5 Perkara yang membuatkan Jenama Kelihatan Tidak Profesional

Kita telah memulakan perniagaan, dan telah membelanjakan banyak wang untuk jenama perniagaan itu, tapi kita masih tidak yakin kerana hasilnya belum kelihatan. Disini ada 5 perkara yang membuatkan perkara ini berlaku.

5 Perkara yang membuatkan Jenama Kelihatan Tidak Profesional

1. Jenama yang tidak konsisten

Jenama yang konsisten bermula dari strategi yang jelas. Strategi yang jelas pula hanya dapat diatur sekiranya kita tahu tujuan, misi, visi dan nilai kita. Selain itu, kita juga perlu untuk menyedari personaliti dan aura diri kita. Dengan menyedari aspek-aspek ini, peratus kebarangkalian jenama kita konsisten adalah lebih tinggi kerana kita mempunyai sebab yang kukuh untuk tetap dengan jenama kita.

2. Jenama yang tidak jelas

Jenama yang tidak jelas adalah keadaan dimana kita tidak tahu bagaimana untuk mempersembahkan jenama kita kepada pelanggan ideal kita. Reka bentuk website kita mungkin menarik tapi personaliti atau pembawaan kita tidak selari dengan daya tarik website kita. Jika kita tidak tahu SIAPA sasaran kita dan KENAPA, mesej kita akan menjadi kabur dan sukar untuk bergema dalam fikiran pelanggan ideal kita.

3. Identiti Jenama dan Website yang tidak profesional

Bila kita menyebut tentang profesional, kita secara langsung bercakap tentang kemampuan yang lebih tinggi dari kebanyakkan orang. Identiti profesional akan terbentuk apabila kita; Pertama, Mengetahui banyak penemuan yang mendalam tentang misi jenama, visi, nilai, gema dan pelanggan ideal kita. Dapat mendiagnosis masalah yang perlu diperbaiki pada jenama kita. Kedua, Dapat membuat penyelesaian visual untuk mewakili strategi jenama kita (memilih warna, fon, fotografi, dll) yang sempurna. Ketiga, Membuat reka bentuk yang padu dan konsisten untuk semua titik sentuhan jenama (di mana pelanggan kita berhubung dengan jenama kita). Berita baiknya, kita boleh minta pereka untuk melakukannya.

4. Perbezaan antara suara dan keperibadian jenama kita dan visual kita.

"Orang ini sama sekali berbeza daripada yang saya jangkakan". atau "Laman web dan jenama saya sama sekali tidak mewakili saya. Sangat jauh dari apa yang saya cuba tunjukkan di luar!". Jika ini berlaku, ini adalah masalah besar. Kita tiada kerjasama dengan jenama kita. Bersatulah dengan jenama kita.

5. Janji jenama yang tidak ditunaikan

Kita janji, kita laksanakan. Jangan sampai, kita menjual buku orang lain, tetapi kita sendiri tidak membeli buku tersebut, dan ini membuatkan kita kelihatan seperti kita belum melabur dalam jenama kita sendiri - kesannya orang tidak akan mempercayai kita dengan wang mereka. 

Apa yang perlu diperbaiki?

Jenama kita perlu konsisten dan jelas supaya kita dapat dilihat sebagai profesional sekaligus meningkatkan keyakinan pelanggan terhadap jenama kita. Jika kita tidak konsisten, selepas ini jadilah konsisten. Jika jenama kita tidak jelas, perjelaskanlah jenama kita. Itulah yang perlu kita perbaiki selepas ini. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Strategi, Psikologi dan design, boleh lihat di adoreddesigns.com

Gambar PhotoMIX-Company

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel