9 Perkara Yang Berubah Bila Ibu-Ibu Menjadi Blogger Separuh atau Sepenuh Masa

Di zaman moden ini, ramai-ramai ibu-ibu yang melibatkan diri dalam dunia blogging. Mungkin mereka telah pun melihat potensi yang terdapat di internet atau sekadar untuk meluahkan apa yang terbuku dalam fikiran mereka.

Mungkin para suami berasa pelik kerana isterinya kurang berleter semenjak kebelakangan ini? Dan leterannya pun, disusun dengan baik. Jika ini berlaku, mungkin saja isteri anda telah mula aktif dalam dunia blogging. Nah mari kita lihat 9 perkara yang berubah bila para ibu menjadi blogger separuh atau sepenuh masa.

Ibu-Ibu Menjadi Blogger Separuh atau Sepenuh Masa

1. Masa dihadapan Laptop lebih panjang

Blogger sepenuh masa meluangkan sekurang-kurangnya 6 jam sehari dihadapan laptop. Bagi blogger separuh masa seperti saya minimum 1 jam sehari.

2. Masa lapang tertumpu pada blog

Bila ada masa lapang, blogger akan berfikir tentang blog mereka. Itulah yang menyebabkan fikiran mereka sentiasa aktif pada masa lapang dan ini dapat mengelakkan mereka dari stress akibat kurang pergerakkan.

3. Mula menyukai kamera

Konten blog memerlukan gambar untuk meningkatkan seri konten kita. Sebelum ini, saya kurang tertarik untuk mengambil gambar sendiri, tapi selepas menyedari kelebihan meletakkan gambar kita dalam blog, perasaan suka pada kamera mulai timbul.

4. Menulis situasi untuk idea menulis

Ibu akan mula suka menulis tentang perkara yang membuatkan dirinya dan anak-anaknya menangis, ketawa, gembira, marah atau menulis tentang benda yang menarik, termasuk permainan yang menarik untuk anak-anak. Selain  itu, anak-anak juga dapat membaca diari tersebut bila mereka pandai membaca.

Baca juga Cara Ringkas Menulis Post Baru di Blogger

5. Tidak cukup tidur

Sesetengah blogger sentiasa berada dalam situasi mengejar Deadline. Keadaan ini menyebabkan blogger mencuri masa pada tengah malam yang sepatutnya digunakan untuk tidur, demi menyiapkan konten pada keesokan harinya.

6. Lebih menyukai penulisan dari Suami

Ibu yang aktif dalam dunia blogging tidak terlepas dari mendengar keluhan sang suami kerana lebih menyukai penulisan daripada suami.

7. Menyukai IT dan reka bentuk website

Mungkin kebanyakkan ibu-ibu kurang berminat tentang teknologi IT dan reka bentuk website, tapi percayakah kita, minat ini akan bertumbuh apabila ibu-ibu mula masuk dalam dunia blogging.

8. Berkawan dengan rakan-rakan seminat

Melalui blogging, ibu-ibu boleh bersahabat dengan ibu-ibu yang seminat dalam dunia blogging kerana di dunia blogging biasanya mereka akan menyokong antara satu dengan yang lain.

9. Berjuang untuk mendapatkan sebuah laptop

Bayangkan jika dalam sebuah rumah hanya ada satu laptop, suami dan anak pasti akan berjuang untuk menggunakan satu-satunya laptop yang ada dalam rumah tersebut. Ibu-ibu yang masuk dalam dunia blogging pasti, ada masanya bersaing untuk menggunakan laptop tersebut.

Inilah huraian ringkas tentang perubahan yang berlaku sekiranya ibu-ibu mulai aktif dalam dunia blogging. Sebagai lelaki, saya berpendapat positif tentang ibu-ibu yang aktif dalam dunia blogging kerana mampu mengurangkan tekanan mereka dalam menjalankan tanggungjawab sebagai ibu.

Apa lagi kalau ibu-ibu yang menjadi suri rumah sepenuh masa, pasti ada banyak yang mengisi mengusutkan fikiran mereka, blogging sedikit sebanyak dapat membantu mengatur fikiran mereka. Untuk mengetahui lebih banyak tentang blogger keibuan, boleh lihat di HealthFreakMommy.blogspot.com.

Gambar oleh Aung Kyaw Nyein

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel