10 Pelajaran dari Buku Rich Dad's Cashflow Quadrant

Buku Rich Dad's Cashflow Quadrant merupakan buku yang menyediakan panduan kepada sesiapa yang menginginkan kebebasan kewangan. Buku ini telah ditulis oleh Robert T Kiyosaki dan telah diterbitkan pada tahun 2011. Setelah memiliki buku ini, dan meluangkan masa untuk membacanya, saya telah belajar 10 perkara dari buku ini seperti berikut;

10 Pelajaran dari Buku Rich Dad's Cashflow Quadrant

1. Ada Empat Kuadran Pendapatan

Terdapat 4 kuadran utama yang diketengahkan dalam buku Cashflow Quadrant iaitu ESBI (Employee, Self-employed, Business, Investor). Setiap kuadran ini menjana pendapatan kerana

  • E - Kita bekerja untuk orang lain
  • S - Kita bekerja sendiri
  • B - Kita memiliki sistem dan orang lain bekerja untuk kita
  • I - Wang bekerja untuk kita

Adakah kita tahu dimana kedudukan kita dalam 4 kuadran ini? Saya berada dalam kuadran E yang mana saya bekerja untuk orang lain atau sesebuah organisasi awam. Anda dimana?

2. Ada Tiga Jenis Sistem perniagaan

Selain empat kuadran pendapatan, buku ini juga mengajar saya 3 jenis sistem perniagaan yang banyak digunakan pada hari ini. 3 Jenis sistem perniagaan tersebut adalah;

  • Perbadanan Tradisional - Kita mengembangkan sistem kita sendiri
  • Franchises - Kita beli dan gunakan sistem yang telah wujud
  • Network Marketing - Kita beli dan jadi bahagian dalam sistem yang telah wujud.

3. Kegagalan adalah bahagian dari proses kejayaan

Kejayaan adalah guru yang miskin. Kita akan mengenal diri kita, bila kita gagal, maka jangan takut untuk gagal. Kita tidak akan berjaya tanpa adanya kegagalan. Selepas menghadapi kegagalan, tuliskan pelajaran yang kita perolehi.

4. Tahap-tahap pelabur

Pelabur hanyalah pelabur wang. Itulah apa yang saya tahu tentang pelabur sebelum belajar dari buku ini. Namun, selepas itu saya tahu ada 5 tahap pelabur iaitu; 

  • The Zero-Financial-Intelligence
  • The Savers-are-Losers
  • The I'm-too-busy
  • The I.m a profesional
  • The Capitalist

5. Kesan Jika Tidak Melabur

Melabur sangat penting kerana ia adalah kunci kepada kebebasan kewangan. Namun, bila kita tidak melabur, kita akan;

  • Kerja keras sepanjang hidup kita
  • Bimbang dengan wang sepanjang hidup kita
  • Bergantung pada orang lain, seperti keluarga untuk menjaga kita.
  • Batasan kehidupan kita ditentukan oleh wang.
  • Terlepas peluang untuk tahu apa itu kebebasan sebenar

6. Pengajaran yang bernilai dalam pelaburan

Bila kita mempunyai banyak pengalaman dalam pelaburan, kita akan belajar banyak tentang pelaburan. Antara pelajaran yang kita boleh dapat ialah adalah;

  • Melabur tidak berisiko
  • Melabur memang menyeronokkan
  • Melabur boleh menjadikan anda sangat, sangat kaya
  • Melabur dapat membebaskan kita dari kepayahan menjana pendapatan.

7. Fokus pada aset bukannya pada pendapatan

Kebanyakkan orang melihat pada pendapatan kita, tapi ingat, tumpukan pada aset kita dan bukannya pada pendapatan kita.

8. Kualiti orang yang dilahirkan miskin tiba-tiba jadi kaya

Beberapa tahun yang lalu, ada kajian yang dilakukan terhadap orang kaya dan miskin di seluruh dunia untuk mengetahui bagaimana orang yang dilahirkan dalam kemiskinan akhirnya menjadi kaya. Kajian mendapati bahawa orang-orang ini, tidak kira di mana mereka tinggal, memiliki tiga kualiti.

  • Mereka mengekalkan visi dan rancangan jangka panjang
  • Mereka percaya pada kepuasan yang tertunda
  • Mereka menggunakan Kuasa gandaan dalam hidup mereka.

9. Jenis - Jenis Pelabur

Jika sebelum ini, saya belajar tahap-tahap pelabur. Saya juga belajar jenis-jenis pelabur. Buku Cashflow Quadrant mengajar saya 3 jenis pelabur;
  • Pelabur yang mencari masalah
  • Pelabur yang mencari jawapan
  • Pelabur yang mencari pakar untuk memberitahu mereka apa yang perlu dilakukan.

10. Mulakan Rancangan Mengurus Cash-flow

Rancangan mengurus Cashflow akan menjadi lebih mudah bila kita mempunyai penyata kewangan kita sendiri. Selepas itu, barulah kita senang untuk mengaplikasikan 2 perkara dibawah ini;

  • Bayar diri dahulu - Asingkan sedikit wang untuk dilaburkan, dan jangan keluarkan wang tersebut sebelum kita benar-benar sedia untuk melaburkannya.
  • Kurangkan perbelanjaan - Dapatkan lebih $150-$200 pendapatan setiap bulan. Kemudian, bayar hutang yang boleh dibayar untuk KURANGKAN HUTANG.

Inilah huraian ringkas saya mengenai pelajaran yang saya perolehi dari buku Rich Dad's Cashflow Quadrant. Buku ini banyak teori-teori kewangan yang baru dan diselitkan dengan kisah hidup Robert dan Isterinya sebelum mencapai kebebasan kewangan. Masih banyak lagi pelajaran yang dapat diperolehi dari buku ini, miliki buku ini sekarang dan belajarlah cara untuk mencapai kebebasan kewangan. Semoga bermanfaat.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel