kepada 200,000.
Jangka Masa: 1 Tahun
Langkah Tindakan:
1. Blog 1 Kali Sehari
2. Baca 1 Buku Sebulan
3. Baca 1 post blogger lain
4. Tweet Blog link di Twitter
5. Post Blog link di LinkedIn
6. Buat 1 Video Youtube Sebulan
7. Post Blog link di Facebook Page
8. Post Blog link di Group Blogger
9. Kongsikan Perningkatan di Instagram
10. Pastikan Langkah 1-9 Sentiasa diamalkan.

Matlamat perlu ditetapkan supaya tenaga dan fikiran anda dapat ditumpukan pada satu arah. Ini sangat penting sekiranya anda mahu membawa blog anda ke satu tahap yang lebih baik dari tahun 2020. Format menetapkan matlamat ini saya belajar dari buku "The Winner's Lifestyle" oleh Daniel Ally. 

Editlah format ini mengikut kesukaan anda, supaya anda bersemangat untuk terus maju mencapai matlamat blogging anda. Saya doakan juga blog anda akan dapat lebih ramai pelawat pada tahun 2021 ini. Selamat Tahun Baru.

Selamat Tahun Baru 2021

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel