5 Tips Menajamkan Memori

Pasti ramai yang menginginkan memori yang tajam untuk berjaya dalam hidup. Bila kita mempunyai kelebihan seperti ini, kita boleh menjawab apa-apa persoalan tentang keadaan yang pernah kita lalui. Dengan memori yang tajam, kita tidak perlu lagi mengulang kaji, kita hanya perlu melalui keadaan tersebut sekali sahaja. Kita juga boleh mengingat setiap butir maklumat yang ada disekililing kita. Itulah hebatnya, bila kita menjadi penguna memori peringkat tinggi.

Sesetengah kita mungkin sudah tidak melihat ini sebagai perkara yang penting kerana kita telah berputus asa disebabkan persekitaran kita yang tidak menyokong. Dan hari ini, Saya akan berkongsi 5 tips untuk mengasah memori yang saya pelajari dari Nelson Dellis, seorang Juara Memori 4x USA.

5 Tips Menajamkan Memori

1. Gunakan Memori

Seringkali kita diberitahu Memori kita adalah seperti otot yang semakin kuat apabila digunakan. Nelson Dellis juga meyakini pernyataan ini. Tapi bagaimana kita boleh menggunakan memori kita dalam kehidupan seharian kita. Salah satu nasihat yang dikongsikan oleh Nelson Dellis ialah Berhenti bergantung pada handphone atau pen dan kertas untuk membantu kita mengingat perkara seperti TARIKH, NOMBOR TELEFON dan SENARAI RUNCIT. Bila kita komit menggunakan memori kita, kita akan berusaha memberikan tumpuan kerana pertaruhan kita adalah tinggi. Kita mungkin terlupa beberapa barang dalam senarai runcit, terimalah keadaan itu dan berikan lebih tumpuan pada masa akan datang.

2. Kaitkan dengan benda lain

Bayangkan apa yang kita cuba hafal, dan jika tidak ada gambar untuk mewakili item tersebut, seperti angka, saya merekanya. Tujuannya adalah untuk mengetahui bagaimana kita dapat mengubah perkara yang ingin kita ingat menjadi gambar, sesuatu yang menonjol dalam fikiran kita.

3. Berimaginasi

Bayangkan imej yang ada dalam memori kita, seperti lucu atau pelik. Ini bergantung pada apa yang ada dalam memori kita, gunakan itu untuk berimaginasi. Bagi Nelson Dellis, dia suka menggunakan gambar yang cenderung kasar dan mengerikan, kerana itulah yang melekat padanya. Sekarang, gunakan apa yang ada di memori kita.

Baca juga 7 Kebaikan Membaca Buku Yang Dilupakan Ramai Orang

4. Bina Istana Memori

Istana memori adalah alat mental yang menggunakan ruang atau tempat untuk menyusun gambar barang yang ingin kita ingat, dalam urutan tertentu, untuk membantu kita mendapatkannya kemudian. Biasanya kita suka masukkan saja maklumat dalam memori kita dengan harapan dapat digunakan pada masa depan. Dengan istana memori ini, ia dapat membantu memberikan peta yang membantu kita mengakses maklumat bila kita perlukan.

5. Praktis

Tips yang saya kongsikan diatas kelihatannya mudah dilakukan. Sebaliknya, bercakap lebih senang daripada melakukan. Jika kita mahu, kita akan berlatih mengunakan memori kita.

Kesimpulan

Kita tidak dilahirkan dengan kemampuan memori semula jadi. Ini semua bermula dari teknik belajar, dan latihan setiap hari. Lakukan setiap hari, walaupun hanya sedikit, sehingga teknik tersebut menjadi kebiasaan. Bergembiralah dengan potensi yang kita ada dan berusaha setiap hari untuk membuka keupayaan minda kita sendiri. Semoga huraian ringkas ini bermanfaat untuk kita semua. Untuk mendapatkan lebih banyak tips berkaitan otak dan memori, silakan lihat di lumosity.com.

Gambar Gerd Altmann

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel