7 Tahun Bermain Gitar untuk mencapai 7000 Jam

Mattias Krantz merekod kemajuannya bermain Gitar lalu mengongsikannya di saluran Youtubenya. Video tersebut yang diberi tajuk "My 7 year guitar progress" telah mendapat 6,695,028 views. Video ini telah dimuat naik pada 25 Sep 2018. (25 hari selepas hari lahir saya).

Kemajuan yang diperlihatkannya sangat membuka minda sesiapa sahaja yang ingin mengubah impian mereka jadi kenyataan. Tidak dinyatakan dalam video ini secara jelas apa objektif video ini di muatnaik, tapi saya menyukai video ini kerana saya berkesimpulan yang dia cuba untuk mencapai 10,000 jam untuk pakar bermain gitar.

Kebanyakkan pemuzik khususnya pemain gitar pasti telah terinspirasi dari video ini. Pembikinan video ini mengambil masa 7 tahun dan diakhir video ini, dia telah menunjukkan kemajuan yang sangat tinggi. Pada sesiapa yang ingin berjaya dalam apa-apa bidang pun, jangan sesekali mengaku kalah selagi belum cukup 7 tahun. Itulah pengorbanan yang mesti untuk anda menjadi Top Global dalam apa-apa bidang yang diminati.


Pencapaian selepas 7 tahun bermain Gitar

Mattias kini mempunyai 511,000 subscriber di Youtube dan 50.5 juta followers di Instagram. Ramai yang telah terinspirasi dari usaha yang dilakukan olehnya ini. Secara puratanya dia meluangkan masa 3 jam sehari selama 7 tahun untuk mencapai tahap ini. Walaupun bagaimana pun, masih ada peminat yang beranggapan bahawa dia masih amatur. Mungkin kerana buku Outliers: The Story of Success, tulisan Malcolm Gladwell menyatakan "ten thousand hours is the magic number of greatness.".

Baca juga 5 Perkara yang membuatkan Jenama Kelihatan Tidak Profesional

Lagu-lagu yang dimainkan dengan Gitar

Sebelum Mattias memainkan lagunya sendiri, dia telah berlatih dengan lagu-lagu yang telah saya senaraikan dibawah ini. 
  1. Behind Blue Eyes
  2. Sweet Home Alabama
  3. Save Tonight
  4. Smells like Teen Spirit.
  5. "Dueling ninjas" By Trace Bundy
  6. Safe & Sound
  7. River Flows In You
  8. Love Yourself
  9. Cheap Thrills
  10. Setting Fires
  11. Alone
  12. His one Tablature
  13. Skyrim
  14. Despacito 4
  15. Surat Cinta Untuk Starla
  16. Havana
  17. 10 Levels of Guitar

Video ini disusun dengan baik kerana dapat memberikan rasa untuk maju kepada orang yang menonton video ini. Hinggakan saya yang suka menulis ini pun bersemangat untuk terus menulis walaupun pada hakikatnya saya tidak mengetahui banyak perkara. Video ini mengingatkan saya supaya terus membuat kemajuan setiap hari, supaya diri kita pada masa depan akan berterima kasih pada diri kita pada masa lalu kerana memanfaatkan peluang yang telah diberikan kepada kita.

Itulah ulasan ringkas saya tentang Mattias Krantz, masih banyak lagi video yang dapat ditonton di saluran Youtubenya. Jika ingin menonton lebih banyak video, silakan lihat sendiri di channelnya. Semoga Bermanfaat.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel