Setia Gigih Jaya
Setia Gigih Jaya merupakan moto Sekolah Menengah Kebangsaan Tandek, Kota Marudu, Sabah. Saya bersekolah disini dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5 antara tahun 2004-2008.
Masa sekolah, saya hanya melihat diri saya sebagai pelajar yang sederhana. Masa di sekolah ini, saya tidak mendalami 3 perkataan ini, hanya semenjak saya masuk dalam dunia blogging ini, barulah saya mula peka pada perkara-perkara yang menarik ada disekililing saya termasuklah 3 perkataan ini, kerana saya perlu mempunyai sesuatu untuk dikongsikan di blog saya.
Pelajar-pelajar di sekolah ini sangat bertuah kerana mempunyai sekolah yang bermoto Setia Gigih Jaya. Jika pelajar mengikuti 3 prinsip ini, saya yakin mereka akan berjaya tidak kira apa saja bidang yang mereka pilih.
Baca juga: 15 Fikiran Positif Setiap Blogger Yang Berjaya
Proses Setia Gigih Jaya
Ini kerana, saya sangat yakin, jika kita SETIA, GIGIH berusaha, pasti kita akan berJAYA. Ia satu proses yang jika ditekuni, pastinya kejayaan akan tercapai.
The foundation stones for a balanced success are honesty, character, integrity, faith, love and loyalty. - Zig Ziglar